AOA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
AOA (Ace Of Angels)
160924 AOA 인천한류관광콘서트.jpg
Dari kiri ke kanan: Choa (bekas ahli), Chanmi, Mina (bekas ahli), Jimin, Seolhyun, Hyejeong and Yuna
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2012 (2012)–sekarang
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
  • AOA Black
  • AOA White
  • AOA Cream
Laman sesawang
fncent.com/aoa
Ahli
Bekas ahli

AOA (Hangul: 에이오에이; sebuah akronim untuk Ace of Angels) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan dibawah FNC Entertainment. AOA membuat kemunculan pertama sebagai kumpulan lapan ahli yang terdiri daripada Choa, Jimin, Yuna, Youkyung, Chanmi, Hyejeong, Seolhyun dan Mina. Kini, AOA mempromosi sebagai sebuah kumpulan lima ahli. Choa telah meninggalkan kumpulan pada Jun 2017,[1] manakala Youkyung meninggalkan kumpulan itu pada Oktober 2016 selepas penamatan kontraknya dan akan menjadi ahli tetamu dalam sebarang aktiviti AOA Black masa depan.[2] Kumpulan ini membuat kemunculan pertama secara rasmi pada 9 Ogos 2012 dalam M Countdown.

Pada 11 Mac, 2017, AOA mengadakan konsert solo Korea pertama mereka "Ace Of Angels" di Olympic Hall, Seoul.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2012: Elvis dan Wanna Be[sunting | sunting sumber]

Kelapan-lapan ahli diperkenalkan secara individu melalui gambar teaser dari 16 sehingga 23 Julai (mengikut urutan: Seolhyun, Choa, Hyejeong, Chanmi, Yuna, Mina, Jimin, & Youkyoung).[3] AOA didedahkan sebagai sebuah kumpulan tarian dengan sesetengah ahli juga bermain alat muzik. Video muzik untuk lagu "Elvis" dikeluarkan pada 30 Julai. AOA membuat persembahan pentas pertama mereka pada 9 Ogos dalam M! Countdown dan kemudiannya Music Bank pada 10 Ogos.

FNC mengesahkan bahawa kumpulan ini akan membuat kemunculan kembali menerusi album single kedua mereka, "Wanna Be" pada 10 Oktober. Kulit album dikeluarkan bersama pengumuman; kulit album menampilkan lapan ahli sebagai karakter fiksyen berlainan.[4] Ia telah disahkan bahawa unit kumpulan lima ahli, AOA Black akan membuat persembahan pentas semasa minggu pertama promosi untuk "Get Out".[5] AOA Black membuat kemunculan kembali semasa siaran 10 Oktober KM's Music Triangle dan mempersembahkan versi kumpulan untuk "Get Out" buat kali pertama.[5] Kumpulan ini membuat penampilan kedua mereka semasa siaran 12 Oktober Music Bank.[5]

2013: AOA Black dan Red Motion[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai, ia telah disahkan bahawa sub-unit kumpulan, AOA Black (yang terdiri daripada Jimin, Choa, Yuna, Youkyung dan Mina) akan membuat kemunculan kembali menerusi album single ketiga mereka bersama lagu utama, "MOYA". Album single ketiga dan video muzik "MOYA" dikeluarkan pada 26 Julai dan AOA Black membuat persembahan pentas dalam Music Bank pada hari yang sama.[6] Pada 9 Oktober, video muzik untuk "Confused" dikeluarkan.[7] Album penuh, Red Motion dikeluarkan pada 13 Oktober.[8]

2014: Miniskirt, Short Hair dan Like A Cat[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari, AOA kembali dengan satu lagi konsep seksi dan mengeluarkan album single kelima mereka (bersama sebuah video muzik) bertajuk "Miniskirt".[9] Pada 9 Februari, AOA meraikan kemenangan rancangan muzik pertama mereka dalam Inkigayo menerusi lagu "Miniskirt".[10]

AOA mengeluarkan lagu "Short Hair" dalam album mini pertama mereka pada 19 Jun. Album ini menduduki tempat pertama dalam carta berlainan dan menduduki tempat pertama dalam carta M!Countdown pada bulan Julai. Pada 11 November 2014, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka, Like a Cat. Pada 19 November, AOA memperoleh kemenangan kedua mereka dalam Show Champion menerusi lagu "Like A Cat".

