Abdul Aziz Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dato Dr Abdul Aziz Mohamed Zain (10 November 1922 - 12 Januari 2012). Beliau pernah menjadi hakim, Peguam Negara dan ahli perniagaan.


Abdul Aziz Zain

PSM DJMK
Abdul Aziz in 1961
2nd Attorney General of Brunei
Dalam jawatan
20 September 1961 – 15 January 1963
RajaOmar Ali Saifuddien III
Didahului olehAli Hassan
Digantikan olehIdris Talog Davies
Butiran peribadi
LahirAbdul Aziz
(1922-11-10)10 November 1922
Kepala Batas, Penang, British Malaya
Meninggal dunia12 Januari 2012(2012-01-12) (umur 89)
Bukit Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTaman Titiwangsa Muslim Cemetery
PasanganFatimah Zahirin
Anak-anak6; including Abdul Ghani
PendidikanMiddle Temple
ProfesionJudge and businessman

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sekembali belajar dan menerima Ijazah Perundangan Barrister-at-Law, Middle Temple, London pada tahun 1951 , beliau bekerja sebagai 'State Secretariat' di Alor Star - Magistret di Taiping (1955); Timbalan Pendakwaraya Majlis Persekutuan di Perak (1956); anggota Dewan Perundangan di Kuala Lumpur (1957); Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (1958);Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Penasihat Undang;Undang Kerajaan Negeri Terengganu (1958) ; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak (1960); Peguam bagi Negara Brunei (1961 - 1962)dan menjadi Peguam Negara (1963) . Seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi (Julai 1964) dan Hakim Mahkamah Persekutuan (1970)

Selepas bersara beliau menjadi Pengerusi Lembaga Elektrik Negara (Tenaga Nasional Berhad) (1971 - 1973) ; Pengerusi Badan Amanah Kolej Malaysia ;Pengerusi Bedford (M) Bhd. ;Pengarah Hume Industries (M) Bhd. Pengerusi Kota Tanah Sdn. Bhd. ; Pengarah Kamunting Industries Bhd; Pengerusi Kao (Mal) Sdn. Bhd.

Era Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau dilantik sebagai Pembantu Sulit Tunku dan Setiausaha Agung OIC (1973 ). Beliau juga pengasas dan Timbalan Pengerusi Perkim dan Pengerusi Perkim (1969-1971)[1].Beliau juga memainkan peranan penting dalam Anglia Ruskin University bagi projek di Malaysia dan Thailand dan pernah dianugerahkan dengan doktor kehormat.


Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Malaysian Institute of Management dan Ahli kepada Majlis Perwakilan Agama Negara.

Pada 1987 ketika berusia 65 tahun, beliau menjadi Pengerusi Suruhanjaya Gaji Guru di Malaysia. Laporan tersebut termasuklah tentang pencen, faedah perubatan dan faedah perumahan guru sebagai skim perkhidmatan awam yang lain.[2]

Mengenang jasa[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri, D.J.M.K., Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan Pingat Mahkota Kedah (P.M.K). [3]

Pada 1994, beliau dianugerah Doktor Undang-Undang kerana aktiviti kemanusiaan dan kebajikannya daripada Anglia Ruskin University.[4]

Memoir Tan Sri Abdul Aziz Zain[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 27 November 2005, 'Memoir Tan Sri Abdul Aziz Zain' dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Kelab Tasek, Putrajaya.Penulisnya ialah Zainatul Shuhaida Abdul Rahman dan dibantu oleh Ruslan Ngah serta Sophyan Hakim Mohd Hakim. Buku ini setebal 160 muka surat .[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Zain (1969 - 1971)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-19. Dicapai pada 2011-12-02.
  2. ^ http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=19880614&id=5hBZAAAAIBAJ&sjid=RJADAAAAIBAJ&pg=5202,3328288, Tan Sri Abdul Aziz Zain
  3. ^ "Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohamed Zain". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-28. Dicapai pada 2011-12-02.
  4. ^ "Tan Sri Aziz Bin Zain Honorary Doctor of Laws, 1994". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-04. Dicapai pada 2011-12-02.
  5. ^ PELANCARAN BUKU MEMOIR TAN SRI ABDUL AZIZ ZAIN-NEGARAWAN LIMA ZAMAN
  1. New Malaysian Who's Who Part II - West Malaysia.(Vol.II). Kuala Lumpur : Kasuya Publication, 1989/1990.
  2. Dewan Masyarakat . "Siapa Tun Hamid ?" , April 1992