XPDC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
XPDC
11042942 1565633370350662 3713136559799677365 n.jpg
Anggota asal kugiran XPDC daripada album studio mereka, Darjah Satu pada tahun 1990 terbitan Life Records.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Tragedy (1986-1989)
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Heavy metal, Thrash metal, Hard rock, Glam rock,
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Kugiran
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
Life Records
Pengkarya berkait
J.S. Kevin
Laman sesawang
Lirik lagu
AhliXPDC 'Kita Peng Yu' (Mael)

Mael - Penyanyi
Jeff - Gitar
Zuar - Bass
Amy - Drum

XPDC 'Militia' (Izo)
Ali- Penyanyi
Izo - Gitar
Arif Izo - Gitar
Eddie - Bass
Lola - Drum
Bekas ahliYan Lefthanded - Bass
Lee Space - Drum
Pae Barongan - Drum

XPDC ialah sebuah kugiran muzik Malaysia yang ditubuhkan oleh J.S. Kevin, penulis lirik semenjak dekad 1990-an. Kugiran ini sering bersilih ganti melalui barisan mereka termasuk vokal, dram dan bass (kecuali gitar). Semenjak dibentuk pada tahun 1989, kugiran ini telah menghasilkan 7 album studio yang terjual termasuk album studionya, Brutal yang berjaya terjual melebihi 350,000 unit pada tahun 1997, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio sehingga mereka berjaya mengadakan sebuah konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara yang berlangsung pada bulan April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC adalah kugiran rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan kugiran Search dan Wings sebelum kegiatan mereka berpecah belah menjadi dua kugiran yang berbeza pada hari ini dikenali sebagai XPDC Kita Peng Yu yang diketuai oleh Mael manakala XPDC Militia yang diketuai oleh Izo akibat masalah dalaman yang melibatkan pertengkaran antara Mael dan Izo di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1986-1989: Era Tragedy (Sebelum kewujudan XPDC)[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, kugiran Tragedy telah ditubuhkan pada tahun 1986 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur oleh vokalisnya dan gitaristnya, Mael yang berasal dari Muar, Johor dan Izo (gitar - asal Kelantan, Mereka berdua berjaya mendapatkan tiga orang pemuzik untuk diserapkan ke dalam kugiran tersebut iaitu Yazid (dram - asal Johor)dan Man Tobey (bass). Mereka kemudiannya aktif membuat persembahan di beberapa tempat, terutamanya di funfair. Disebabkan mereka sering membuat persembahan di funfair, maka mereka telah digelar sebagai Raja Funfair oleh para peminat. Namun, perjalanan karier mereka sebagai kugiran tidak semudah yang disangkakan. Pada suatu hari, mereka telah ditipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit kepada mereka dalam satu persembahan yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah. Ini telah menyebabkan mereka terkandas di sana kerana tidak cukup wang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Di sebalik tragedi yang melanda, nasib mereka akhirnya berubah apabila bertemu dengan seorang komposer terkenal bernama Zul Adnan bin Mohd Razali yang lebih dikenali sebagai J.S. Kevin. Pada ketika itu, J.S. Kevin datang ke Langkawi bersama kugiran Bumi Putra Rockers (BPR) di mana BPR turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Tragedy. Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu tersebut dieja penuh sebagai Ekspedisi yang tidak begitu unik. Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh J.S. Kevin.Di sinilah mereka menyedari bahawa JS Kevin adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif).

1990-1997 : JS Kevin serta penciptaan XPDC[sunting | sunting sumber]

Mereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, XPDC telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman oleh Life Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun, mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar (bass) dan Lee Space (dram). Ketika Zuar dan Lee Space menyertai XPDC, proses rakaman album studio pertama mereka telah selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Yan Lefthanded (bass) dan Amy Handy Black (dram).

Album studio pertama XPDC, Darjah Satu telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, C.I.N.T.A. ciptaan JS Kevin. Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Lee Space (dram) telah mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempat Lee Space kemudiannya digantikan oleh Amy, bekas anggota kumpulan Handy Black yang turut telibat dalam pembikinan album Darjah Satu sebagai pemuzik undangan.

