Shin Ji-min

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea yang mana nama keluarganya ialah Shin.
Jimin
16.06.11 AOA Mini Live Good Luck to ELVIS 5.jpg
Jimin pada 11 Jun 2016
Kelahiran Shin Jimin
(1991-01-08) 8 Januari 1991 (umur 27)
Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Pekerjaan Penyanyi
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Rap
  • gitar
  • piano
Tahun aktif 2012–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Shin Ji-min (lahir 8 Januari 1991), lebih dikenali sebagai Jimin, ialah seorang penyanyi rap Korea Selatan. Beliau dikenali sebagai ketua dan penyanyi rap utama kumpulan wanita Korea Selatan, AOA. Pada tahun 2015, Jimin merupakan peserta separuh akhir musim pertama Unpretty Rapstar. Semasa program ini, beliau mengeluarkan beberapa lagu kolaborasi termasuk "Good Start" (bersama Seulong) dan "Puss" (bersama Iron).

Jimin membuat kemunculan pertama beliau sebagai penyanyi solo pada tahun 2016 menerusi lagu "Call You Bae" menampilkan Xiumin.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jimin lahir pada 8 Januari 1991 di Seoul, Korea Selatan.[1] Beliau belajar bermain gitar, harmonika dan piano ketika masih kecil.[2] Ketika tahun keduanya di sekolah menengah sehingga tahun pertama sekolah tinggi, beliau belajar di luar negara di sebuah sekolah berbahasa Cina selama dua tahun. Semasa di China, beliau juga menghadiri sekolah muzik praktikal.[3][4]

Karier[sunting | sunting sumber]

AOA[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: AOA

Pada 30 Julai 2012, Jimin membuat kemunculan pertama beliau sebagai ahli AOA dalam program muzik Mnet, M! Countdown menerusi lagu "Elvis" daripada album pertama mereka, Angels' Story.[5] Beliau juga merupakan sebahagian daripada sub-unit, AOA Black yang ditubuhkan pada tahun 2013.[6] Beliau menulis bahagian rap untuk lagu AOA Black bertajuk "Moya".[7]

Karier solo[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2015, Jimin merupakan sebahagian daripada rancangan varieti, Unpretty Rapstar. Unpretty Rapstar ialah program yang menampilkan penyanyi rap wanita. Semasa program ini, Jimin mengeluarkan beberapa lagu kolaborasi seperti "T4SA" bersama MC Meta dan Nuck.[8] Lagu beliau bersama Seulong, "Good Start" dihasilkan oleh Verbal Jint dan menduduki tempat ke-2 dalam Carta Gaon. "Puss", lagu rap beliau bersama Iron semasa separuh akhir menduduki tempat pertama dalam Carta Gaon.[9][10] Beliau juga merupakan ahli rancangan varieti, Off to School untuk empat episod bermula 17 Mac 2015.[11]

Pada 28 April, Jimin dan J.Don (Lee Seunghyub) mengeluarkan lagu "God". Lagu ini dihasilkan oleh Rhymer dari Brand New Music sebagai sebahagian daripada Projek N FNC Entertainment.[12] Video muzik lagu ini adalah berdasarkan Game of Thrones.[13]

Jimin membuat kemunculan pertamanya sebagai penyanyi solo pada 3 Mac 2016 menerusi lagu "Call You Bae" duet bersama Xiumin.[10] Lagu ini merupakan keluaran pertama dari projek solo Jimin #OOTD (Outfit of the Day).[14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan carta tertinggi Jualan Album
KOR
[15]
"T4SA"
(bersama MC Meta dan Nuck)
2015 50
  • KOR (DL): 73,272+
Unpretty Rapstar
"Good Start"
(bersama Lim Seulong)
2
  • KOR (DL): 746,517+
"Puss"
(bersama Iron)
1
  • KOR (DL): 992,890+
"God"
(bersama J.Don)
38
  • KOR (DL): 65,255+
single bukan album
"Yahae"
(Kang Min-hee feat. Jimin)
80
  • KOR (DL): 27,633+
single bukan album
"Call You Bae"
(feat. Xiumin)
2016 5
  • KOR (DL): 628,538+[16]
single bukan album

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Program realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2013 Cheongdam-dong 111 Diri sendiri tvN Program realiti FNC Entertainment[17]
2015 AOA's One Fine Day MBC Music Program realiti AOA
2016 Channel AOA OnStyle Program realiti AOA [18]

