Ada Apa Dengan Cinta?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ada Apa Dengan Cinta?
AdaapadenganCinta02.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahRudi Soedjarwo
PenerbitMira Lesmana
Riri Riza
PenulisRiri Riza
Mira Lesmana
Prima Rusdi
Lakon layar olehJujur Prananto
Dibintangi olehDian Sastrowardoyo
Nicholas Saputra
Titi Kamal
Ladya Cheryl
Sissy Priscillia
Adinia Wirasti
Dennis Adhiswara
Mang Diman
Muzik olehAnto Hoed
Melly Goeslaw
SinematografiRoy Lolang
Disunting olehDewi S. Alibasah
Syarikat
penerbitan
PengedarMiles Productions
Mula ditayangkan
7 Februari 2002
Tempoh tayangan
112 minit
NegaraIndonesia
BahasaIndonesia
PerbelanjaanRp4 juta (anggaran)

Ada Apa Dengan Cinta? ialah sebuah filem romantis Indonesia 2002 arahan Rudi Soedjarwo dan dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo. Filem ini ditayangkan selepas filem berjudul Petualangan Sherina yang meletup terlebih dahulu. Lagu tema Ada Apa dengan Cinta? yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw dan Eric menjadi hit dan penggambaran filem dibuat di beberapa lokasi di Gambir, Menteng, Jakarta dan Kebon Jeruk.

Filem ini meraih kejayaan yang besar di Indonesia bersama filem Petualangan Sherina (2000) yang menandakan kebangkitan kembali dunia perfileman Indonesia. Filem ini juga ditayangkan di Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bertemakan percintaan remaja ketika di SMA, filem Ada Apa dengan Cinta? ini mengisahkan tentang Cinta seorang pelajar SMA. Dia selalu menjadi juara pertandingan puisi di sekolahnya yang selalu diadakan setiap tahun. Ceritanya bermula dari Alya yang tubuhnya bengkak kerana selalu dipukul oleh ayahnya. Alya ialah kawan Cinta bersama yang lain seperti Carmen, Maura, Milly.

Di sekolah, juara pertandingan puisi pada tahun ini akan diumumkan. Seluruh pelajar yakin Cinta yang akan menjadi juara, namun pemenangnya ialah Rangga. Kerana Cinta dan kawan-kawannya ialah pengurus majalah sekolah, dia akan mewawancara Rangga. Namun Rangga ialah seorang yang pendiam, pemarah dan penyendiri. Ketika Cinta bercakap dengan Rangga, dia melihat buku yang dipegang Rangga buku (AKU karya Syumandjaya). Kemudian Cinta memberikan surat dan membuat Rangga marah dan tanpa disengaja bukunya terjatuh. Cinta segera mengambilnya dan membawa balik buku itu untuk dibaca.

Cinta mengembalikan buku tersebut ketika Rangga sedang bingung mencarinya. Rangga pun berterima kasih kepada Cinta. Semenjak itu mereka menjadi dekat. Rangga mengajak Cinta pergi ke Kwitang tempat dia membeli buku lama. Ketika di kwitang, Cinta teringat akan janjinya untuk menonton konsert bersama kawan-kawannya. Dia pun meninggalkan Rangga untuk menonton konsert itu. Pada suatu malam Rangga dan Cinta keluar bersama pergi ke sebuah kafe. Namun sebelum Cinta pergi, Alya menelefon untuk memintanya ke rumah. Namun Cinta berbohong bahawa ia akan pergi ke hospital. Akhirnya Cinta pergi bersama Rangga. Di sana Cinta menyanyikan lagu yang dibuat dari puisi Rangga. Ketika Cinta pulang, mama Cinta pergi menjenguk Alya ke hospital kerana mencuba mahu membunuh diri. Cinta menjadi sangat menyesal.

Keesokan harinya di sekolah, Rangga menyapa Cinta. Namun Cinta berkata kepada Rangga supaya tidak mendekatinya lagi. Rangga pun bersepakat bahawa dia akan menjauhi dari Cinta. Ketika di hospital Cinta berterus-terang kepada Alya bahawa ia berbohong dan sebenarnya Alya sudah tahu bahawa Cinta akan keluar dengan Rangga. Cinta tidak tahu bahawa ketika dia bercakap jujur, kawan-kawannya yang lain ada dibelakangnya. Cinta pun meminta maaf kepada kawan-kawannya yang lain. Ketika Rangga yang ketika itu mahu berpindah ke New York , Amerika Syarikat mencuba menelefon Cinta untuk meminta izin pergi. Namun Cinta tetap menjauhkan diri dari Rangga. Carmen melihat Rangga meminta izin pergi dari Pak Wardiman seorang penjaga sekolah ketika ia bermain basket ball. dia pun segera memberitahu kepada kawan-kawannya.

