Abdullah Babu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mej Jen Dato' Abdullah Babu
Kelahiran
Abdullah Babu

Warganegara Malaysia
PekerjaanMej Jen Dato'
MajikanTentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Panglima Gagah Berani
Kampung asalYong Peng
PangkatMej Jen Dato'
Laman web rasmiKeberanian Dan Pengorbanan

Mej Jen Dato' Abdullah Babu adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Yong Peng, Johor. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 7 Jun 1981 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis.

Mej Jen Dato' Abdullah Babu berasal dari Yong Peng, Johor. Pada 24 Mac 1979 setelah menjumpai perkhemahan musuh, Kapt Abdullah yang mengetuai 18 anggota lain terus mengatur kedudukan untuk melancarkan serangan. Tembakan pertama daripada Sjn Mohd Zain yang terserempak dengan seorang pemberontak semasa bergerak untuk menyerang. Serentak dengan itu,

Kapt Abdullah dan kumpulan penyerang melepaskan tembakan bertubi-tubi dan berjaya menumbangkan seorang musuh. Terkejut dengan serangan tersebut, musuh cuba untuk melarikan diri tetapi Kapt Abdullah dan anggota-anggotanya meneruskan penjejakan dan berjaya menembak mati seorang pemberontak wanita. Setelah penggeledahan dilakukan, kumpulan yang diketuai oleh Kapt Abdullah berjaya membunuh tiga pemberontak, merampas sepucuk senjata SLR, peluru, risalah komunis, bahan makanan dan lapan kad pengenalan awam. Beliau dikurniankan pingat PGB pada 7 Jun 1981.

Rujukan[sunting | sunting sumber]