1997-kini : Pertukaran Vokalis & Perkembangan Terkini[sunting | sunting sumber]

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 350,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC sehingga kini.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dipasarkan Kedatangan Ali sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap XPDC kerana beliau secara tidak langsung telah bersama sama promo album brutal dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Brutal. Sementara itu,Mael terpaksa meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman dan kesihatan.XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi dan kemasukan ali berjaya menyelamatkan XPDC yang ketika itu hampir jatuh dengan ketiadaan Mael. Amy pula terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan serius. Lola yang ditemui oleh XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.

Konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert XPDC Brutal yang dianggotai oleh Ali, Izo, Zua dan Lola berlangsung pada bulan April 1998 di Stadium Negara Kuala Lumpur telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search dan Wings. XPDC juga dikenali sebagai Big 3 metal Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG dan vokal garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi 'Head Banging' ala "Helicopter" telah mencuri ramai perhatian dan keterujaan para peminat yang di lihat seperti kumpulan Metallica. Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. Ali bersama XPDC semakin popular dengan perhatian aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga sesuai dikatakan dengan judul 'Brutal'. Selain itu, kebolehan vokal Ali yang garau dan tinggi telah menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu. Seumpama sebuah revolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash(Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti Dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC. Konsert berskala besar(1998)ini juga adalah yang terbaik bagi XPDC yang ditonton hampir 20, 000 penonton selain ia dikatakan XPDC kumpulan no. 1 Malaysia serta mengeluarkan dalam bentuk CD dan VCD dipasaran.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai. Album studio pertama tanpa perjuangan Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael.Walaupun demikian, tidak dinafikan, masih ramai peminat XPDC yang menghargai usaha dan jasa Ali sehinggakan begitu ramai yang mengikut 'Trend' rambut cukur tepi Ali. XPDC semakin sibuk seterusnya mengeluarkan klip video album Samurai. XPDC yang telah digelar sebagai kumpulan rock no. 1 Malaysia sering menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti aksi 'Head Banging' Ini Sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bah kan meningkat kuantitinya. Persembahan di pentas mereka juga sering dibanjiri dengan puluhan ribu penonton.

Pada awal tahun 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut - turut di Stadium Negara Kuala Lumpur. Ternyata Search yang popular lagu Nur Nilam Sari dan tidak lagi diwakili oleh Amy (bekas penyanyi Search) konsert gergasi tersebut telah dikuasai oleh penonton XPDC. Walaubagaimanapun XPDC tetap merasa merendah diri terhadap Search yang lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC dalam industri muzik.Personaliti mereka amat dipuji dan peminat menerima mereka seadanya serta menyayangi mereka.

Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu - lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Selangor.

Pemain gitar bass XPDC Zuar mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zuar untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Kesian Zuar. Yan (Lefthanded) menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir sejak album Darjah Satu sebagai sessionist. Bahkan jasa Yan Sangat lah besar kepada XPDC.

Namun setelah beberapa lama, penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005.

Pada tahun 2015, XPDC telah terpecah kepada dua band berpunca daripada kegagalan konsert Rockestra kerana isu yang tidak dapat dielakkan. XPDC telah berpecah kepada Xpdc Kita Pengyu Dan Xpdc Militia. Mael mengambil keputusan untuk meninggalkan XPDC yang lineup pada masa itu (Mael, Izo, Eddie dan Lola) kerana isu rockestra dan mencari anggota asal XPDC iaitu Zuar, Amy dan memanggil Jeff Giegiel sebagai gitaris untuk membentuk XPDC Kita Peng - yu yang rasmi. Ali pula telah membuat keputusan untuk bersama semula dengan Izo (hanya Izo yang hanya kekal dengan XPDC dari 1989 - kini) dan membentuk XPDC MILITIA. Kini kedua-dua band aktif membuat persembahan.Namun atas komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh anggota -anggota XPDC yang lain, XPDC tetap berjaya kekal dalam persada muzik Malaysia dan Muzik XPDC tetap menjadi siualan ramai walaupun telah bertukar vokalis.