2015: Heart Attack[sunting | sunting sumber]

AOA semasa KCON 2015 di Los Angeles

AOA mengeluarkan versi Jepun untuk lagu Like a Cat pada 25 Februari 2015; single ini juga datang bersama versi Jepun untuk "Elvis" dan "Just the Two of Us".[11] Pada 2 Februari, FNC mengeluarkan versi pendek video muzik "Like a Cat",[12] dan ia menduduki tempat pertama dalam ranking harian dan mingguan jumlah tontonan Gayp!.[13] Like a Cat menduduki tempat ke-6 dalam Carta Harian Oricon dan menduduki tempat pertama dalam Tower Records Shibuya semasa hari pertama keluaran; ia juga menduduki tempat ketiga dalam kedudukan tertinggi mereka Carta Harian Oricon.[14]

Rancangan realiti pertama AOA, "Open Up! AOA" ditayangkan buat pertama kali pada 26 Februari dalam laman portal Naver. Siri ini terdiri daripada 10 episod, setiap satu 10 minit panjang dan disiarkan setiap hari Khamis. Kesemua lapan ahli termasuk Youkyung berada dalam program ini.[15] AOA mula menjalani penggambaran rancangan varieti baru mereka bersama MBC Music bertajuk AOA One Fine Day di Pulau Monyet Nanwan, Hainan, China pada 7 April 2015. 'One Fine Day' mula disiarkan pada 13 Jun 2015.[16]

Pada 2 Jun 2015, AOA mengesahkan kemunculan kembali mereka pada pertengahan bulan Jun menerusi "Heart Attack" dan persembahan kemunculan kembali mereka diadakan pada 22 Jun 2015 di AX-Hall Seoul.[17] Pada bulan Ogos 2015, kumpulan ini membuat persembahan pertama mereka di Amerika Syarikat semasa KCON 2015 di Los Angeles pada 2 Ogos dan New York pada 8 Ogos. Pada bulan yang sama, ia telah didedahkan bahawa AOA akan membuat kemunculan kembali di Jepun menerusi album penuh menampilkan 8 lagu single Jepun mereka yang sebelumnya dan 3 lagu baru termasuk lagu "Oh Boy".[18] Album ini dikeluarkan pada 14 Oktober 2015. Seolhyun telah dipilih untuk mengacara Anugerah Hiburan KBS 2015 bersama-sama pelawak, Shin Dong-yup dan penyanyi, Sung Si-kyung.[19]

2016: AOA Cream[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari, ia telah diumumkan bahawa AOA akan membuat kemunculan kembali semasa separuh pertama tahun ini dan bahawa AOA Black juga akan mengeluarkan muzik baru.[20] Pada 27 Januari, FNC berkata dalam satu temuramah bahawa "Chanmi, Hyejeong dan Yuna akan mempromosi sebagai sebuah unit kumpulan. Mereka merancang untuk mengeluarkan lagu baru pada bulan Februari .[21] Pada 31 Januari, mereka mengumumkan bahawa sub-unit baru akan diberi nama AOA Cream dan bahawa mereka akan membuat kemunculan pertama mereka pada 12 Februari. Pada hari berikutnya, mereka mengeluarkan teaser di laman rasmi mereka.

Pada 3 Mac, Jimin membuat kemunculan solo pertamanya menerusi Call You Bae menampilkan Xiumin dari EXO.[22] Pada 12 April, AOA mengacarakan program realiti “OnStyle Live” – "Channel AOA”.[23] FNC Entertainment mengumumkan pada 1 Mei bahawa AOA akan mengeluarkan album mini keempat mereka, Good Luck pada 16 Mei.[24] Pada 15 Oktober 2016, ia telah diumumkan bahawa Youkyung telah meninggalkan kumpulan ini selepas kontraknya berakhir tetapi akan menjadi ahli tetamu dalam mana-mana aktiviti AOA Black pada masa hadapan.[25]

2017: Angel's Knockdan Choa meninggalkan kumpulan[sunting | sunting sumber]

AOA mengeluarkan album studio Korea pertama mereka bertajuk Angel's Knock bersama lagu Excuse Me dan Bing Bing pada 2 Januari 2017.[26]

Pada 22 Jun, Choa mengumumkan pemergian beliau dari kumpulan ini.[27] FNC Entertainment kemudiannya menafikan kenyataan tersebut.[28] Pada 30 Jun, mereka mengesahkan bahawa Choa telah meninggalkan kumpulan ini.

