Agatha dari Sicilia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Agatha dari Sicilia
Sant'Agata, Guido Cagnacci.jpg
Gambaran Agatha oleh Guido Cagnacci, antara 1635 dan 1640
Perawan dan Martir
Lahirs. 231[1]
Catania atau Palermo, Sicilia
Meninggals. 251
Catania, Sicilia
Dihormati oleh
DikanunkanPre-congregation oleh Paus Gregorius I
Hari perayaan5 Februari
Atributshears, tongs, breasts on a plate[2]
NaunganSicilia; pertukangan genta; breast cancer; bakers; Catania, Sicily; mengelakkan fire; gempa bumi; letusan Gunung Etna; fire; penjual batu permata; martir; bencana alam; jururawat; Palermo, Sicily; mangsa rogol; San Marino; wanita biasa; kesuburan; mangsa seksa; letusan gunung berapi; ibu susuan; Zamarramala, Sepanyol,[3]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Agatha dari Sicilia (Bahasa Latin: Agatha Catanensis, s. 231 - s. 251 Masihi) adalah seorang tokoh sanjungan suci atau santa dalam agama Kristian. Dia adalah salah satu daripada tujuh wanita selain dengan Maria si Perawan yang disebut dalam Kanon Misa.[4]

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Menurut himpunan Legenda aurea abad ke-13 (III.15) dikarang Jacobus de Voragine, Agatha berasal dari keluarga bangsawan kaya. Beliau memperawankan diri pada usia lima belas tahun. Beliau menolak ajakan seorang pegawai (prafectus) dan gabenor kawasannya[5] bernama Quintianus yang cuba memaksanya melanggar sumpah dan berkahwin dengannya sambil mendoakan kepada Yesus Kristus meminta perlindungan. Quintianus mempergunakan keadaan ini untuk membalas dendam dengan melaporkan keberadaan Agatha kepada pihak berkuasa, lagi-lagi semasa zaman Maharaja Decius yang melakukan kekejaman terhadap penganut Kristian.

Pada awalnya, Quintianus membawakan Agatha kepada pemilik suatu rumah pelacuran bernama Aphrodisia yang memenjarakan Agatha, namun Agatha langsung tidak hilang kepercayaan pada Tuhan.[6] Quintianus merasa berang dengan hal ini akhirnya memberkasnya ke dalam penjara. Semasa tempoh pemenjaraan ini Agatha diseksa di mana badannya ditarik-tarik dengan cangkuk besi, dibakar dengan obor, dan disebat. Malah, dua-dua belah payudaranya dipotong dengan sepasang penyepit. Agatha tetap menentang Quintianus dengan hati penuh tabah.

Agatha kemudian dihukum bakar diikat pada tiang, tetapi suatu gempa bumi melanda Catania menyelamatkannya dari nasib itu; sebaliknya, dia dipenjarakan di mana Petrus muncul kepadanya dan menyembuhkan luka-lukanya.[7]

Penyanjungan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah santa penaung Catania, Molise, Malta, San Marino (berikutan pengurniaan semula kemerdekaan oleh Paus Clemens XII pada hari perayaannya 5 Februari 1740.[8]), Gallipoli di Apulia,[9] dan Zamarramala, sebuah perbandaran di Provinsi Segovia di Sepanyol. Dia juga merupakan penaung kepada pesakit barah payudara, martir, ibu susuan, pengasuh loceng dan tukang roti. Namanya sering diucap para penganut setempat mengelakkan mengundang kebakaran, gempa bumi, dan letusan Gunung Etna.

Suatu festival tahunan diadakan memperingati kehidupan Saint Agatha di Catania, bandar kelahirannya sendiri dari 3 hingga 5 Februari, hari perayaan beliau. Festival ini memuncak dengan adanya suatu perarakan sepanjang malam di bandar tersebut.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ D'Arrigo, Santo. Il Martirio di Santa Agata (Catania) 1985
  2. ^ Delaney, John P. (1980). Dictionary of Saints (ed. Second). Garden City, NY: Doubleday. ISBN 0-385-13594-7.
  3. ^ "Saint Agatha", Catholic Culture
  4. ^ Attwater, Donald; John, Catherine Rachel (1993). The Penguin Dictionary of Saints (ed. 3rd). New York: Penguin Books. ISBN 0-14-051312-4.
  5. ^ "Agatha of Sicily", Saints Resource, RCL Benziger
  6. ^ "Fabio, Michelle. "Feast of Saint Agatha in Catania, Sicily", Italy magazine, 2 February 2009". Diarkib daripada yang asal pada 30 December 2012. Dicapai pada 25 April 2013.
  7. ^ Stracke, J. R., "Saint Agatha of Sicily", Georgia Regents University, Augusta Georgia Diarkibkan Ogos 13, 2009, di Wayback Machine
  8. ^ Nevio and Annio Maria Matteimi The Republic of San Marino: Historical and Artistic Guide to the City and the Castles, 2011, p. 23.
  9. ^ The relics of S. Agata, in particular her breasts, were stolen, on orders of the saint herself, and brought to Gallipoli in 1126. She is the patron of the diocese of Gallipoli, the cathedral of Gallipoli, and of the city. Ravenna, Bartolomeo (1836). Memorie istoriche della città di Gallipoli (dalam bahasa Italian). Napoli: R. Miranda. halaman 316-326.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ "Feast of Saint Agatha in Catania, Sicily", Italy magazine, February 2, 2009