Gianluigi Donnarumma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gianluigi Donnarumma
Donnarumma bersama AC Milan di Piala Super Itali 2016
Maklumat peribadi
Nama penuh Gianluigi Donnarumma
Tarikh lahir (1999-02-25) 25 Februari 1999 (umur 25)
Tempat lahir Castellammare di Stabia, Itali
Ketinggian 1.96 m (6 ka ​5 316 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 99
Kerjaya remaja
2003–2013 Club Napoli
2013–2015 Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2021 AC Milan 215 (0)
2021– Paris Saint-Germain 60 (0)
Pasukan kebangsaan
2014 Itali B15 4 (0)
2014–2015 Itali B17 10 (0)
2016–2017 Itali B21 7 (0)
2016– Itali 55 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 September 2023

Gianluigi Donnarumma[2] (sebutan bahasa Itali: [dʒanluˈiːdʒi ˌdɔnnaˈrumma]; lahir 25 Februari 1999) atau biasanya diringkaskan sebagai Gigio Donnarumma, merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain FC dan pasukan kebangsaan Itali.

Beliau memulakan kariernya bersama Milan pada tahun 2015 sekali gus menjadikannya penjaga gol kedua termuda yang telah melakukakan penampilan sulung di Serie A iaitu semasa berumur 16 tahun 242 hari. Beliau segera diletakkan ke dalam kesebelasan utama Milan serta memperoleh reputasi sebagai salah penjaga gol muda yang berpotensi di dunia. Beliau juga telah memecah rekod pemain bawah-21 Itali untuk beraksi iaitu semasa beliau berusia 17 tahun dan 28 hari pada Mac 2016. Enam bulan kemudian, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Itali sekali gus menjadikannya penjaga gol termuda beraksi untuk Itali iaitu pada usia 17 tahun dan 189 hari.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Milan[sunting | sunting sumber]

2003–2015: Kerjaya belia[sunting | sunting sumber]

Donnarumma merupakan pemain untuk akademi bola sepak Club Napoli yang terletak di Castellammare di Stabia sejak tahun 2003. Pada tahun 2013 iaitu semasa berusia 14 tahun, beliau telah ditandatangani oleh Milan sebanyak €250,000. Abangnya juga merupakan pemain di kelab itu iaitu Antonio. Antara tahun 2013 dan 2015, beliau telah menyertai berbagai-bagai kejohanan untuk mewakili skuad akademi remaja Rossoneri, iaitu bermula dengan Giovanissimi, Allievi dan diakhiri dengan Primavera. Tiga hari kemudian iaitu sebelum hari ulang tahunnya ke-16 iaitu pada Februari 2015, beliau telah menerima panggilan oleh pasukan senior yang dikendalikan oleh Filippo Inzaghi. Walaupun beliau tidak beraksi dalam perlawanan yang dinyatakan iaitu menentang Cesena, kehadirannya di bangku simpanan dianggap satu kejayaan besar dalam kalangan pemain-pemain yang seumuran dengannya.[3] Pada Mac 2015, Donnarumma menandatangani kontrak profesionalnya bersama Milan yang berkuat kuasa dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2018.

2015–16: Segera mendapat tempat di dalam pasukan utama[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan musim 2015–16, Donnarumma telah ditawarkan ke skuad senior oleh pengurus Siniša Mihajlović. Pada mulanya, beliau menjadi penjaga gol ketiga Milan di belakang Diego López dan Christian Abbiati. Semasa menjalankan jelajah pra-musim Milan di China, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Real Madrid pada 30 Julai. Dengan menggantikan López pada minit ke-72, beliau telah berjaya mengekalkan gawang Milan daripada dibolosi oleh pasukan lawan sehingga permainan tamat. Seterusnya, beliau beraksi dalam perlawanan akhir Trofi TIM menentang Sassuolo. Beliau berjaya menyelamatkan dua tendangan penalti oleh pemain lawan bagi memastikan kemenangan Milan.[4]

Donnarumma melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 25 Oktober menentang Sassuolo. Beliau dipilih menjadi penjaga gol pasukan berbanding López. Perlawanan tersebut menyaksikan beliau telah membantu pasukannya meraih kemenangan setelah tiga perlawanan kemarau tanpa memperoleh sebarang kemenangan.[5] Semasa berusia 16 tahun dan 242 hari, beliau merupakan penjaga gol kedua termuda untuk beraksi di dalam sejarah bola sepak Itali. Beliau lebih muda selama 13 hari berbanding Giuseppe Sacchi, yang secara kebetulan melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada tarikh yang sama ketika 73 tahun yang lalu. López seterusnya menyatakan Donnarumma sebagai "masa depan bagi Milan dan bola sepak Itali".[6] Donnarumma mengekalkan gawangnya tidak dibolosi pada tiga hari kemudian ketika kejayaan menumpaskan Chievo 1-0.[7] Setelah tiga kejayaan berturut-turut yang menampilkan Donnarumma sebagai penjaga gol pasukan, beliau telah dipuji Gazzetta dello Sport dek kerana usaha dan aksinya yang mantap bagi mengelakkan kekalahan kepada Atalanta.[8] Pada tahun tersebut, beliau telah diletakkan ke dalam senarai kedudukan Don Balón' sebagai 25 pemain bola sepak terbaik di dunia dalam lingkungan usia bawah 21 tahun.

Semasa awal tahun 2016, Donnarumma telah memintas López untuk merebut tempat sebagai penjaga gol pilihan pertama di Milan[9] yang telah menawarkan kontrak baru untuknya iaitu selama tempoh tiga tahun.[10] Kemunculan pertamanya di dalam Derby della Madonnina, pertembungan antara dua kelab Milan iaitu menentang Internazionale hadir pada 31 Januari. Perlawanan berkesudahan kemenangan 3-0 berpihak kepada Milan dan perlawanan tersebut disaksikan dengan kecemerlangan Donnarumma yang berjaya menghalang tendangan penalti oleh Éder.[11] Pada bulan Mac, beliau dengan segera telah diketepikan kerana mengalami kecederaan kepala setelah berlanggar di padang dengan pemain Chievo, Fabrizio Cacciatore.[12] Donnarumma tampil dalam perlawanan akhir Coppa Italia menentang Juventus namun pasukanya tewas 1-0 sekali gus terlepas peluang untuk beraksi dalam kejohanan Eropah untuk musim depan.[13]

2016–kini: Menjadi penjaga gol utama[sunting | sunting sumber]

Donnarumma beraksi untuk Milan semasa pra-musim 2016–17.

Dalam perlawanan pembukaan bagi musim 2016–17 menentang Torino pada 21 Ogos, Donnarumma berjaya menyelamatkan tendangan penalti oleh Andrea Belotti pada masa kecederaan sekali gus memberikan laluan kepada Milan untuk menang dengan skor 3-2. Beliau mengekalkan gawangnya tidak dibolosi ketika perlawanan menentang Sampdoria pada 16 September.[14] Pada 23 December, Donnarumma membantu Milan untuk memimpin kemenangan bagi perlawanan Supercoppa Italiana dengan menyelamatkan tendangan penalti Paulo Dybala menerusi penentuan penalti dengan keputusan Milan menang 4–3 setelah terikat seri 1-1.[15] Pada 15 Jun 2017, Donnarumma diumumkan bahawa beliau tidak akan memperbaharui kontraknya bersama Milan[16] namun pada 11 Julai, setelah dilontar dengan pelbagai spekulasi dan khabar angin, beliau akhirnya menandatangani kontrak yang baru bersama Milan sehingga tahun 2021.[17]

Donnarumma beraksi di dalam perlawanan pertamanya di pentas Eropah ketika menentang CS U Craiova dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Europa pada 27 Julai 2017 yang berkesudahan Milan menang tipis 1-0.[18] Beliau seterusnya memastikan gawangnya tidak dibolosi dalam perlawanan timbang balik pada minggu seterusnya dengan keputusan Milan meraih kemenangan 2-0.[19] Beliau mengekalkan gawangnya tidak dibolosi buat tiga prelawanan berturut-turut di dalam kejohanan yang sama iaitu ketika Milan membelasah Shkëndija di dalam pusingan play-off.[20] Beliau juga berjaya memastikan kemenangan Milan tanpa dibolosi ketika perlawanan pembukaan Serie A menentang Crotone.[21] Pada 30 Disember 2017, Donnarumma beraksi di dalam perlawanan ke-100nya untuk Milan semasa menentang Fiorentina[22] sekali gus menjadikannya pemain termuda yang berjaya melakukan 100 penampilan bersama Milan.[23] Pada 28 Februari 2018, setelah terikat seri tanpa jaringan, Donnarumma berjaya menyelamatkan dua tendangan penalti oleh pemain Lazio semasa penentuan penalti bagi memastikan Milan menempah tiket ke final Coppa Italia. Pada 15 April 2018, Donnarumma menjadi pemain termuda yang berjaya melakukan 100 kemunculan dalam perlawanan Serie A semasa berusia 19 tahun 49 hari dalam perlawanan menentang Napoli.[24] Pada 9 Mei, Donnarumma beraksi dalam final Coppa Italia yang menyaksikan Milan tunduk 4-0 kepada Juventus yang merangkul kejuaraan tersebut buat kali keempat berturut-turut.

Pada 3 Februari 2019, Donnarumma dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika perlawanan terikat seri 1-1 menentang Roma di dalam perlawanan ke-21 liga bagi musim 2018-19 setelah melakukan lima penyelamatan penting.[25] Pada 10 Februari, beliau telah melakukan kemunculannya ke-150 untuk Milan ketika pasukannya menewaskan Cagliari 3-0 di Serie A[26] lalu menjadikannya sebagai penjaga gol Milan ke-10 yang paling banyak beraksi di belakang Christian Abbiati (380), Sebastiano Rossi (330), Dida (302), Lorenzo Buffon (300), Enrico Albertosi (233), Dario Compiani (221), Fabio Cudicini (183), Giovanni Rossetti (180) dan Mario Zorzan (176).

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Donnarumma menjadi penjaga gol bagi pasukan bawah-17 Itali dalam Kejohanan Eropah bawah-17 2015.[27] Pada 25 Mac 2016, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali ketika menentang Republik Ireland sekali gus menjadikannya sebagai pemain termuda yang beraksi untuk pasukan tersebut semasa beliau berusia 17 tahun dan 28 hari serta memecah rekod yang dipegang oleh Federico Bonazzoli.

Walaupun diramal akan menyertai skuad Itali ke kejohanan UEFA Euro 2016, Donnarumma tidak dipilih oleh pengurus Antonio Conte bagi mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Pada 27 Ogos, beliau telah dipanggil oleh skuad senior Itali yang dikendalikan oleh jurulatih Gian Piero Ventura bagi perlawanan persahabatan menentang Perancis pada 1 September dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Israel sekali gus menjadikannya pemain termuda yang dipanggil ke skuad senior sejak tahun 1911.[28] Pada 1 September, Donnarumma melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali ketika menentang Perancis. Donnarumma menggantikan Buffon pada rehat separuh masa dan perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada Perancis dengan jaringan 3-1. Beliau menjadi pemain termuda yang beraksi untuk skuad senior Itali dengan usia 17 tahun dan 189 hari.[29][30] Pada 28 Mac 2017, beliau diletakkan di dalam kesebelasan utama Itali dalam perlawanan menentang Belanda yang menyaksikan Itali menang 2-1.[31]

Pada Jun 2017, beliau diletakkan ke dalam skuad bawah-21 Itali bagi menghadapi Kejohanan Eropah bawah-21 oleh pengurus Luigi Di Biagio.[32] Italy tersingkir di peringkat separuh akhir kepada Sepanyol dengan keputusan 3-1 pada 27 Jun.[33]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Donnarumma telah dilahirkan di Castellammare di Stabia yang terletak di Wilayah Naples. Beliau merupakan anak kepada pasangan Alfonso dan Marinella. Abangnya Antonio juga merupakan pemain yang berasal dari akademi Milan sebagai penjaga gol dan sehingga kini, Antonio masih menjadi rakan sepasukannya. Sejak kanak-kanak lagi, Donnarumma telah meminati Milan walaupun beliau membesar dengan menganggap Gianluigi Buffon sebagai idolanya.[34]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Ogos 2019.[35]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Milan 2015–16 30 0 1 0 31 0
2016–17 38 0 2 0 1 0 41 0
2017–18 38 0 4 0 11 0 53 0
2018–19 36 0 2 0 0 0 1 0 39 0
2019–20 2 0 0 0 2 0
Jumlah 144 0 9 0 11 0 2 0 166 0
Jumlah kerjaya 144 0 9 0 11 0 2 0 166 0
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Europa
  2. ^ Termasuk kejohanan Supercoppa Italiana

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Mac 2019.[36]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2016 2 0
2017 2 0
2018 7 0
2019 1 0
Jumlah 12 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Milan

Individual[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gianluigi Donnarumma". Dicapai pada 10 Mei 2019.
  2. ^ "Donnarumma? Raiola is waiting..." Football Italia. 14 Disember 2016. Dicapai pada 8 Januari 2017.
  3. ^ Nick Dorrington (17 November 2015). "AC Milan keeper Gianluigi Donnarumma and echoes of Buffon". ESPN FC. Dicapai pada 17 November 2015.
  4. ^ "Milan Defend TIM Trophy". AC Milan. 14 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Teenage keeper Gianluigi Donnarumma plays in AC Milan win". BBC Sport. 25 October 2015. Dicapai pada 25 October 2015.
  6. ^ Justin Davis (25 October 2015). "Lopez unruffled despite losing gloves to teenager Donnarumma". Yahoo. Dicapai pada 20 November 2015.
  7. ^ "Gianluigi Donnarumma: short on years but standing tall at Milan". The Guardian. 29 October 2015. Dicapai pada 27 August 2016.
  8. ^ Paolo Menicucci (14 November 2015). "Weekly wonderkid: Gianluigi Donnarumma". UEFA. Dicapai pada 20 November 2015.
  9. ^ "Donnarumma doing all the right things: Buffon". FourFourTwo. 23 January 2016. Dicapai pada 28 August 2016.
  10. ^ "Milan tie down Donnarumma". Football Italia. 3 March 2016. Dicapai pada 3 March 2016.
  11. ^ Cooke, Crippy (31 January 2016). "AC Milan's Gianluigi Donnarumma Puts on Goalkeeping Masterclass in the Derby della Madonnina". 90min. Dicapai pada 1 February 2016.
  12. ^ "European football round-up: What you may have missed". BBC Sport. 13 March 2016. Dicapai pada 14 March 2016.
  13. ^ "Donnarumma: 'I cried after Coppa'". Football Italia. 24 May 2016. Dicapai pada 30 May 2016.
  14. ^ "Carlos Bacca nets late winner as AC Milan see off Sampdoria". ESPN. 17 September 2016.
  15. ^ "Donnarumma: 'Dedicated to Berlusconi'". Football Italia. 23 December 2016. Dicapai pada 23 December 2016.
  16. ^ "OFFICIAL: DONNARUMMA WON'T RENEW — Football Italia". football-italia.net.
  17. ^ "Official: Donnarumma signs Milan deal — Football Italia". football-italia.net.
  18. ^ "Newcomers Ricardo Rodriguez, Franck Kessie lift Milan past FC U Craiova". ESPN. 27 July 2017. Dicapai pada 28 July 2017.
  19. ^ "AC Milan 2 CSU Craiova 0 (3-0 agg): Cutrone's first goal seals Europa League progress". Goal.com. 3 August 2017.
  20. ^ "AC Milan rout Shkendija with braces from Andre Silva, Riccardo Montolivo". ESPN. 17 August 2017.
  21. ^ "Crotone 0 AC Milan 3: Cutrone and Suso star in sizzling start". FourFourTwo. 20 August 2017. Dicapai pada 21 August 2017.
  22. ^ "VIDEO: GIGIO, 100 TIMES AC MILAN!". A.C. Milan. 30 December 2017. Dicapai pada 14 January 2018.
  23. ^ "VIDEO: GIGIO, HOW MUCH DO YOU KNOW ABOUT... GIGIO?". A.C. Milan. 11 January 2018. Dicapai pada 14 January 2018.
  24. ^ "Donnarumma record Century". Football Italia. 15 April 2018.
  25. ^ "Milan: Donnarumma, 5 parate strepitose. Calhanoglu è un fantasma". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 3 February 2019. Dicapai pada 4 February 2019.
  26. ^ "Milan ease past Cagliari with goals from new signings Paqueta and Piatek". ESPN FC. 10 February 2019. Dicapai pada 11 February 2019.
  27. ^ "Inventive Edouard double inspires France". UEFA. 16 May 2015. Dicapai pada 25 October 2015.
  28. ^ "Italy: Ventura calls new faces". Football Italia. 27 August 2016. Dicapai pada 27 August 2016.
  29. ^ "Donnarumma: 'Indescribable!'". Football Italia. 1 September 2016. Dicapai pada 1 September 2016.
  30. ^ "Italy: Azzurri flop with France". Football Italia. 1 September 2016. Dicapai pada 1 September 2016.
  31. ^ "Donnarumma: 'Buffon great advice'". Football Italia. 28 March 2017. Dicapai pada 28 March 2017.
  32. ^ "U21: Italy squad for Euros named". Football Italia. 6 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
  33. ^ "Spain U21 3-1 Italy U21". BBC Sport. 27 June 2017. Dicapai pada 6 March 2019.
  34. ^ "Donnarumma: 'Buffon my idol'". Football Italia. 10 November 2015. Dicapai pada 20 November 2015.
  35. ^ Biodata Gianluigi Donnarumma di Soccerway
  36. ^ (Inggeris) Profil Gianluigi Donnarumma di National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]