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2014 2 Days & 1 Night Tetamu istimewa KBS2 Musim 3, Episod 28 (bersama Seolhyun dan Choa)
2015 Unpretty Rapstar Peserta Mnet Separuh akhir
Off to School Tetamu JTBC Episod 36-39
Bon Bun Olympic Tetamu KBS Program Istimewa Tahun Baru Lunar[19]
King of Mask Singer Juri[20] MBC Musim 1, Episod 5-6
It's Okay Tetamu[3] SBS
Weekly Idol Tetamu MBC Every 1 Ep. 200 (bersama Choa dan N.Flying)
Tetamu MBC Every 1 Ep. 204 bersama AOA
Let's Go! Dream Team Tetamu SZTV Versi China (bersama Chanmi)
2016 Bon Bun Olympic Peserta KBS Program Istimewa Tahun Baru Lunar[21]
Weekly Idol Tetamu MBC Every 1 Episod 251 bersama AOA

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2015
Anugerah Muzik MelOn ke-7
Anugerah Trend Hangat
"Puss" (bersama Iron)
Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AOA Profile". FNC Entertainment. 
  2. ^ "Jimin (AOA)". KBS World Radio. Dicapai 2016-03-26. 
  3. ^ a b "'동상이몽' AOA 지민 "학생 때 중국으로 유배…공부 못했다"". OSEN. 2015-07-04. Dicapai 2016-03-27. 
  4. ^ "지민, AOA 리더 고충 꺼내 "얄밉다" … 누가?". JoongAng Ilbo. 2015-07-23. Dicapai 2016-03-27. 
  5. ^ Park HyunMin (2 September 2012). "[Interview Part I] AOA Lands on Earth on Angel Wings and Guitars". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai 2016-03-26. 
  6. ^ Lee KyungNam. "AOA to Launch Band Unit AOA Black". enewsWorld. CJ E&M. 
  7. ^ "AOA - Moya (3rd Single)". Soompi Shop. Diarkibkan daripada asal pada 2014-12-05. Dicapai 2016-03-26. 
  8. ^ Bae Jae-ryeon (2015-03-13). "지민 키썸 무대 'X싼 느낌' 대박케미 터지나". Newsen. Dicapai 2016-03-27. 
  9. ^ Hwang Hye-jin (18 Mac 2015). "'Unpretty Rapstar' AOA's Jimin to Release Duet Song with Iron". Newsen. CJ E&M. Dicapai 2016-03-27. 
  10. ^ a b Son Ji-hyoung (26 Februari 2016). "AOA's Jimin's new song features EXO's Xiumin". K-Pop Herald. Dicapai 2016-03-27. 
  11. ^ Yoon Ho-jung (11 Mac 2015). "AOA's Jimin, EXID's Hani, Eun Ji Won and More to Join 'I'm Going to School'". Newsen. CJ E&M. Dicapai 2016-03-27. 
  12. ^ Jin Min-ji (23 April 2015). "AOA's Ji-min to release hip-hop track". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2016-03-27. 
  13. ^ Ha, You-bin (28 April 2015). "JIMIN N J.DON Release The Music Video Of 'GOD'". BNT News. Dicapai 2016-03-27. 
  14. ^ Bae Jung-yun (3 Mac 2016). "AOA′s Jimin Achieves an All-Kill on Music Charts". BNT News. CJ E&M. Dicapai 2016-03-27. 
  15. ^ "2015년 19주차 Digital Chart". Gaon Chart. April 7, 2015. 
  16. ^ Cumulative sales for "Call You Bae":
  17. ^ Jackson, Julie (18 November 2013). "'Cheongdamdong 111' captures K-pop stars off the stage". The Korea Herald. Dicapai 2016-03-27. 
  18. ^ Jung, Min-kyung. "[V Report Plus] AOA to start own reality show". The Korea Herald. 
  19. ^ Won Ho-jung (11 Februari 2016). "Networks' pilot programs hit and miss during Seollal". K-Pop Herald. Dicapai 2016-03-27. 
  20. ^ "'복면가왕' 난 이제 지쳤어요 땡벌 "이 자리에 제 여자친구가 와있다"". Korea Economic Daily. 2015-05-03. Dicapai 2016-03-27. 
  21. ^ Won Ho-jung. "Networks' pilot programs hit and miss during Seollal". K-Pop Herald. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]