ASK (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
ASK
ASK.jpg
Gambar promosi ASK
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Johor, Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktifakhir 1980-an -1990-an
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan


Kumpulan ASK merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan ASK mulai dikenali ramai setelah menyertai Batu-Batu Perjuangan . Mereka kemudiannya terbabit dalam penghasilan album kompilasi Hikayat Rock - BB pada tahun 1988

Kumpulan ASK berasal dari kluang, Johor Darul Takzim.


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ASK terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Pemain gitar- Hamizan Omar Gitar Bass - Allahyarham Raob Bass Keyboard - Sulaiman Yassin Drum - Nani Vocal - Syed Edo Ahli-ahli dipilih yang terbaik di antara band-band rock dari Kluang,Johor ketika itu untuk mewakili Kluang ke pertandingan dan festival rock. Band-band dari kluang iaitu Band Anak Adam Hamizan Omar(Mitchgen)gitar dan Syed Edo sebagai vocalist,Drum dari Band Prodigy iaitu Nani,Bass dari Band Undercover-Raob Bass manakala keyboard dari Band Rengam-Sulaiman Yassin(Man) dan diuruskan Hashim di bawah Undercover Studio Kluang dan diambil alih oleh En.Zainal Flame.Setahun sebelum ahli-ahli band ASK membawa haluan masing-masing,ASK telah menanda tangan kontrak dgn Box office production di bawah En.Ali Bakar dgn.menghasil dua album komplikasi Hikayat Rock dan Pancacerawakala.Ketkaitu garis panduan untuk lagu dan penampilan artis oleh kerajaan(RTM)amat ketat.Lagu-lagu ASK telah di gam dan seterusnya kerana tidak dapat siarkan lagu mereka dan publiksisi ke televisyen dan radio,mereka mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.Raob Bass telah bersama band Baba,Naja dan Amok,Sulaiman main keyboard bersama Kombo Pentasrama,Syed Edo bergerak solo dengan menyanyi di kelab manakala Hamizan dan Nani bermain muzik secara part time.Huruf ASK sebenarnya ialah All Star Kluang yang telah diberi nama oleh pengasasnya En.Hashyim dan beberapa lagi pemuzik-pemuzik lama dari Kluang yang telah bersara.Akan tetapi ahli-ahli band ASK telah mengubahnya kepada Anak Sejati Kluang kerana merasakan mereka belum layak mendapat gelaran itu walaupun pemillihan mereka di atas penilaian panel terdiri dari pemuzik-pemuzik venteran dari Kluang,Johor seperti En.Hashyim bekas Bassist band Undercover,En.Zainal (B)Drummer band Flame,En.Hamid (B)Drummer band Machine Head dan juga pendapat-pendapat dari individu-individu peminat muzik dari Kluang yang bertujuan untuk menaikkan nama Kluang ke pesada muzik rock Malaysia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Hikayat Rock - BB '88 (Album kompilasi)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Perjalanan Hidupku
  2. Angkara Manusia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]