Adil Aouchiche

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adil Aouchiche
2019-07-17 SG Dynamo Dresden vs. Paris Saint-Germain by Sandro Halank–157 (cropped).jpg
Aouchiche bersama Paris Saint-Germain pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Adil Aouchiche
Tarikh lahir (2002-07-15) 15 Julai 2002 (umur 19)
Tempat lahir Le Blanc-Mesnil, Perancis
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
2008–2009 Mitry Mory
2009–2013 Tremblay FC
2014–2020 Paris Saint-Germain
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2019–2020 Paris Saint-Germain 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2018 Perancis B16 10 (1)
2018–2019 Perancis B17 18 (14)
2019– Perancis B18 12 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Jun 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2019

Adil Aouchiche (lahir 15 Julai 2002) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah.[1][2] Beliau kini merupakan seorang ejen bebas.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Seorang pemain lepasan akademi Paris Saint-Germain, Aouchiche melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan utama PSG pada 30 Ogos 2019 dalam aksi liga menewaskan Metz 2-0. Beliau beraksi sebagai kesebelasan utama pasukan dan beraksi sehingga 65 minit permainan sebelum ditukarkan dengan Leandro Paredes.[3] Beliau menjaringkan gol sulungnya pada 5 Januari 2020 dalam aksi Coupe de France menundukkan Linas-Montlhéry 6-0.[4] Jaringan itu meletakkan beliau sebagai pemain kedua termuda PSG yang menjaringkan gol dalam kejohanan rasmi di belakang Bartholomew Ogbeche.[5] Beliau melakukan penampilan ketiganya untuk PSG sebagai pemain gantian dalam aksi Coupe de France menentang Dijon yang berakhir dengan kemenangan 6-1.[6]

Pada 29 Mei 2020, Aouchiche telah menjalani ujian kesihatan bersama Saint-Étienne untuk melengkapkan perpindahan secara percuma menuju ke kelab itu.[7] Pada 15 Jun 2020, Aouchiche telah dicalonkan ke dalam Anugerah Golden Boy dengan menjadi salah seorang daripada tiga pemain PSG yang termasuk ke dalam senarai anugerah itu.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Aouchiche telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Algeria.[9] Aouchiche kini merupakan pemain belia antarabangsa Perancis. Beliau mula menarik perhatian umum ketika Kejohanan Eropah B-17 2019 oleh kerana kemampuannya untuk menjaringkan jaringan gol. Walaupun berperanan sebagai pemain tengah, beliau telah menghasilkan sembilan gol dalam lima perlawanan sepanjang kejohanan itu yang menyaksikan pasukan Perancis mara ke peringkat separuh akhir.[10] Beliau telah menjaringkan hatrik dalam aksi menentang Sweden dan menyumbat empat gol dalam pertembungan suku akhir menentang Republik Czech.[11][12]

Dalam kejohanan itu, beliau berjaya meleburkan beberapa rekod termasuklah rekod menjaringkan gol terbanyak dalam sesuatu kempen Kejohanan Eropah Bawah-17 yang sebelum ini dipegang oleh rakan senegaranya, Odsonne Édouard dan Amine Gouiri yang masing-masing menjaringkan lapan gol pada edisi 2015 dan 2017.[13] Beliau juga menjadi penjaring terbanyak Kejohanan Eropah Bawah-17 sepanjang zaman sekali gus meleburkan rekod sebelum ini yang dikongsi oleh Édouard, Gouiri dan Abel Ruiz. Jumlah jaringan golnya telah menyamai rekod gol terbanyak dalam kejohanan bola sepak yang diadakan oleh [UEFA]], Beliau kini berkongsi tempat dengan Michel Platini, Elena Danilova dan Shekiera Martinez untuk memegang rekod itu. Prestasinya yang cemerlang menyaksikan beliau telah dimasukkan ke dalam "Pasukan Pilihan Kejohanan".[14]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 Februari 2020.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Paris Saint-Germain 2019–20 1 0 2 1 0 0 0 0 0 0 3 1
Jumlah kerjaya 1 0 2 1 0 0 0 0 0 0 3 1

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Paris Saint-Germain

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Adil Aouchiche di Soccerway
  2. ^ "Joueur - Adil AOUCHICHE - FFF". Dicapai pada 30 August 2019.
  3. ^ "Metz vs. PSG - 30 August 2019 - Soccerway". Dicapai pada 30 August 2019.
  4. ^ "Linas-Montlhery vs. PSG - 5 January 2020 - Soccerway". Dicapai pada 7 January 2020.
  5. ^ "Premier but en professionnel pour Adil Aouchiche". FR (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2020-01-06.
  6. ^ "PSG Beat Dijon". Bleacher Report. Dicapai pada 4 May 2020.
  7. ^ "Arsenal-linked Aouchiche undergoes Saint-Etienne medical as he turns his back on PSG". Goal. Dicapai pada 1 June 2020.
  8. ^ "2020 Golden Boy Nominees Revealed – 14 Ligue 1 players". Get French Football News. Dicapai pada 16 June 2020.
  9. ^ "Le joueur d'origine algérienne Adil Aouchiche marque l'histoire du PSG". August 31, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2019. Dicapai pada September 5, 2019.
  10. ^ "France's Aouchiche equals UEFA finals scoring record". Dicapai pada 30 August 2019.
  11. ^ "Match - France - Suède - FFF". Dicapai pada 30 August 2019.
  12. ^ "Match - France - République Tchèque - FFF". Dicapai pada 30 August 2019.
  13. ^ "Aouchiche breaks record: U17 facts and figures". Dicapai pada 30 August 2019.
  14. ^ "2019 Under-17 EURO team of the tournament". Dicapai pada 30 August 2019.
  15. ^ "PSG champions as season ended". Ligue 1 Website. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  16. ^ https://www.fifa.com/u17worldcup/news/brazilians-headline-the-award-winners-3057636

Pautan luar[sunting | sunting sumber]