Sungai Furat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Furat
Peta lembangan Tigris-Furat
Peta lembangan Tigris-Furat
Punca Turki Timur
Muara Shatt al Arab
Negara-negara lembangan Turki, Syria, Jordan, Arab Saudi, Kuwait dan Iraq
Panjangnya 2,781 km
Ketinggian punca 4,500 m
Luahan purata 818 m³/saat
Keluasan lembangan 765,831 km²

Sungai Furat (Bahasa Inggeris: Euphrates, Bahasa Arab: نهر الفرات‎) ialah salah satu daripada sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Dajlah) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).

Sungai Furat dalam Hadith[sunting | sunting sumber]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

Sungai Furat dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid.