NTV7
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | Seluruh negara |
Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Inggeris Melayu Cina (Mandarin) |
Format gambar | 1080i HDTV (16:9) 576i SDTV (16:9) |
Pemilikan | |
Pemilik | Media Prima Berhad (Natseven TV Sdn Bhd) |
Orang penting |
|
Saluran kembar | TV3 8TV TV9 Wow Shop DidikTV KPM |
Sejarah | |
Dilancarkan | 7 April 1998 |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
![]() | Saluran 107 (SD) |
Satelit | |
![]() | Saluran 147 (SD) |
![]() | Saluran 147 (SD) |
IPTV | |
![]() | Saluran 107 (HD) |
Media penstriman | |
![]() | playTV@unifi |
![]() | Watch live (Malaysia sahaja) (HD) |
NTV7 ialah saluran siaran televisyen digital percuma di Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Berhad. Rangkaian ini tertumpu kepada penonton rancangan berbentuk pendidikan dan berita di seluruh Malaysia.
TV3, TV9, NTV7 , 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7 merupakan salah sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Ia memulakan siarannya pada 7 April 1998 di mana pada waktu ini belum lagi dilancarkan di negeri-negeri semenanjung Malaysia dan Sabah. Antara rancangan yang berkualiti dari NTV7 ialah My News Network. Pada 28 Oktober 2005, NTV7 dibeli oleh Media Prima pada harga pertimbangan RM90 juta.
Dengan pengambilalihan oleh Media Prima, NTV7 berbeza dari stesen lain dalam industri penyiaran Malaysia dari segi ia berada dalam kategori jenama media bukan stesen televisyen (ironinya semua TV berbayar di Malaysia berada dalam kategori yang sama sambil memainkan peranannya sebagai penyedia TV berbayar). Program-program NTV7 diperlakukan sebagai produk di bawah jenama yang berkaitan - lebih sering disebut sebagai sabuk pengaturcaraan, dan dikendalikan oleh pasukan pengurus jenama.
Konsep berdasarkan pelantikan juga baru bagi industri penyiaran Malaysia, di mana faktor-faktor, seperti siapa yang menonton dan bila, menentukan bila sebuah program ditempatkan dalam jadual TV. Stesen NTV7 ke udara pada julat frekuensi UHF menawarkan program bahasa Melayu, Inggeris dan Cina yang dihasilkan oleh produksi tempatan serta beberapa program dari luar negara.
NTV7 menyiarkan pelbagai jenis rancangan contohnya drama, komedi (sitkom), rancangan berbentuk hiburan, rancangan permainan, program kanak-kanak dan lain-lain. Siaran berita juga disediakan dalam tiga bahasa iaitu Edisi 7, 7 Edition dan Mandarin 7.
Logo NTV7 ini diolah daripada logo stesen penyiaran Amerika Syarikat, American Broadcasting Company (ABC). Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.
Saat ini NTV7 disiarkan dalam Frekuensi UHF. Di Lembah Klang, saluran UHF adalah 35 (dari Menara Kuala Lumpur) dan 37 (dari Gunung Ulu Kali). Penghantaran Frekuensi VHF juga terdapat di saluran 7 (dari Bukit Sungai Besi) tetapi hanya terdapat di Lembah Klang sahaja. NTV7 kini bersiaran di myFreeview dan Unifi TV di saluran 107.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Ditubuhkan pada 7 April 1998 oleh Tan Sri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, NTV7 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan penonton di Malaysia. Penyiaran disiarkan melalui 10 pemancar yang terletak di seluruh Malaysia dan siaran biasanya bermula pada pukul 7:00 pagi hingga 1:00 pagi hari berikutnya. Kini siaran NTV7 hingga 2:00 pagi hari berikutnya.
Pada 4 April 2022, NTV7 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya dan disambungsiar dari Hot FM.
Kini Hot FM bersiaran Ahad Hingga Jumaat pukul 12 tengah malam hingga pukul 9.30 pagi dan setiap Sabtu pukul 12 tengah malam hingga pukul 7 pagi di NTV7.
Pada Oktober 2005, Media Prima Berhad mengumumkan pengambilalihan NTV7. Media Prima juga memiliki 3 stesen TV swasta yang lain di Malaysia iaitu TV3, 8TV dan TV9 serta keseluruhan saham majoriti di The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd.
