Abu Bakar Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri

Abu Bakar Abdullah
أبو بكر عبد الله
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
1 Julai 2010 – 1 Julai 2012
Didahului olehIsmail Adam
Digantikan olehIsmail Haji Bakar
Butiran peribadi
Alma materUniversiti Malaya

Tan Sri Abu Bakar Abdullah (lahir 1955) ialah seorang pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam selama dua tahun pada 2010-2012. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar berkelulusan ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya.

Berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian[1]. Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Beliau mula dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010 menggantikan Tan Sri Ismail Adam[2] dan berkhidmat selama dua tahun hingga 1 Julai 2012[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tamat 1 Julai". Jun 2012. Dicapai pada 6 September 2021.
  2. ^ Abu Bakar Dilantik Ketua Pengarah JPA[pautan mati kekal]
  3. ^ "Datuk Farida Mohd Ali memangku jawatan KP Perkhidmatan Awam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-02. Dicapai pada 2012-07-02.