Perkhidmatan Perisikan Rahsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Secret Intelligence Service
MI6
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1909 sebagai Secret Service Bureau
Di bawah tanggungjawab Kerajaan United Kingdom
Ibu pejabat Vauxhall Cross, London
Menteri bertanggungjawab Rt Hon. David Miliband MP, Setiausaha Luar
Eksekutif agensi Sir John Sawers KCMG, Ketua Pengarah
Agensi pusat Foreign and Commonwealth Office
Tapak web
http://www.sis.gov.uk

Perkhidmatan Perisikan Rahsia (Secret Intelligence Service atau SIS) bertanggungjawab membekalkan maklumat perisikan asing kepada Kerajaan British. SIS lebih dikenali dengan nama lamanya MI6. Agensi perisikan ini berada di bawah arahan Jawatankuasa Perisikan Bersama (Joint Intelligence Committee atau JIC) bersama-sama dengan Perkhidmatan Sekuriti (MI5), Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) dan Staf Perisikan Pertahanan (DIS).

SIS dipanggil oleh masyarakat dalaman perkhidmatan awam sebagai Box 850 sempena nombor pejabat pos MI6 yang lama. Kewujudannya tidak diperakui secara rasmi kepada umum sehingga tahun 1994. Ibu pejabatnya, sejak tahun 1995 terletak di Vauxhall Cross di sungai Thames.