Pengambilalihan NTV7 oleh MPB diselesaikan pada 30 Disember 2005. Stesen NTV7 dijadikan sebagai saluran pilihan di kalangan keluarga urban. Ini dilengkapkan dengan pengenalan logo baru pada bulan Julai 2006 yang menegaskan kembali tujuan NTV7 untuk menyediakan kandungan unggul dan berkualiti untuk penonton setianya. NTV7 memfokuskan kepada penonton urban dan berbahasa Inggeris.
Menurut laporan Berita Harian pada 31 Mac 2006, berdasarkan statistik AGB Nielsen, NTV7 menjadi saluran pilihan utama di kalangan penonton berbangsa Cina dengan jumlah penonton 145,000 pada waktu perdana. NTV7 menguasai kira-kira 36 peratus penonton masyarakat Cina berusia 25 tahun ke atas.
Diimbas kembali, suatu ketika dulu NTV7 yang mula beroperasi sejak tahun 1998 pernah meniti zaman kegemilangan apabila dibarisi nama hebat seperti Wan Kamaruddin, Zaini Ahmad, Norazlina Awang Had dan beberapa personaliti lain.
Bagaimanapun, sengat NTV7 mula hilang apabila seorang demi seorang personalitinya meninggalkan stesen ini yang pernah menjulang nama mereka dalam dunia penyiaran. Pemergian mereka meninggalkan kesan bukan sedikit kepada NTV7, malah tidak keterlaluan dikatakan keputusan mereka menyebabkan stesen ini semakin hilang keceriaannya.
Pada tahun 2009, keseluruhan isi kandungan NTV7 telah disegarkan semula tentang program bertemakan gaya hidup yang sihat, hiburan, isu semasa dan program sukan yang menepati citarasa penonton Cina dan Urban.
NTV7 kini sudah mencecah usia 15 tahun pada tahun 2013. Selama 15 tahun jugalah saluran itu telah cuba sedaya upaya menghasilkan kandungan-kandungan bermutu dan cuba menarik perhatian lebih ramai penonton saban tahun. Seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang bakal tiba, NTV7 mengatur percaturan dengan memperkuat kedudukannya sebagai antara peneraju utama rangkaian televisyen serta menawarkan rancangan berkualiti yang bakal menarik seisi keluarga untuk setia menonton rancangan-rancangannya tanpa jemu. NTV7 akan memperkenalkan KEDUDUKAN TERBARU stesen itu untuk tahun 2013 yang bakal membawa saluran itu ke fasa yang lebih menarik dalam evolusinya tahun depan. Saluran itu kini telah mengenal pasti kedudukannya dengan menyasarkan jenama premiumnya kepada golongan profesional (professionals), pengurus (managers), eksekutif (executives), ahli perniagaan (businessmen) atau singkatannya (PMEBs) yang juga dikenali sebagai takrif Modern Urban Progressive Adults (MUPAs). MUPAs adalah mereka yang berusia 25 – 45 tahun dengan pemikiran urban dan global yang dikenali memiliki beberapa ciri seperti – bijaksana & bergaya, moden dengan citarasa global, mempunyai gaya hidup yang sibuk, berada di mana-mana sahaja (on-the-go) dan berorientasikan keluarga adalah di antaranya.
Penjenamaan semula kepada penonton urban Malaysia[sunting | sunting sumber]
Bermula 5 Mac 2018 penjenamaan semula saluran NTV7 dan perubahan kandungan program bagi 8TV antara pendekatan baru Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sepanjang tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak berkata, penjenamaan baru saluran NTV7 itu akan membabitkan siaran program yang lebih bersasar kepada penonton Melayu. Saluran berkenaan yang popular itu akan lebih menyiarkan program untuk penonton Melayu moden menerusi barisan kandungan baharu. “Perubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Cina,” katanya ketika Pembentangan Kandungan Baharu MPTN, petang tadi. Johan berkata, saluran NTV7 akan memperkenalkan saluran hiburan Malaysia yang baru dengan memenuhi selera penonton dengan selebriti terkemuka.[1]
Kembali semula kepada rancangan Cina[sunting | sunting sumber]
Penjenamaan semula menimbulkan kekeliruan dikalangan penonton, terutamanya penonton Cina yang menonton saluran NTV7 mendapati apabila hampir kesemua rancangan mereka telah dipindahkan ke 8TV. Rating tontonan juga dipercayai merosot dengan begitu mendadak.