Sepanjang tahun 2017, XPDC Kita Pengyu yang di barisi oleh Mael, Jeff, Zuar dan Amy telah menjayakan beberapa konsert besar antaranya konsert Rockstage - Sound Of War XPDC & FTG yang diadakan pada 7 Oktober 2017 dan akan menjayakan konsert Metal Legends XPDC & Cromok pada Februari 2018.K

Kesemua konsert dijayakan dengan baik walan upupersembahan mereka memerlukan backup vokal belakang tabir mahupun suara penon. li.

XPDC Militia (Ali,Izo, Lola, Eddie, Arif) pula tidak banyak bersuara di media berkenaan gossip dan menjauhkan diri daripada batu api/adu domba. Namun mereka telah menerbitkan Album DOA.Lineup Militia telah membuktikan bahawasanya mereka adalah lineup yang sangat komited dan mengambil berat diatas tugasan sebagai penghibur dan insan seni. Peminat lineup Militia tidak ramai seperti lineup Kita Pengyu. Namun kualiti persembahan mereka adalah lebih unik dan lebih bertenaga. Salah satu bukti kualiti mereka adalah persembahan Live dihadapan Sogo. Ramai peminat tidak kira lapisan umur tak kira tua muda lelaki perempuan mahupun kanak kanak turut layan persembahan lineup militia. Ini adalah bukti bahawasanya mereka berjaya menghibur semua lapisan masyarakat tanpa sebarang masalah. Selain itu, jika diperhatikan kualiti album Xpdc Doa, lagu lagu didalamnya adalah evergreen serta mudah diterima umum. Ada juga beberapa lagu yang keras seperti lagu 'Akhir Zaman' Dan 'Adu Domba'. Semua lagu didalam XPDC Doa ini berunsurkan dakwah Dan nasihat. Kesemua Video Klip mereka juga berkualiti dan sentimental. Haruslah berbangga sebagai peminat XPDC, kerana walaupun sudah lebih 30 tahun XPDC wujud, mereka masih berupaya untuk melahirkan seni seni baru. Ternyata, Izo xpdc sebenarnya tulang belakang kepada XPDC selama ini bermula zaman permulaan XPDC bersama Arwah J. S Kevin sehingga lah kini. Ternyata sentuhan guitar Izo tidak kiralah Ibanez mahupun Jackson memainkan peranan tema Dan tiun muzik sesebuah lagu XPDC. Selain itu, Izo juga menulis lirik lirik untuk banyak lagu XPDC. Tanpa Izo, mungkin XPDC sudah terkubur suatu ketika dahulu. Dan tidak adil jika hak Izo keatas XPDC harus diketepikan, kerana beliau adalah ahli XPDC yang kekal setakat ini.

Xpdc Militia juga telah menjayakan konsert Metal Return 1.0 bersama dengan kumpulan May dan Public Distortion 2017 bersama Kumpulan Prime Domestic. Nama XPDC ini telah di patenkan oleh Life record dan Life record telah memberi kebenaran untuk kedua - dua band menggunakan nama XPDC.

Kedua - dua band merancang untuk mengeluarkan album. XPDC Ali, Izo, Eddie dan Lola telah menyiapkan proses rakaman album pada hujung 2017 dan telah memasarkannya pada 2018. Bagi XPDC yang diketuai oleh Mael pula akan mengeluarkan Album Tribute to Metallica dengan lirik dalam Bahasa Melayu.Namun sehingga Oktober 2020, masih belum ada sebarang perkembangan daripada Xpdc Kita Pengyu. Ramai peminat mula menyarakan ketidakpuasan hati terhadap hal tersebut.

2005 (penghujung tahun)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham J. S Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).Sebelum album ini keluar di pasaran. XPDC REUNION ini telah muncul di kaca TV9 melalui rancangan ROCK KAPAK RAYA BERSAMA XPDC menampilkan artis undangan seperti Atilia, Salmiah Hassan dan Bienda.

