Ninja Hattori-kun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Agus Nurhasan)

Ninja Hattori-kun ialah siri manga karya Fujiko Fujio A yang pernah disiarkan pada tahun-tahun 1964-68 dan 1981-88, serta juga anime adaptasinya. Anime ini pernah disiarkan di ntv7 dan kini disiarkan di Astro Ceria. Siri ini mengisahkan seorang pelatih ninja kanak-kanak bernama Hattori Kanzō dari puak Iga bersama adiknya Shinzō dan anjingnya Shishimaru yang dipindahkan dari wilayah Iga ke Tokyo lalu tinggal bersama Ken'ichi Mitsuba dan keluarganya.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Hattori Kanzō (Jepun: ハットリカンゾウ/服部貫蔵):Pelatih ninja berusia 10 tahun yang tergolong dalam puak Iga dan merupakan keturunan kepada Hattori Hanzō yang lagenda.
  • Ken'ichi Mitsuba (Jepun: 三葉ケン一, Hepburn: Mitsuba Ken'ichi):Kanak-kanak lelaki yang sebumbung dengan Hattori di Tokyo. Dia merupakan pelajar sekolah rendah yang bercermin mata kerana rabun jauh.
  • Hattori Shinzō (Jepun: ハットリシンゾウ/服部心蔵):Adik lelaki Hattori Kanzō yang berusia lima tahun dan juga pelatih ninja. Pakaiannya serba merah jambu.
  • Shishimaru (Jepun: 獅子丸):Anjing ninja berbaka chow chow peliharaan adik-beradik Hattori yang periang dan gelojoh makan.
  • Kemumaki Kemuzō (Jepun: ケムマキケムゾウ):Lawan Hattori Kanzō dari puak Kouga.
  • Kagechiyo (Jepun: 影千代):Kucing hitam peliharaan Kemumaki.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]