Gunung Etna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Etna
Mt Etna and Catania1.jpg
Gunung Etna berlatardepankan kota Catania
Titik tertinggi
Ketinggian 3,329 m (10,922 ka) , (bergantung)
Tonjolan 3,329 m (10,922 ka) 
Tempat ke-59
Senarai Ultra
Koordinat 37°45.3′N 14°59.7′E / 37.7550°N 14.9950°E / 37.7550; 14.9950Koordinat: 37°45.3′N 14°59.7′E / 37.7550°N 14.9950°E / 37.7550; 14.9950[1]
Geografi
Geologi
Usia batuan 350,000 – 500,000 tahun
Jenis gunung Stratovolkano
Letusan terakhir 16 Mac 2017
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Termasuk
Kriteria (viii) Edit this on Wikidata
Rujukan 1427
Inscription 2013 (37th Session)

Gunung Etna (Bahasa Itali:Etna [ˈɛtna] atau Mongibello [mondʒiˈbɛllo], Bahasa Sicilia: [mʊndʒɪbˈbɛɖɖʊ] atau â Muntagna, bahasa Latin: Aetna) ialah sebuah gunung stratovolkano aktif terletak di pantai timur Sicilia, Itali, di Kota Metropolitan Catania antara bandar-bandar Messina dan Catania. Ia terletak di atas margin plat tertumpu antara Plat Afrika dan Plat Eurasia. Ia merupakan gunung berapi aktif tertinggi di Eropah[2] kini setinggi 3,329 m (10,922 ka), namun ia bergantung kepada puncak letusan. Ia adalah puncak tertinggi di Itali selatan pergunungan Alp. Gunung Etna meliputi kawasan seluas  1,190 km2 (459 sq mi) dengan lilitan pangkal sepanjang 140 km yang menjadikannya gunung berapi aktif yang terbesar di Itali kira-kira dua setengah kali lebih besar daripada gunung yang berikutnya, Gunung Vesuvius. Hanya Gunung Teide di Tenerife (milik Sepanyol) yang lebih besar daripadanya di seluruh kawasan Eropah–Utara-Afrika.[3] Menurut mitos Yunani kuno, raksasa Typhon yang berbahaya dikatakan terperangkap di bawah gunung ini oleh Zeus, dewa langit dan guruh merangkumi raja dewa-dewa, dan tempaan Hephaestus juga dikatakan berada di bawah kawahnya.[4]

Gunung Etna ialah salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia. Tanah gunung berapinya yang subur sesuai untuk pertanian meluas, dengan dusun-dusun anggur wain dan buahan yang tersebar di seluruh lereng rendah gunung terbabit serta Dataran Catania yang luas ke selatannya. Kerana sejarah aktivitinya yang agak baru serta kependudukan yang dekat, Gunung Etna telah ditandakan sebagai sebuah Gunung Berapi Dekad oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[5] Pada Jun 2013, gunung ini telah dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[6]

Etna dilihat di belakang Rocca di Novara, pergunungan Peloritani

Sejarah letusan[sunting | sunting sumber]

Sejarah geologinya[sunting | sunting sumber]

Aktiviti gunung berapi pertama kalinya berlaku pada 500,000 tahun yang lalu, dengan letusan yang berlaku di bawah laut di pesisiran kuno pantai Sicilia.[7] Pada 300,000 tahun yang lalu pula, gunung berapi mula bergerak ke barat daya puncak (pusat atas gunung berapi) kemudian, sebelum ia bergerak ke arah pusat kini pada 170,000 tahun yang lalu. Letusan pada masa ini membina binaan gunung berapi yang pertama membentuk stratovolkano melalui letusan dan leleran yang berselang-seli. Pertumbuhan gunung itu kadangkalanya terganggu oleh letusan besar yang membawa kepada runtuhan puncak membentuk kaldera.

Letusan[sunting | sunting sumber]

Letusan Gunung Etna mengikut pelbagai corak. Tempat paling kerap berlaku letusan adalah di puncak, di mana terdapat lima kawah yang berbeza (selewat tahun 2008) — Kawah Timur Laut, Kawah Voragine, Kawah Bocca Nuova dan Kompleks Kawah Tenggara (2). Letusan lain berlaku pada sisi gunung yang memiliki lebih dari 300 lubang dari yang berukuran kecil hingga ke kawah besar berdiameter ratusan meter. Letusan puncak boleh jadi kuat dan menakjubkan namun jarang mengancam kawasan-kawasan yang didiami sekeliling gunung berapi. Sebaliknya, letusan sayap boleh berlaku setinggi beberapa ratus meter , dekat dengan atau lebih baik dalam kawasan didiami. Banyak desa-desa dan kota-kota kecil berada di sekitar atau di kon lalu letusan sisi. Sejak tahun 1600, sekurang-kurangnya 60 letusan sisi dan banyak puncak letusan yang telah berlaku; hampir setengah daripadanya berlaku sejak awal abad ke-20. Sejak tahun 2000, Etna mempunyai empat letusan sisi— pada tahun 2001, 2002-2003, 2004-2005, dan 2008-2009. Letusan puncak berlaku pada tahun 2006, 2007-2008, Januari–April 2012, dan sekali lagi pada bulan Julai–Oktober tahun 2012.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Gunung Etna ialah salah satu tarikan utama pulau Sicilia dengan ribuan pengunjung yang datang setiap tahun.[8] Laluan yang paling umum adalah melalui jalan menuju ke kawasan ski Perlindungan Sapienza terletak di selatan kawah gunung pada ketinggian 1910 m.[9] Dari Perlindungan ini pula ada sebuah kereta kabel yang bergerak menaik ke aras ketinggian 2500 m, di mana kawasan kawah gunung mudah didaki pada 2920 m.[10]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan summit tidak disediakan
  2. ^ http://www.volcano.group.cam.ac.uk/volcanoes/etna/
  3. ^ "Italy volcanoes and Volcanics". USGS. 
  4. ^ Aelian, Hist.
  5. ^ "Decade Volcanoes". United States Geological Survey. 
  6. ^ Mount Etna Becomes a World Heritage Site, Italy Magazine, 4 May 2013 
  7. ^ Martin-Schutz, Alicia. "Mt. Etna". 
  8. ^ Etna National Park, Italy, National Geographic Travel 
  9. ^ Rifugio Sapienza: who we are 
  10. ^ Funivia dell'Etna, Lonely Planet 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]