Ladya Cheryl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ladya Cheryl
Ladya+Cheryl+Kebun+Binatang+Premiere+62nd+ -4GFsr9LRgl.jpg
KelahiranLadya Cheryl Baharrizki
(1981-04-11) 11 April 1981 (umur 38)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2002–kini
PasanganZeke Khaseli
Ibu bapaJussuf Baharrizki
Julie Vita Vurgu

Ladya Cheryl Baharrizki (lahir 11 April 1981) ialah seorang pelakon Indonesia yang lahir dari pasangan Jussuf Baharrizki dan Julie Vita Vurgu. Nama Ladya adalah pemberian dari neneknya yang menggemari Lady Diana.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ladya Cheryl pada 2013

Beliai memulakan kerjayanya di dalam dunia hiburan Indonesia sejak meraih gelaran juara Favourite Top Guest Aneka 1997 dan juara wajah femina pada tahun 2000. Setelah itu Ladya menjadi model video klip dan bintang iklan. Filem pertama lakonannya ialah Ada Apa Dengan Cinta? pada tahun 2002 dengan memegang watak sebagai Alya. Di dalam filem ini ia berlakon bersama Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo, Adinia Wirasti, Titi Kamal dan Sissy Priscillia.

Setelah filem AADC, beliau yang pernah menjadi penggaya fesyen di majalah remaja Hai ini pun mendapat tawaran berlakon dalam filem Biarkan Bintang Menari (2003) dan Banyu Biru (2005) serta sebuah filem pendek Kara, Anak Sebatang Pohon pada tahun 2005. Filem Kara, Anak Sebatang Pohon dipertontonkan di Festival Filem Cannes 2005 dan terpilih dalam pencalonan program Director's Fornight.

Pada tahun 2016, filem Ada Apa dengan Cinta 2 telah ditayangkan, Ladya mengumumkan menarik diri dari filem tersebut.[1][2][3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ladya berkahwin dengan Zeke Khaseli pada 2014.[4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

  • Kau (T-Five)
  • Kasih Tak Sampai (Padi)
  • Lepaskan Dirimu (J-Rocks)
  • Berharap Kau Kembali (J-Rocks)
  • Tak Ada Yang Abadi (Peterpan)
  • Sampai Mati (Putih Band)
  • Tunggu Aku (Andra And The Backbone)
  • Tak Gendong (Mbah Surip)
  • Akhiri Ini Dengan Undah (Jikustik)
  • Mau Tak Mau (Jagostu)
  • Memble Tapi Kece (Miztal)
  • Ku Rebut Hatinya Kembali (Bonus)
  • Masih Ada Aku (Blitz)
  • Izinkan Aku Menyayangimu (Iwan Fals)
  • Takut Kehilanganmu (Frezia)

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Tropicool (2010)
  • Gizi Super Cream (2010)
  • Lippobank (2010)
  • Wella Koleston (2010)
  • Mocacinno (2010)
  • Good Day Coffee (2012)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Juara Favourite Top Guest Aneka (1997)
  • Juara ll Wajah Femina (2000)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]