Pada bulan November, AOA menghadiri acara di Icheon, di mana mereka telah dilantik untuk menjadi duta goodwill bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.[29]

2018: Bingle Bangle[sunting | sunting sumber]

Pada 18 April 2018 FNC Entertainment telah mengesahkan bahawa AOA akan comeback dengan enam orang ahli pada Mei 2018.[30][31] Ia kemudiannya disahkan bahawa pada awal Mei kumpulan ini akan melakukan comeback dengan album mini kelima mereka yang bertajuk Bingle Bangle pada 28 Mei 2018. [32]

2019: Mina meninggalkan kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 2019, telah diumumkan bahawa Mina akan meninggalkan AOA selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan FNC Entertainment.[33]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli semasa[sunting | sunting sumber]

Ahli Pengenalan ringkas
AOA Gaon Chart Kpop Awards red carpet, 17 February 2016 05.jpg Jimin
(지민)
  • Nama penuh: Shin Ji-min (신지민)
  • Tarikh lahir: (1991-01-08) 8 Januari 1991 (umur 28)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Gyeonggi, Korea Selatan
  • Peranan: ketua, rapper utama
AOA Gaon Chart Kpop Awards red carpet, 17 February 2016 01.jpg Yuna
(유나)
  • Nama penuh: Seo Yu-na (서 유나)
  • Tarikh lahir: (1992-12-30) 30 Disember 1992 (umur 26)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan: keyboard, vokal utama
Hyejeong at AOA KBS TV1 concert, 24 May 2016.jpg Hyejeong
(혜정)
  • Nama penuh: Shin Hye-jeong (신혜정)
  • Tarikh lahir: (1993-08-10) 10 Ogos 1993 (umur 26)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Peranan: sub vokal, penari utama
AOA Gaon Chart Kpop Awards red carpet, 17 February 2016 06.jpg Seolhyun
(설현)
  • Nama penuh: Kim Seol-hyun (김설현)
  • Tarikh lahir: (1995-01-03) 3 Januari 1995 (umur 24)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Gyeonggi, Korea Selatan
  • Peranan: sub vokal, penari utama
AOA Gaon Chart Kpop Awards red carpet, 17 February 2016 03.jpg Chanmi
(찬미)
  • Nama penuh: Kim Chan-mi (김찬미)
  • RRr Tarikh lahir: (1996-06-19) 19 Jun 1996 (umur 23)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Gyeongsang Utara, Korea Selatan
  • Peranan: sub rapper, sub vokal, penari utama

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli Pengenalan ringkas
Youkyung
(유경)
  • Nama penuh: Seo Yu-kyung (서 유경)
  • Tarikh lahir: (1993-03-15) 15 Mac 1993 (umur 26)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Peranan: dram
160408 엘레쎄 팬싸인회 AOA 06.jpg Choa
(초아)
  • Nama penuh: Park Cho-a (박 초아)
  • Tarikh lahir: (1990-03-06) 6 Mac 1990 (umur 29)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Incheon, Korea Selatan
  • Peranan: gitar, vokal utama
16.06.11 AOA Mini Live Good Luck to ELVIS 2.jpg Mina
(민아)
  • Nama penuh: Kwon Mina (권 민아)
  • Tarikh lahir: (1993-09-21) 21 September 1993 (umur 25)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan: rapper, sub vokal, bass

