Abdul Rahman bin Habib al-Fihri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Rahman bin Habib al-Fihri juga dieja Abd ar-Rahman ibn Habib al-Fihri (meninggal 755 M) ialah seorang bangsawan Arab daripada keluarga Uqba atau Fihri, dan merupakan pemerintah Ifrikiyyah (Afrika Utara) dari 745 M sehingga 755 M.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abd al-Rahman ibn Habib merupakan cicit Uqba bin Nafi al-Fihri (Arab Muslim yang menakluk Afrika Utara). Keluarganya, al-Fihri, merupakan satu daripada keluarga Arab utama di Afrika Utara atau Maghreb.

Pada tahun 740 M, beliau bersama-sama dengan bapanya, Habib bin Abi Ubaidah (atau dieja Habib ibn Abi Obeida) dalam satu ekspedisi Arab yang merentasi laut ke Sicily dalam apa yang merupakan cubaan pertama untuk menyerang pulau itu secara besar-besaran (berbanding dengan pencerobohan kecil). Merka mendarat dengan selamat dan buat mengepung kota Syracuse buat seketika sehingga kota itu bersetuju untuk membayar ufti. Walau bagamanapun Pemberontakan Berber di Maghreb memaksa puak al-Fihris untuk membatalkan serangan terhadap Sicily dan bergegas pulang ke Afrika bagi mengangani pemberontakan tersebut. Orang Arab ditewaskan oleh Berber pada Pertempuran Baqdura (berdekatan Sebou) (741 M). Abdul Rahman bin Habib hampir terbunuh sementara bapanya maut di medan pertempuran. Abdul Rahman melarikan diri bersama-sama saki baki tentera Arabnya dengan menyeberangi selat ke Sepanyol.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Ibn Khaldun, Histoire des Berbères et des dynasties musulmanes de l'Afrique, 1852 transl. Algiers.
  • Julien, Charles-André, Histoire de l'Afrique du Nord, des origines à 1830, édition originale 1931, réédition Payot, Paris, 1961
  • Kennedy, Hugh Muslim Spain and Portugal: A Political History of al-Andalus, New York and London: Longman, 1996.
  • Mercier, E. (1888) Histoire de l'Afrqiue septentrionale, V. 1, Paris: Leroux. Repr. Elibron Classics, 2005.