Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syeikh Dr.

Abdullah ibn Muhammad
Al al-Syeikh
Pengerusi Majlis Syura Arab Saudi
Memegang jawatan
15 Februari 2009
Perdana MenteriRaja Abdullah
Raja Salman
TimbalanDr Mishaal bin Fahim bin Mohammed Al-Sulami
Didahului olehDr. Salih bin Abdullah Al Humaid
Menteri Kehakiman
Dalam jawatan
November 1992 – Februari 2009
Perdana MenteriRaja Fahd
Raja Abdullah
Didahului olehMuhammad bin Ibrahim bin Jubair
Digantikan olehMuhammad bin Abdulkarim Al-Issa
Butiran peribadi
Lahir1948 (umur 75–76)
Diriyah
KerakyatanArab Saudi
BapaSyeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh
HubunganAl al-Syeikh, keturunan langsung dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Alma materUniversiti Islam Imam Muhammad bin Saud
Universiti Al-Azhar

Syeikh Dr. Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh (lahir pada 1948) merupakan pengerusi Majlis Syura (Dewan Perwakilan) Arab Saudi sejak Februari 2009.[1] Beliau juga pernah menjadi Menteri Kehakiman pada Februari 1992 hingga Februari 2009.

Latar belakang dan pendudukan[sunting | sunting sumber]

Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh merupakan salah seorang ahli daripada keluarga yang terkemuka dalam kalangan ulama Arab Saudi iaitu Al al-Syeikh, yang mana ia merupakan keturunan langsung daripada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab[2] Beliau dilahirkan di Diriyah pada tahun 1948[3] dan didik oleh ayahnya, Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh, bekas Mufti Besar Arab Saudi. Beliau juga belajar ilmu tafsir al-Quran dan Usul Fiqah dari Syeikh Abdulrazaq Afifi. Beliau menuntut di Kolej Syariah di Riyadh (kini dinamakan Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud) dan memperoleh ijazah sarjana muda Syariah pada 1975. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan pulang ke Arab Saudi untuk pengajian kedoktoran pada tahun 1987.[3] Beliau memperoleh ijazah kedoktoran Ph.D dalam bidang Fiqah dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud pada 1987.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas memperoleh ijazah kedoktoran, beliau menjadi pensyarah dan profesor madya di Kolej Syariah, Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud sehingga dilantik menjadi Menteri Kehakiman Arab Saudi[3] pada November 1992.[5] Beliau menggantikan tempat Muhammad bin Ibrahim bin Jubair sebagai menteri.[5] Berdasarkan arahan Raja, beliau telah menyusun undang-undang kehakiman bagi tahun 2007. Perubahan ini akan membentuk sebuah mahkamah khusus yang beroperasi selari dengan mahkamah syariah sedia ada, terutama bagi kes-kes komersil. Kesan perubahan ini menyebabkan beberapa kes yang diadili di mahkamah dibenarkan untuk tidak merujuk kepada undang-undang Syariah sedia ada. Aspek penting yang lain bagi perubahan ini adalah dengan penubuhan Mahkamah Agung. Undang-undang yang merangkumi perubahan kehakiman ini telah digubal sejak Oktober 2007, walau bagaimanapun pelaksanaan adalah perlahan.[6]

Syeikh Abdullah telah mengumumkan pada Julai 2008, bahawa beliau telah menghantar pelan tindakan reformasi kehakiman ini kepada Raja,tetapi ada yang mendengar tempoh yang lebih jauh, sehingga diumumkan pada 2009 beliau telah diberhentikan menjadi Menteri[6] Dalam sebuah rombakan besar-besaran oleh Raja Arab Saudi pada 14 Februari 2009, kedudukan menteri Syeikh Abdullah telah digantikan oleh Muhammad bin Abdulkarim Al-Issa sebagai Menteri Kehakimanin.[6] Dilaporkan bahawa tujuan Raja Abdullah merombak kabinet beliau adalah bagi memberi ruang kepada pentadbir-pentadbir yang lebih muda dan progresif.[7][8]

Akhirnya, pada 2009, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Syura sehingga kini.[9][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Shura Council of Kingdom of Saudi Arabia - A Brief History
  2. ^ Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 29 (n. 87). ISBN 978-1-4094-0377-7.
  3. ^ a b c d "H.E Dr. Abdullah Bin Mohammed Bin Ibrahim Al-Sheikh". Majlis ash-Shura, Government of Saudi Arabia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2009. Dicapai pada 9 November 2020.
  4. ^ "Saudi consultative council". Wikileaks. 22 April 2009. Dicapai pada 6 Mei 2012.
  5. ^ a b The Middle East and North Africa 2003. Taylor & Francis. 2002. m/s. 949. ISBN 978-1-85743-132-2.
  6. ^ a b c "Tentative steps in Saudi Arabia: The King of Saudi Arabia shows some reformist credentials". The Economist. 17 Februari 2009. Dicapai pada 9 Julai 2011. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ "Saudi king appoints successor's successor to throne". CNN. 27 Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2012. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  8. ^ "Analysis: Female minister just one of Saudi king's steps forward". CNN. 16 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2012. Dicapai pada 16 Julai 2011.
  9. ^ "Shura Council members appointed". Royal Embassy of Saudi Arabia, Washington D.C. 14 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2011. Dicapai pada 9 November 2020.