Agensi perisikan
Agensi perisikan ialah sejenis agensi kerajaan yang ditumpukan pada pengumpulan maklumat (dikenali sebagai "penilaian perisikan" dalam konteks) untuk tujuan keselamatan negara dan pertahanan. Antara cara-cara mengumpul maklumat termasuk pengintipan, pemintasan komunikasi, kriptanalisa, kerjasama dengan institusi lain, dan penilaian sumber awam. Penghimpunan dan penyebaran maklumat ini dikenali sebagai analisa perisikan.
Agensi perisikan boleh menyediakan khidmat-khidmat berikut kepada kerajaan negaranya:
- menyediakan kupasan dalam bidang-bidang yang berkenaan dengan keselamatan negara;
- memberikan amaran awal akan krisis akan datang;
- melakukan pengurusan krisis negara dan antarabangsa dengan membantu mencerap niat musuh semasa atau berpotensi;
- memaklumkan perancangan pertahanan dan operasi tentera negara;
- melindungi rahsia, sumber rahsia itu dan kegiatannya, dan rahsia agensi lain; dan
- boleh bertindak secara terselindung untuk mempengaruhi kesudahan agar menyebelahi kepentingan negara, atau mempengaruh keselamatan antarabangsa.
Agensi perisikan turut terlibat dalam kegiatan pertahanan seperti perisikan balas dan pencegahan keganasan.
Adanya perbezaan antara "perisikan keselamatan" dan "perisikan luar negara". Perisikan keselamatan berkenaan dengan ancaman kepada keselamatan negara (cth. pengganas, pengintip). Perisikan luar negara pula melibatkan pengumpulan maklumat yang berkenaan kegiatan siasah atau ekonomi negara luar yang tidak semestinya berniat permusuhan.
Sesetengah agensi berkecimpung dalam Pembunuhan (asasinasi), pengedaran senjata, rampasan kuasa (kudeta), dan penyebaran dakyah (propaganda) di samping pelbagai jenis operasi rahsia yang lain demi menyokong kepentingan diri atau pemerintahnya.
Senarai agensi perisikan terkenal (mengikut negara)[sunting | sunting sumber]
- Kor Risik Diraja Angkatan Tentera Malaysia
- Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia
- Bahagian Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
- Cawangan Risikan Kastam Diraja Malaysia
- Bahagian Perisikan & Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia
- Majlis Keselamatan Negara Malaysia
- Bahagian Keselamatan Negara
- Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
- Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
- Bahagian Perisikan SPRM
- Divisi Keselamatan dan Perisikan (Security and Intelligence Division, SID)
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Department, ISD)
- Agensi bebas
- Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence Agency, CIA)
- Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
- Agensi Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan Tentera Udara (Air Force Intelligence, Surveillance and Reconnaissance Agency, AFISRA)
- Pusat Kawalan Perisikan dan Keselamatan Tentera Darat (Army Intelligence and Security Command, MI)
- Agensi Perisikan Pertahanan (Defense Intelligence Agency, DIA)
- Kegiatan Perisikan Kor Marin (Marine Corps Intelligence Activity, MCIA)
- Agensi Perisikan Geospatial Negara (National Geospatial-Intelligence Agency, NGA)
- Pejabat Peninjauan Negara (National Reconnaissance Office, NRO)
- Agensi Keselamatan Negara (National Security Agency, NSA)
- Pejabat Perisikan Tentera Laut (Office of Naval Intelligence, ONI)
- Jabatan Tenaga Amerika Syarikat
- Pejabat Perisikan dan Risik Balas (Office of Intelligence and Counterintelligence)
- Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat
- Pejabat Perisikan dan Analisa (Office of Intelligence and Analysis, I&A)
- Perkhidmatan Penyiasatan Pengawal Pantai (Coast Guard Investigative Service, CGIS)
- Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
- Biro Penyiasatan Persekutuan (Federal Bureau of Investigation, FBI)
- Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (Drug Enforcement Administration, DEA)
- Jabatan Negara Amerika Syarikat
- Biro Perisikan dan Penyelidikan (Bureau of Intelligence and Research, INR)
- Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat
- Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (Federalnaya Sluzhba Bezopasnosti, FSB)
- Pejabat Pengarah Perisikan Utama Pegawai Turus (Glavnoye Razvedyvatelnoye Upravlenie Genshtaba, GRU)
- Perkhidmatan Perisikan Luar Negara (Sluzhba Vneshney Razvedki, SVR)
- Perisikan Pertahanan (Defence Intelligence)
- Perkhidmatan Perisikan Rahsia (Secret Intelligence Service, SIS atau MI6)
- Cawangan Khas (Special Branch)
- Perkhidmatan Keselamatan (Security Service, timangan MI5)
- Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (Government Communications Headquarters, GCHQ)