Adam Levine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adam Levine
Adam Levine pada 2011
Latar belakang
Nama lahirAdam Noah Levine
Kelahiran (1979-03-18) 18 Mac 1979 (umur 44)[1]
Los Angeles, California, A.S.
GenrePop rock, rock alternatif, funk rock, neo soul, R&B, pop
PekerjaanPemuzik, penyanyi, penulis lagu, pengadil pertandingan muzik di televisyen, usahawan, pelakon
InstrumenVokal, gitar, bass, piano, dram
Tahun aktif1994–kini
Syarikat rakaman
A&M/Octone
Pengkarya berkait
Maroon 5, Kara's Flowers
Laman sesawang
www.maroon5.com

Adam Noah Levine[2] (dilahirkan pada 18 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik yang berasal dari Amerika.[3] Beliau dikenali ramai sebagai penyanyi utama kepada kumpulan pop rock, Maroon 5.

Ketika lewat usia remajanya, beliau telah mengasaskan sebuah kumpulan rock alternatif iaitu Kara's Flowers dan menjadi penyanyi utama dan pemain gitar. Walau bagaimanpun, selepas kegagalan penjualan album komersial sulung The Fourth World, kumpulan ini dibubarkan.[4] Kemudian, beliau mengasaskan kembali kumpulan itu dan memasukkan ahli kelima ke dalam Maroon 5. Kumpulan ini telah meraih kejayaan pada peringkat arus perdana dengan keempat-empat penjualan album mereka mendapat status platinum di AS. Beliau telah menerima tiga Anugerah Grammy, dua Anugerah Muzik Billboard, dua Anugerah Muzik Amerika dan satu anugerah bagi Anugerah Video Muzik MTV dan Anugerah Muzik Dunia melalui Maroon 5.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Naoreen, Nuzhat (22 Mac 2013). "Monitor". Entertainment Weekly (1251): 25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2013-12-06.
  2. ^ Patterson, Sylvia (26 Ogos 2007). "Maroon 5: They will be loved". The Daily Telegraph. London.
  3. ^ Frederick, Brittany. "Adam Levine Makes Acting Debut in 'American Horror Story: Asylum'". Star Pulse. Dicapai pada 2 April 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Barrera, Sandra. "Maroon5 Stays Grounded Amid The Hype, Hoopla". Orlando Sentinel. Dicapai pada 30 Mac 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)