Cinta yang menyedari Rangga adalah cinta sejatinya, segera menyusul ke bandara. Namun kereta Milly tersepit dengan kereta yang lain. Mereka pun meminjam kereta Mamet. Disana Cinta berjumpa dengan Rangga. Dia meminta Rangga supaya membatalkan niatnya untuk bersekolah diluar negeri. Namun Rangga tetap pergi meninggalkan Cintanya. Dia memberi buku kepada Cinta supaya Cinta membaca halaman yang terakhir buku itu yang terdapat puisi Rangga yang berjudul "Ada Apa Dengan Cinta". Rangga berjanji akan kembali ketika bulan purnama tiba di New York.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Dian Sastrowardoyo sebagai Cinta
  • Nicholas Saputra sebagai Rangga
  • Titi Kamal sebagai Maura
  • Ladya Cheryl sebagai Alya
  • Adinia Wirasti sebagai Carmen
  • Sissy Priscillia sebagai Milly
  • Dennis Adhiswara sebagai Mamet
  • Febian Ricardo sebagai Borne
  • Mang Diman sebagai Pak Wardiman
  • Pramana Padmodarmaya sebagai Yusrizal / Ayah Rangga
  • Fransz Tumbuan sebagai Ayah Cinta
  • Rininta AK. Boer sebagai Ibu Cinta
  • Sutrasno sebagai Ayah Alia
  • Chrisje Frans Subono sebagai Ibu Alia
  • Joshua Pandelaki sebagai Pak Taufik
  • Gito Rollies sebagai Limbong
  • Anda Perdana (Bunga) sebagai Rama
  • Edi Brokoli sebagai Si Kribo
  • Ramadhany sebagai Kawan Borne
  • Tommy Gonz sebagai Kawan Borne
  • Andre Gonz sebagai Kawan Borne

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Ost. Ada Apa dengan Cinta?
Runut bunyi oleh Melly Goeslaw
Dikeluarkan pada7 Februari 2002
Dirakam pada10-19 Januari 2002
GenrePop
SyarikatAquarius Musikindo
PenerbitMelly Goeslaw dan Anto Hoed
Kronologi Melly Goeslaw
Melly
(1999)
Ost. Ada Apa dengan Cinta?
(2002)
Ost. Eiffel I'm in Love
(2003)
Single daripada album Ada Apa Dengan Cinta ?
  1. "Ada Apa Dengan Cinta ? (duet Eric)"
  2. "Ingin mencintai dan dicintai"
  3. "Ku Bahagia"

Ost. Ada Apa Dengan Cinta? adalah sebuah album lagu tema filem Ada Apa dengan Cinta? yang dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw. Single dalam album yang berjudul sama, Ada Apa dengan Cinta? dinyanyikan oleh Melly Goeslaw yang berduet dengan Eric seorang penyanyi baru. Namun tidak semua lagu dinyanyikan oleh Melly Goeslaw seperti lagu Tentang Seseorang yang dicipta oleh Melly Goeslaw dinyanyikan oleh Anda Bunga. Penerbit soundtrack filem ini adalah Melly Goeslaw dan Anto Head.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Ku Bahagia"    
2. "Suara Hati Seorang Kekasih"    
3. "Trully, Madly, Deeply Hate You"    
4. "Dimana Malumu"    
5. "Ada Apa Dengan Cinta? (feat. Eric)"    
6. "Bimbang"    
7. "Ingin Mencintai & Dicintai"    
8. "Hanya"    
9. "Tentang Seseorang (Anda Bunga)"    
10. "Denting"    
11. "Demikianlah"    

Budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

Sebuah parodi adegan dalam filem, secara peribadi dimainkan oleh Nicolas dan Dian, telah dibuat ke dalam iklan untuk sebuah pusat beli-belah popular di Jakarta dipanggil Plaza Senayan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Indonesia 2004

Menang
Pencalonan
  • Filem Terbaik
  • Pelakon Utama Lelaki Terbaik (Nicholas Saputra)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mang Diman)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ladya Cheryl)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ada Apa dengan Cinta?". filmindonesia.or.id. Dicapai 2016-05-03. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]