Abad ke-12 SM
Penampilan
| Milenium: | milenium ke-2 SM |
|---|---|
| Abad: | |
| Garis masa: | |
| Ketua negara: |
|
| Dekad: | |
| Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-12 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1200 SM hingga 31 Disember 1101 SM dalam takwim Gregorius.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1197 SM - Permulaan zaman pertama (1197 SM - 982 SM), menurut konsep I Ching dan sejarah oleh Sau Yung.
- 1194 SM - Permulaan Perang Troia dongeng.
- 1192 SM - Kemangkatan Wu Ding, maharaja Dinasti Shang.
- 1191 SM atau 1181 SM - Menestheos, raja dongeng Athens serta bekas perajurit yang mangkat terkorban semasa Perang Troia selepas pemerintahan selama 23 tahun dan diwarisi oleh anak saudaranya, Demophon, putera Theseus. Huraian-huraian lain menetapkan kemangkatannya sedekad kemudian dan tidak lama selepas Perang Troia (sila lihat 1180-an SM dan 1190-an SM).
- 1186 SM - Keakhiran Dinasti Kesembilan Belas Mesir, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh.
- 1184 SM, 24 April - Tarikh tradisional bagi kejatuhan Troia, Asia Kecil, kepada tentera Mykenai dan sekutu-sekutunya. Tarikh ini menandakan keakhiran Perang Troia dalam mitologi Yunani.
- 1180 SM - Anllil-nadin-akhe, raja masyarakat Kassite terakhir, ditewaskan oleh tentera Elam.
- 16 April 1178 SM - Gerhana suria mungkin menandakan kepulangan Odysseus, raja dongeng Ithake, ke pulau kerajaannya selepas Perang Troia diceritakan dalam hikayat Odýsseia: baginda mendapat tahu bahawa sebilangan pelamar sedang bersaing untuk mengahwini isterinya, Penelope, supaya dapat mewarisi takhta kerana mereka menyangka Odysseus sudah terkorban lalu Penelope disangka janda; Odysseus membunuh mereka dan memantapkan semula kedudukannya.
- 1160 SM - Kemangkatan Firaun Ramesses V, akibat cacar.
- 1159 SM - "Peristiwa gelang pokok" sejagat (tempoh pertumbuhan pokok terbantut) yang berlangsung selama 18 tahun.
- 1154 SM - Kemangkatan Raja Menelaus dari Sparta (tarikh anggaran).
- 1154 SM - Pembunuhan diri Permaisuri Helen dari Sparta yang dibuang negeri di Rodos (tarikh anggaran).
- k.k. 1150 SM - Keakhiran pemerintahan Mesir di Palestin. Rameses VI, firaun terakhir, diperakui.
- 1147 SM - Demophon, raja dongeng Athens dan bekas perajurit Perang Troia, mangkat selepas pemerintahan selama 33 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Oxyntes.
- 1137 SM - Ramses VII memulakan pemerintahannya sebagai raja keenam Dinasti Kedua Puluh Mesir.
- 1135 SM - Oxyntes, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 12 tahun dan diwarisi oleh anak sulungnya, Apheidas.
- 1134 SM - Apheidas, raja dongeng Athens, dibunuh selepas pemerintahan selama setahun dan diwarisi oleh adik lelakinya, Thymoetes.
- 1126 SM - Thymoetes, raja dongeng Athens, mangkat tanpa mempunyai anak selepas pemerintahan selama 8 tahun. Baginda diwarisi oleh pewaris yang dilantiknya, Melanthus dari Pylos, seorang keturunan generasi kelima Neleus yang dilaporkan telah membantu baginda dalam pertempurannya terhadap tentera Boeotia.
- 1122 SM - Tarikh pengasasan dongeng bagi kota Pyongyang.
- k.k. 1120 SM - Pemusnahan Troia VIIb1
- 1115 SM - Zhou Cheng Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 1115 SM - Tiglath-Pileser I menjadi raja Assyria.
- 1100 SM - Tiglath-Pileser I dari Assyria menaklukkan masyarakat Hittite.
- k.k. 1100 SM - Tentera Dorian dikatakan menyerang Greece.
- k.k. 1100 SM - Permulaan kebudayaan proto-Villanovan di Itali Utara.
- k.k. 1100 SM - Keakhiran Peradaban Mycenaea, dan permulaan Zaman Kuno Greek.
- k.k. 1100 SM - Keakhiran Kemaharajaan Baru di Mesir.
- Penyerang-penyerang Elam merampas barang-barang seni Mesopotamia yang berharga, dan membawanya ke Susa.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Amenemses, Firaun Dinasti Kesembilan Belas Mesir (1202 SM - 1199 SM).
- 1180 SM - Kelahiran Ramesses III dari Mesir.
- 1153 SM - Kemangkatan Firaun Ramesses III dari Mesir.
- 1146 SM - Nebuchadnezzar I menjadi raja Babylon.
- 1116 SM - Kemangkatan Raja Wu, raja Dinasti Zhou (1122 SM - 256 SM) dari China.
- 1010-970 SM - nabi daud memerintah
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- 1100-an SM - Abjad diperkembangkan oleh orang Phoenicia.
- MUL.APIN diperkembangkan oleh orang-orang Assyria: katalog kuno tentang buruj.