2008[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008 XPDC diuar - uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

2009[sunting | sunting sumber]

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada di pasaran pada bulan November 2009. Walau bagaimanapun, album ini agak hambar sambutanya. Namun masih ada diantara peminat menyokong album tersebut. Antara lagu-lagu yang dimuatkan:

  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

2011[sunting | sunting sumber]

XPDC bersama dua lagi kumpulan rock lagenda iaitu May dan Lefthanded digabungkan dalam satu rakaman program hari raya iaitu Konsert Rock Raya 3 Gegaran di TV3. Konsert ini dirakamkan pada 20 Julai 2011 dan ditayangkan pada 4 September 2011 (hari raya kelima).

2014[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 2014 XPDC menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang dengan konsert Return of Rock XPDC Live in Concert 2014.

2015 - Sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2015, XPDC yang kini dibarisi Mael, Izo, Eddie dan Lola telah muncul dalam konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang diadakan di Stadium Merdeka bersempena menyambut ulang tahun ke-26 penubuhan kumpulan ini. Di penghujung tahun 2015 setelah dilanda pelbagai masalah dalaman dan juga kegagalan Konsert Rockestra XPDC : Aku Masih Di Sini, kumpulan XPDC kembali di landa masalah lama termasuk Mael dan Izo kembali bersengketa di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu namun Izo membawa kembali barisan XPDC V6 (Ali, Izo dan Lola selain Eddie (bekas gitar bass Def Gab C dan juga dikenali sebagai "Din Taring" semasa menjadi bassis kumpulan Amuk) manakala Mael membawa kembali Zua dan Amy membentukkan kumpulan XPDC juga[2] dan tempat Izo digantikan oleh Jeff (bekas gitar utama kumpulan Real X dan Giegil).

Masalah timbul apabila kedua-dua kumpulan XPDC versi Mael dan Izo mempertahankan hak masing - masing untuk menggunakan nama XPDC.[3] Kedua-dua kumpulan ini masih menggunakan nama yang sama dan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan Pesta Pulau Pinang. Sehingga kini penggunaan nama XPDC masih belum diputuskan boleh digunakan oleh kumpulan mana, mengikut Life Records hak dan nama XPDC adalah milik Life Record yang didaftarkan pada tahun 1998.[4]

Kemaskini XPDC terbahagi kepada 2 kumpulan dengan 1 nama kumpulan yang sama iaitu XPDC 'Kita Peng Yu' (Mael) dan XPDC 'Militia' (Izo) termasuk perbezaan kedua - dua logo kumpulan tersebut. Kedua - dua kumpulan XPDC telah mendapat persetujuan untuk membuat perbezaan tambahan nama XPDC (Kita Peng Yu dan Militia) dan sedikit rombakan loga kerana ia adalah untuk mengelak kekeliruan para peminat. Logo XPDC sejak 1994 (album Kita Peng Yu) dimiliki oleh barisan Izo.

XPDC 'Kita Peng Yu'

  • Mael (Penyanyi)
  • Jeff ( Gitar Utama)
  • Zuar (Gitar Bass)
  • Amy (Drum)

XPDC 'Militia'

  • Ali (Penyanyi)
  • Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
  • Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
  • Eddie (Gitar bass)
  • Lola (Drum)

PROPAGANDA & TUNTUTAN BEKAS PENGURUS TRAGEDY

Seperti sedia maklum,ada ramai diantara peminat XPDC mengetahui kewujudan chanel YouTube 'Eddy Real Story'. Ini adalah kerana,pemilik akaun tersebut adalah bekas pengurus kumpulan Tragedy, iaitu Eddy Badry. Tidak diketahui motif sebenar Eddy Badry, namun Semenjak beliau kembali setelah sekian lama lepas tangan terhadap kumpulan XPDC, beliau semakin aktif berbicara mengenai kumpulan XPDC. Beliau begitu fokus menekankan sejarah penubuhan XPDC, namun apa yang dijelaskan oleh beliau itu tidak sama sekali tepat. Beliau ada isu Anxiety terhadap Kejayaan XPDC kerana terbukti tanpa sentuhan beliau, XPDC menjadi begitu berjaya.