Sebagai keputusan, bermula 31 Disember 2018, CEO Media Prima, Johan Ishak, berkata bahawa rancangan CJ Wow Shop berbahasa Mandarin akan disiarkan di saluran itu.[2] Langkah itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula syarikat di kalangan semua salurannya, serta mengenai isu mengurangkan jumlah pekerja. Untuk saluran ntv7, rancangan berbahasa Melayu dan Inggeris dikurangkan melalui memindahkan kebanyakan rancangan tersebut (termasuk TV9) ke saluran utama TV3. Ia juga mengembalikan semula persepsi masyarakat dimana NTV7 adalah saluran yang berfokuskan kepada penonton Cina disamping saluran 8TV; namun berita berbahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu tiada sebarang perubahan. Sedikit rancangan berbahasa Inggeris & Melayu dari NTV7 seperti Kopitiam dan I Can See Your Voice Malaysia dipindahkan ke TV9, slot Daebak dan Slot Chamsarang akan ditambahkan sarikata berbahasa cina.
Menyiarkan semula program urban dan mengurangkan slot CJ Wow Shop[sunting | sunting sumber]
Pada 1 Jun 2019, NTV7 telah menyiarkan semula program berbahasa Inggeris yang ditayangkan pada pukul 8:30 malam selepas berita 7 Edition dan juga mengurangkan slot waktu CJ Wow Shop versi Mandarin dengan mengulang program Cina dari 8TV. Bermula 26 Oktober 2019, drama berbahasa Thai turut kembali disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 11:00 malam dengan sarikata berbahasa cina dan bermula 4 Januari 2020, ia menukar waktu penyiaran kepada jam 10:30 malam pada hari yang sama.
Saluran membeli-belah dalam versi dua bahasa[sunting | sunting sumber]
Bermula 31 Disember 2019, CJ Wow Shop di NTV7 telah bersiaran dalam dua versi bahasa, versi bahasa Melayu telah kembali ditayangkan pada 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari, 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan 8:30 malam. Manakala, versi bahasa Mandarin masih ditayangkan pada 1:00 petang, 4:00 petang, 9:30 malam dan 11:30 malam.
Mandarin 7 ditamatkan[sunting | sunting sumber]
Mandarin 7 telah ditamatkan penyiarannya di NTV7 pada 7 Jun 2020 dan telah bergabung dengan 8TV Mandarin News. Ini menjadikan waktu 8TV Mandarin News pada waktu malam berubah dari tempoh 30 minit (8:00 - 8:30 malam) kepada 1 jam (8:00 - 9:00 malam).
Perubahan kandungan siaran[sunting | sunting sumber]
Bermula 1 November 2020, NTV7 menyesuaikan rancangan programnya dengan memfokuskan kandungan berbentuk majalah, dokumentari dan program urusan semasa untuk memenuhi keperluan masyarakat, manakala Slot Chamsarang akan dihentikan dan semua program berbahasa Cina akan tertumpu di 8TV.[3]
7 Edition ditamatkan[sunting | sunting sumber]
7 Edition telah ditamatkan penyiarannya di NTV7 pada 16 Februari 2021 dan digantikan oleh Nightline TV3 pada setiap hari jam 12:00 tengah malam.
NTV7 menjadi sebagai DidikTV KPM[sunting | sunting sumber]
NTV7 akan dijadikan sebagai saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari 2021.[4][5] Saluran ini bermula pada jam 7:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari. Pelancaran DidikTV akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari siaran pertamanya pada jam 8:00 pagi menerusi program TV3, Malaysia Hari Ini.[6] Sebagai keputusan, Edisi 7 dijenamakan semula sebagai Buletin Didik.
Pada 16 Februari 2021, Media Prima membuat satu kenyataan kepada The Edge Markets bahawa NTV7 tidak akan ditutup atau ditukar miliknya.[7]
Hot FM@DidikTV KPM di kenali juga Hot FM@NTV7 pada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi.
