Adat Temenggong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Adat Temenggung (عادت تمڠڬوڠ) merupakan undang-undang adat Minangkabau yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi turun temurun oleh negeri-negeri Melayu yang lain) kecuali Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari Sumatera.[1]

Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih" kerana istilah ini tidak ada dalam budaya Melayu yang awal.[2] Disebabkan oleh Adat Temenggong diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat Temenggong telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang Kedah.

Ciri utama Adat Temenggong[sunting | sunting sumber]

  • Dalam pengambilan keputusan berdasarkan arahan pimpinan (penghulu atau raja):

    Titiak dari ateh, turun dari tanggo. Tabujua lalu tabalintang patah, kato surang gadang sagalo iyo, ikan gadang dalam lauik, ikan ketek makannyo, nan mailia dipalik, nan manitiak ditampuang. (Titik dari atas, turun dari tanggga. Terbujur lalu terbelintang patah, kata seorang besar segala ia, ikan besar dalam laut ikan kecil makannya, yang mengalir dipalit, yang menitiks ditampung).

  • Kedudukan penghulu ada tingkatan-tingkatannya, yaitu penghulu andiko, penghulu suku, dan penghulu pucuk. Penghulu pucuk juga disebut sebagai pucuk nagari. Bapucuak bulek, baurek tunggang (Berpucuk bulat, berurat tunggang).
  • Corak Rumah Gadangnya mempunyai anjung kiri dan kanan, serta berlabuh gajah di tengah-tengahnya. Anjung kiri dan kanan adalah tempat yang ditinggikan, untuk menempatkan penghulu-penghulu sesuai dengan fungsi atau tingkatannya:

    Bajanjang naiak, batanggo turun (Berjenjang naik, bertangga turun).

  • Gelar pusaka (penghulu) tidak bisa digantikan, sebelum penyandang gelar meninggal.

Suku mengikut adat ini[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SP Star. Hukum Adat
  2. ^ Jelani Harun. Kajian Naskah Undang-Undang Adat Melayu di London, Melayu Online