Diantara isu yang cuba dibangkitkan oleh Eddy Badry ini adalah isu isu lapuk Atau isu lama mengenai krisis dalaman sesama ahli XPDC. Eddy Badry seperti condong untuk menyokong Mael dan terlalu menyanjungi Mael. Walhal Mael sendiri tidak kecoh tentang isu isu yang telah berlalu. Eddy badry juga pernah berkata, Izo bukanlah pengasas XPDC, melainkan diambil oleh mereka(Eddy Badry/Mael). Ini ternyata tidak benar, kerana Izo pada waktu itu adalah ahli SYJ/Sofea1988, Dan Tragedy terdesak memerlukan guitaris handalan untuk melonjak kredibiliti mereka. Sekali lagi, isu ini tiada kaitan dengan nama XPDC,ini isu penubuhan Tragedy. Selain itu, Eddy Badry juga ada memetik nama nama ahli XPDC militia dan beliau berkata kata seolah olah XPDC Militia tidak menghormati mereka(Eddy Badry). Sesungguhnya, Eddy Badry sebenarnya bukanlah insan penting didalam sejarah XPDC. Ya! Kerana Eddy Badry tidak mampu kontribut/menyumbang besar kepada kumpulan XPDC. Jika dikira peratusan, belum tentu 1%! Selain itu, terdapat sebuah fan page Facebook bernama 'XPDC Records Official' yang berlatar belakangkan Eddy Badry. Ini tidak lain Dan tidak bukan, hanya Propaganda picisan hasil daripada chanel YouTube 'Eddy Real Story'


Ahli-Ahli[sunting | sunting sumber]

Sebelum XPDC

Tragedy 1986 - 1989 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Man Tobey - Bass
  4. Yazid - Dram


Setelah XPDC wujud
XPDC 1990 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Lee Space - Dram


XPDC 1991-1997 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy - Dram


XPDC 1998-2005 :

  1. Ali (Terra Rossa) - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar/Yan (Lefthanded) - Bass
  4. Amy/Lola/Pae - Dram


XPDC Reunion 2006 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy - Dram
  • Ary yang merupakan ahli (kumpulan Fahrenheit) pernah menjadi vokalis sementara pada pertengahan menghampiri penghujung tahun 2005. (Sebelum Mael menyertai semula, dan membantu XPDC selaku vokalis jemputan bagi lagu-lagu Metal 60'an)


XPDC 2015 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Eddie - Bass
  4. Lola - Dram


XPDC Kita Peng-Yu (line-up Mael) 2016 :

  1. Mael - Vokal
  2. Jeff - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy - Dram

Afil (anak Mael) menjadi penyumbang backing vokal untuk persembahan live.
XPDC Militia (line-up Izo) 2016 :

  1. Ali - Vokal
  2. Izo - Gitar Utama
  3. Arif Izo (anak Izo) - Gitar Irama
  4. Eddie - Bass
  5. Lola - Dram.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1990 Darjah Satu
  • Penerbit album : J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 150,000 unit
1992 Timur Barat
  • Penerbit album : J.S. Kevin, XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
1994 Kita Peng-Yu
  • Penerbit album : J.S. Kevin & XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 350,000 unit
1997 Brutal
  • Penerbit album : Izo, J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 350,000 unit
1998 Samurai
  • Penerbit album : Mahmud Abu Bakar, Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 200,000 unit
2002 V6
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
2009 Rasopariso
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
2018 Doa
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Blockchain Island Sdn Bhd
anggaran 10,000 unit

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1992 Nadia (Penampilan Khas - XPDC)
2001 Dari Jemapoh Ke Manchestee Lagu latar
2001 Getaran (Penampilan Khas - XPDC) Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah pada tahun 2003. Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]