Maghreb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Negara Kesatuan Maghreb

Maghreb (juga ditulis Maghrib, Bahasa Arab: المغرب العربيal-maghrib al-`arabī "barat Arab"; Barbar: Tamazgha), ialah bahagian barat Afrika Utara, termasuk lima negara moden kini Maghribi dengan Sahara Barat, Algeria, Tunisia, Libya dan Mauritania.

Istilah maghrib berasal daripada perkataan Arab untuk "barat", menandakan wilayah paling barat yang termasuk dalam penaklukan Islam pada abad ke-7.[1] Hari ini, ia digunakan sebagai kata nama khas merujuk Maghreb. Bentuk muktamad al-maghrib pula digunakan untuk merujuk khusus kepada negara Maghribi. Sebelum penubuhan negara bangsa moden di kawasan ini pada abad ke-20, Maghreb merujuk kepada kawasan lebih kecil di antara Pergunungan Atlas di selatan dan Laut Mediterranean, timur Libya, tetapi tidak Mauritania moden. Sehingga abad ke-19 ia digunakan untuk merujuk kepada kawasan barat Mediterranean secara umum, dan Algeria, Maghribi dan Tunisia secara khusus.[1]

Wilayah moden[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Elisee Reclus, Africa, disunting A. H. Keane, B. A., Jil. II, North-West Africa, Appleton and Company, 1880, New York, m/s. 95

Pautan luar[sunting | sunting sumber]