Abu Lu'lu'ah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abu-Lu'luah al-Nahawandi (Bahasa Arab: أبو لؤلؤة النهاوندي‎ ; nama Parsi: پيروز نهاوندى Pirouz Nahāvandi) (juga Piruzan) merupakan seorang hamba berbangsa Parsi yang membunuh pemerintah Islam, Khalifah Umar Al-Khattab ketika beliau sedang bersolat. Abu Lu'lu'ah beragama Majusi.

Nama asalnya adalah Pīrūz (diarabkan sebagai: Fīrūz, "yang menang"; terjemahan lain namanya termasuk Feroz, Firouz, Abu-Lo'lo'a, Abu Lulu, Abu Lolo, dan Baba Shuja-e-din).[1] Kebanyakan ahli Sunnah mendakwa bahawa dia merupakan Zoroastrian sementara sesetengah yang lain mendakwa dia sebagai Syiah. Kebanyakan Syiah percaya bahawa dia merupakan golongan Syiah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abu Lu'lu'ah dikatakan dilahirkan di Empayar Parsi, ditangkap dan dijadikan hamba selepas kejatuhan Ctesiphon atau apa yang kini dikenali sebagai Iraq, dan dibawa sebagai rampasan perang oleh penakluk Islam di Iraq. Sesetengah sumber menyatakan dia sebagai pengikut Magi (Zoroastrianisme). Maklumat Ibn Shihab dimasukkan oleh Ibn Sa'd dalam Tabaqat mendakwa bahawa dia merupakan seorang Kristian. Menurut sumber lain dia telah memeluk agama Islam[2].

Ditawan dan berpindah ke Madinah[sunting | sunting sumber]

Abu Lu'Lu'ah asalnya merupakan seorang hamba yang dikerah ke medan perang, dia asalnya diletakkan dibawah komander Rostam Farrokhzad, tetapi telah ditangkap dalam Pertempuran al-Qādisiyyah pada tahun 636 Masihi apabila Parsi telah dikalahkan oleh askar Arab-Muslim dibawah pimpinan Khalifah Ar-rasyidin Saidina Umar Al-Khattab di tebing barat Sungai Furat.

Makam Abu-Lu'lu'ah terletak di Kashan, Iran.

Sebelum Abu Lu'Lu'ah berjaya membunuh Saidina Umar, Abu Lu'Luah dipercayai mempunyai kemahiran perang yang tinggi, kuat bekerja, seorang tukang besi yang handal dan berseni.Oleh kerana dia telah mendapat kepercayaan oleh majikannya(Al-Mughirah ibn Shu'ba),dia dibebaskan dan hidup bebas di kota suci Madinah. (ini seperti yang diperihalkan dari Ibn Sa'd, Mughirah ibn Shu'ba, pemerintah Basra, yang merupakan majikan kepada Abu Lu'Lu'ah.Al- Mughirah telah menghantar surat dari Kufah kepada Umar. Umar yang membuka surat itu telah membaca isi kandungannya, lantas memberikan kebenaran kepada Al-Mughirah untuk menghantar Abu'Lu'Lu'ah ke Madinah dan dibenarkan hidup bebas disana).

Kematiannya[sunting | sunting sumber]

Rakan-rakan Abu Lu'luah menghasutnya supaya membunuh Khalifah Umar.Selepas itu,Abu Lu'luah sendiri yang membuat senjata iaitu pisau bermata dua.Pada suatu pagi ketika Amirul Mukminin Umar Al-Khattab mengimamkan solat Subuh,Abu Lu'luah yang berada belakang Khalifah Umar maju kebelakang Khalifah Umar lalu menikamnya dengan pisau bermata dua sebanyak 3 kali perut dan 3 kali di belakang.Selepas orang ramai tersedar,mereka semua meluru kearah Abu Lu'luah untuk menangkapnya.Abu Lu'luah bertindak menikam rambang orang yang cuba mendekatinya.Akhirnya dia membunuh dirinya sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal dan perkembangan awal Islam Shi`a. p.58-079
  2. ^ A socio-intellectual history of the Isnā ʼAsharī Shīʼīs in India, Volume 1, by Saiyid Athar Abbas Rizvi, pg. 32

Pautan luar[sunting | sunting sumber]