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi AOA
Diskografi Korea
Diskografi Jepun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "[단독] AOA 초아, 사실상 팀 탈퇴 확정" (dalam bahasa Korea). eNews24. 
  2. ^ "AOA 유경, 5년만에 소속팀 탈퇴…FNC와 계약해지(종합)". 
  3. ^ "FNC Unveils First Member Teaser For FT Island and CN Blue's Sister Group, Ace of Angels". Enewsworld.mnet.com. 2012-07-16. Dicapai 2014-02-12. 
  4. ^ "AOA to make comeback with "Get Out"". Allkpop.com. Dicapai 2012-09-29. 
  5. ^ a b c "AOA to Promote ′Get Out′ in First Week with Five Member Band Unit, AOA Black". enewsworld.mnet.com. Dicapai 2012-10-11. 
  6. ^ "AOA's band unit, AoA Black, put on their thinking caps for a new teaser image". allkpop.com. 2013-07-11. Dicapai 2014-02-12. 
  7. ^ "AOA switch on their sexy charms with 'Confused' MV". allkpop.com. 2013-10-09. Dicapai 2014-02-12. 
  8. ^ "AOA gets into 'Red Motion' with their album release! + 'Confused' dance practice clip (eye contact ver.)". allkpop.com. 2013-10-13. Dicapai 2014-02-12. 
  9. ^ "[Comeback] Ladies Group AOA Has Put On Their "Miniskirts" By Releasing Music Video + Album Tracklist : News". KpopStarz. Dicapai 2014-02-12. 
  10. ^ "'인가' AOA, 데뷔 19개월만 가요프로 첫 1위..감격 눈물 : 네이버 뉴스". News.naver.com. Dicapai 2014-02-12. 
  11. ^ "Discography of AOA". Universal Music Japan. 2015-01-02. Dicapai 2015-01-02. 
  12. ^ "AOA Japan 2nd Single「Like a Cat」사뿐사뿐 (Japanese) MV Short version". Universal Music Japan. 2015-02-02. Dicapai 2015-02-02. 
  13. ^ "AOA Like A Cat #1 on Gyao!". Universal Music Japan. 2015-02-04. Dicapai 2015-02-04. 
  14. ^ "デイリー CDシングルランキング!". Universal Music Japan. 2015-02-24. Dicapai 2015-02-25. 
  15. ^ "Girl Group AOA to Star in Their First Reality Show". Soompi. 2015-02-26. Dicapai 2015-02-26. 
  16. ^ "AOA plan getaway to Hainan for their first travel reality appearance on 'One Fine Day'! - allkpop.com". 
  17. ^ (Korea)AOAvs씨스타, 오는 22일 동시 쇼케이스 '누가 웃을까'
  18. ^ "Aoa Official Website". Aoa-official.jp. 2015-08-21. Dicapai 2015-12-30. 
  19. ^ Lim, Jeong-yeo. "Seolhyun to host KBS Entertainment Awards". KPOP Herald. Herald Corporation. Dicapai 2015-12-21. 
  20. ^ K, J. (2016-01-01). "AOA Shares Plans for New Album in 2016 and AOA Black Comeback". 
  21. ^ Lim, Jeong-yeo. "AOA announces the three members of their upcoming unit group". Daum. Dicapai 2016-01-27. 
  22. ^ "AOA Jimin's new solo release to feature Xiumin! - allkpop.com". 
  23. ^ ilmare42. "AOA to Star in Live Reality Show "Channel AOA"". Soompi. Dicapai 2016-04-11. 
  24. ^ ilmare42. "AOA 4th Mini Album GoodLuck Teaser Site Open! 05.16 Release". Twitter. Dicapai 2016-05-03. 
  25. ^ Do, K. (2016-10-14). "AOA's Youkyung Leaves FNC Entertainment, Agency Explains". 
  26. ^ Beansss (2016-12-29). "AOA give fans a preview of their 1st full album with a highlight medley!". Allkpop. Diarkibkan daripada asal pada 2017-03-14. 
  27. ^ "초아, 팀 탈퇴…에이오에이(AOA)는 초아의 빈자리를 채울 수 있을까?". Top Star News. 2017-06-22. Dicapai 2017-06-22. 
  28. ^ "초아 "AOA 탈퇴" VS FNC "결정된 사안 아냐"… 엇갈린 의견". Ten Asia. 
  29. ^ administrator. "AOA to Promote PyeongChang Olympics" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-12-10. 
  30. ^ administrator. "[단독] AOA, 5월말 컴백 시동…초아 제외 6인조 재편" (dalam bahasa korean). Dicapai 2018-05-13. 
  31. ^ administrator. "AOA, 초아 제외 6인조로 돌아온다 "상반기 컴백 준비 중"" (dalam bahasa korean). Dicapai 2018-05-13. 
  32. ^ "AOA tease roller skating concept and announce official comeback date" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-05-13. 
  33. ^ (dalam bahasa Inggeris) https://www.soompi.com/article/1323998wpp/aoa-announces-minas-departure-from-group-and-fnc. Dicapai 2019-05-13.  Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]