Buletin Didik ditamatkan[sunting | sunting sumber]
Buletin Didik telah ditamatkan penyiarannya di NTV7 pada 25 Mei 2023 dan digantikan oleh Buletin Utama TV3 pada setiap hari jam 8:00 malam.
Pergantian nombor di Astro Malaysia[sunting | sunting sumber]
Pada tanggal 1 April 2002, NTV7 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 7.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, NTV7 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 107.
Pada 1 April 2020, NTV7 telah dinomborkan semula dari saluran 107 ke saluran 147.
Rancangan[sunting | sunting sumber]
Kritikan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]
NTV7 mendapat kritikan kerana tidak mengambil terlalu serius program yang ditayangkan malah membatalkan beberapa program yang sedang ke udara walaupun musim penayangannya belum selesai. Pada 1 April hingga 31 Disember 2016, satu siaran blok teleshopping CJ WOW SHOP telah disiarkan di seluruh saluran Media Prima. Beberapa saluran Media Prima lain turut mengalami perubahan. Blok ini telah menarik kritikan yang besar di media sosial sebagai sebahagian besar daripada jadual waktu siang telah digantikan dengan CJ Wow Shop, yang slot ini telah sebelum ini berjalan kebanyakannya ditayang, program agama dan kanak-kanak.[8][9][10][11]
Slogan[sunting | sunting sumber]
Slogan NTV7 dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina
- Saluran Ceria Anda
(7 April 1998 - 6 Julai 2008) - Your Amazing Feel Good Channel
(1 Mei 2000 - 31 Mei 2001) - Your Feel Good Channel
(7 April 1998 - 30 April 2000 , 1 Jun 2001 - 6 Julai 2008) - Your Home of Feel Good
(1 Januari 2010 - 31 Disember 2012) - Feel Good
(7 Julai 2008 - 4 Mac 2018) - Feel It.
(5 Mac - 31 Disember 2018 , 1 Disember 2020 - kini)
Logo dahulu dan kini[sunting | sunting sumber]
NTV7 telah menukar logo selama sebanyak 5 kali, bertarikh 1998, 2000, 2001, 2006 dan logo sekarang. Di antara tahun 2012 hingga 2015, logo NTV7 mempunyai dua warna; satu versi asal ungu, dan satu lagi adalah versi merah yang boleh dilihat pada program promo rancangan berbahasa Cina yang disiarkan di NTV7. Logo NTV7 yang diperkenalkan pada Mac 2018, menggugurkan bulatan nombor 7 setelah sekian lama digunakan.
Logo keempat NTV7 ini setelah pengambilalihan Media Prima Berhad. Logo ini digunakan pada Julai 2006-2012
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ [1]
- ^ CJ WOW SHOP to Extend All-New Mandarin Segments on ntv7
- ^ "ntv7 11月起调整节目 · 中文节目集中八度空间". www.sinchew.com.my. Dicapai pada 2020-11-01.
- ^ "NTV7 rebrands into MoE's education channel for a year". themalaysianreserve.com. Dicapai pada 2021-02-12.
- ^ [2]
- ^ "NTV7 becomes MOE's channel DidikTV from 17 February". www.soyacincau.com. Dicapai pada 2021-02-12.
- ^ "Media Prima: Not closing down ntv7, current team to execute DidikTV". The Edge Markets. Dicapai pada 2021-02-16.
- ^ "CJ WOW SHOP mula 1 April". Harian Metro. 1 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-17. Dicapai pada 6 April 2016.
- ^ . 1 April 2016 https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/photos/a.392087241166.178751.262044791166/10153548509336167/?type=3&theater. Dicapai pada 6 April 2016. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ . 1 April 2016 https://www.facebook.com/TV9Malaysia/photos/a.132100906817085.22337.124467560913753/1302978949729269/?type=3&theater. Dicapai pada 6 April 2016. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ . 1 April 2016 https://www.facebook.com/ntv7localdrama/photos/a.299680246757151.72583.293290990729410/1085761854815649/?type=3&theater. Dicapai pada 6 April 2016. Missing or empty
|title=
(bantuan)