Abot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abot
KelahiranNorimah binti Muhammad
(1975-06-14) 14 Jun 1975 (umur 48)
Negeri Sembilan, Malaysia
GenreRock alternatif, balada, country
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, pencipta lagu, novelis
InstrumenVokal
Tahun aktif1996-kini
Syarikat rakaman
Gomogi Production (1996-2000-an)
New Southern Records (2002)
Life Records (2007)
Pengkarya berkait
FTG, XPDC, Saturnine

Norimah Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abot merupakan seorang penyanyi wanita berasal dari Negeri Sembilan, Malaysia. Abot tersenarai dalam Malaysian Book of Records sebagai Penyanyi Alternatif Solo Wanita Pertama di Malaysia pada era 1990-an, dan beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Alternatif Malaysia. Nama "Abot" adalah singkatan daripada "Alternatif Buat Orang Timur", juga menjadi judul album debutnya pada tahun 1996.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Abot mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak usia belasan tahun lagi. Abot mula mencipta lagunya sendiri ketika berumur 13 tahun, antaranya lagu "Camar" yang pernah menjadi hits pada pertengahan era 1990-an. Abot tidak mendapat sebarang pendidikan dalam bidang muzik secara formal. Dia juga pernah melakonkan suara untuk siri keluang man iaitu watak Jenny dan Malini.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Abot telah berkahwin dengan Mohd Rafli Mohd Desa, atau lebih dikenali sebagai Jac FTG (pemain gitar kumpulan FTG) pada tahun 1999 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Gaya muzik dan pengaruh[sunting | sunting sumber]

Abot menyifatkan muziknya sebagai Alternatif (rock), dan beliau telah memetik Alanis Morissette dan The Cranberries sebagai pengaruh utamanya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Mencipta sendiri lagu popularnya Camar ketika berusia 13 tahun.
  • Pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records, Penyanyi Alternatif Solo Wanita Pertama di Malaysia 
  • Pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Camar berjaya sampai ke peringkat separuh akhir kategori Pop Rock 
  • Video muzik terbaik kategori bulanan dalam rancangan Video M (TV1), lagu Kebebasan 
  • Pertandingan akhir Anugerah Video M ke-2, lagu Kebebasan 
  • Lagu Hek Engriag (Nyanyian Kedamaian) merupakan lagu alternatif pertama di Malaysia yang dinyanyikan dalam bahasa orang asli suku kaum Semai.
  • Album Tak Tahu? dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-5 1998 melalui kategori Persembahan Vokal Terbaik Wanita & Album Rock Terbaik (kedua-dua kategori tidak berjaya ke peringkat akhir)
  • Kulit Album Terbaik, rekaan KS Chow, album Tak Tahu?, Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]