Ada Apa Dengan Cinta? 2014
Ada Apa Dengan Cinta? 2014 | |
---|---|
Pengarah | Mira Lesmana |
Dibintangi | Dian Sastrowardoyo Nicholas Saputra Adinia Wirasti Ladya Cheryl Titi Kamal Sissy Priscillia |
Tarikh tayangan | 6 November 2014 |
Masa tayangan | 10 Minit 24 Minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Bahasa Indonesia |
Ada Apa Dengan Cinta? 2014 adalah sebuah filem pendek Indonesia yang berdurasi 10 Minit 24 saat yang merupakan sambungan dari filem Ada Apa Dengan Cinta? yang diterbitkan pada tahun 2002. Filem pendek ini dibuat sebagai rangkaian promosi iklan aplikasi Line. Filem pendek ini dimasukkan oleh akuan rasmi Line Indonesia ke Youtube pada tarikh 6 November 2014 dan meraih lebih dari 4000,000 tontonan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Dian Sastrowardoyo Sebagai Cinta
- Nicholas Saputra Sebagai Rangga
- Adinia Wirasti Sebagai Carmen
- Titi Kamal Sebagai Maura
- Ladya Cheryl Sebagai Alya
- Sissy Priscillia Sebagai Milly
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Dua belas tahun setelah berpisah di bandara, Rangga (Nicholas Saputra) masih tinggal di New York, Amerika Syarikat sebagai wartawan. Tugas yang membuatnya untuk pulang sebentar ke Jakarta membawanya pada kenangan ketika bersama Cinta (Dian Sastrowardoyo). Rangga kemudian mencari Cinta di aplikasi Line. Ia pun memberitahu kepada Cinta bahawa ia akan pulang ke jakarta dan mengajaknya bertemu. Cinta terkejut dengan kepulangan mendadak dihubungi Rangga. Ia pun memberitahu sahabat-sahabatnya iaitu Maura (Titi Kamal), Carmen (Adinia Wirasti), Alya (Ladya Cheryl) dan Milly (Sissy Priscillia).
Disini kita dapat melihat kembali sifat-sifat sahabat Cinta seperti dulu. Carmen masih tomboy, Maura jutek, Milly masih seperti ABG dan Alya tetaplah menjadi teman curhat yang paling memahami Cinta. Cunta tak membalas mesej pendek yang dihantar oleh Rangga. Rangg merasa harapannya musnah. Ia termenung di bandara ketika mahu pulang ke amerika syarikat. Namun seperti yang dulu berakhir di bandara. Kini juga berakhir dibandara. Pertemuan antara Cinta dan Rangga kembali terwujud.