Abdullah Muhammad Basmeih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih merupakan salah seorang tokoh ulamak di Malaysia. Ayah beliau bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt di Yaman, manakala ibu beliau bernama ‘Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari wilayah Bishah, Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau.

Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam catatan lain beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan bernama Ma‘abdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Makkah al-Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa beliau.

Karya[sunting | sunting sumber]

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, Sheikh Abdullah Basmeih banyak mengarang karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :

  1. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
  2. Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )
  3. Mukadimah Mastika Hadis
  4. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid )
  5. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )
  6. Khutbah Haji Wada‘- Khutbah Rasulullah s.a.w.
  7. Panduan Mengurus Jenazah
  8. Kedudukan Masjid Dalam Islam
  9. Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)
  10. Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)
  11. Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 )
  12. Panduan Kanak-kanak Sembahyang
  13. Muqaddam al-Quran
  14. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi

Sheikh Abdullah Basmeih meninggal ketika berusia 84 tahun pada 14 Julai 1996 di rumah beliau di Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Sheikh Abdullah Basmeih meninggalkan sumbangan yang besar iaitu sebagai penterjemah al-Qur’an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(1915 – 14/07/1996)]