Yong Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan.
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan.
Mohor rasmi Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Mohor
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ) yang terletak di Malaysia
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Koordinat: 2°01′00″N 103°04′00″E / 2.01667°N 103.06667°E / 2.01667; 103.06667
Negara Malaysia
Negeri Johor
DaerahBatu Pahat
Penubuhan1950
Majlis Daerah1979
Kerajaan
 • Yang DipertuaHj. Mohd Khir Johari Hj. Salleh
Penduduk
(2010)
 • Jumlah29,046
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
837xx
Laman webhttp://www.mdyongpeng.gov.my

Yong Peng ialah sebuah pekan di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.[1] Kawasan pekannya 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitar 29,046 orang. [2] Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina.

Semasa Darurat Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.

Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng[3] (MDYP, dahulu dikenali sebagai '"Majlis Daerah Batu Pahat Timur". Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Yong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]