Cau-cau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chow chow)
Cau-cau
Seekor anak cau-cau kayu manis
Nama lainChow chow
Negara asalChina
Trait
Berat Jantan 40–90 lb (18–41 kg)[1]
Betina 35–85 lb (16–39 kg)[1]
Tinggi 17–22 in (43–56 cm)[1]:4–5
Bulu Tebal dan kasar
Warna
  • Merah (antara emas cerah dengan merah-perang pekat)
  • Kayu manis (antara sawo matang cerah dengan perang)
  • Hitam
  • Krim
  • Putih atau putih gading
Saiz perinduk 4–7 ekor
Jangka hayat 11–13 tahun[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cau-cau, chow-chow, atau chow chow[a] ialah satu baka anjing jenis spits yang pada asalnya dari China Utara.[3] Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Red Craze, seekor cau-cau merah jantan yang menonjol, sekitar awal tahun 1900-an
Seekor cau-cau pada tahun 1915

Cau-cau telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[5] Salah seorang penulis mengusulkan bahawa cau-cau berasal dari China pada 2,000 tahun lalu atau mungkin berasal dari Asia Artik pada 3,000 tahun lalu yang berhijrah ke Mongolia, kemudian ke China.[1]:11

Sebuah legenda Cina menyebut anjing perang besar dari Asia Tengah yang menyerupai singa berlidah hitam. Seorang pemerintah China dikatakan pernah memiliki 5,000 ekor cau-cau. Orang Cina juga menggunakan cau-cau untuk menarik kereta luncur anjing melalui rupa bumi berpaya dan ini dicatat oleh Marco Polo.[1]:11

Kini, American Kennel Club mendaftarkan hampir-hampir 10,000 ekor cau-cau setahun. Canadian Kennel Club pula mendaftarkan hampir-hampir 350.[1]:4–5

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Tangkapan dekat bagi lidah hitam cau-cau pada seekor cau-cau betina

Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[4] Bukan semua keragaman warna ini diiktiraf sebagai sah di semua negara. Individu dengan lapis bulu bercapuk-capuk atau berbilang warna dianggap terkeluar daripada piawaian baka. Mata cau-cau biasanya terletak dalam-dalam dan berbentuk badam. Baka ini unik kerana lidahnya yang ungu/biru-hitam yang tidak dimiliki oleh baka lain kecuali shar pei, dan mempunyai tungkai belakang sangat lurus, yang menghasilkan gaya jalan agak kekok.[1]:4–5 Warna kebiru-biruan melanjut ke bibir cau-cau; ini merupakan satu-satu baka anjing dengan warna kebiru-biruan distingtif pada bibirnya dan rongga mulutnya (anjing lain mempunyai kulit hitam atau bercorak piebald di dalam mulutnya).[1]:4–5 Satu lagi ciri distingtif ialah ekor melingkar.[1]:4–5 Ia mempunyai bulu tebal yang keriting di belakangnya. Hidungnya patut hitam, tetapi cau-cau berbulu biru dapat mempunyai hidung biru padu atau berwarna biru loh. Menurut piawaian baka American Kennel Club, mana-mana cahaya warna lain tidak diterima untuk pertandingan.[6] Walau bagaimanapun, negara-negara FCI mengizinkan hidung berwarna sendiri pada anjing krim.[7]

Gen lidah biru-hitam/ungu terlihat dominan, kerana kebanyakan anjing baka kacuk yang datang daripada cau-cau mengekalkan warna lidah itu. Walau bagaimanapun, lidah biru-hitam/ungu juga dapat ditemukan pada shar pei. Ini tidak bermaksud bahawa setipa anjing baka kacuk dengan tompok ungu pada lidah diturunkan daripada cau-cau kerana tompok ungu pada lidah dapat ditemukan pada anjing baka tulen lain.[8]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Walaupun paling umum dibela sebagai anjing peliharaan, cau-cau cenderung menunjukkan pembezaan terhadap orang asing dan dapat menjadi ganas dengan sikap pelindung terhadap tuan dan harta. Walau bagaimanapun, piawaian American Kennel Club menganggap cau-cau terlalu agresif atau terlalu takut tidak patut diterima.[6] Atas alasan itu, sesetengah pemilik telah mengatributkan keperibadian mirip kucing kepada cau-cau.[9]

Cau-cau tidak aktif secara berlebihan, bermakna bahawa ia dapat dirumahkan di pangsapuri. Walau bagaimanapun, cau-cau yang tinggal di pangsapuri masih memerlukan senaman harian untuk mengelakkan kegelisahan dan kebosanan. Sebaik menyedari bahawa senaman ialah perkara harian, cau-cau bakal cenderung menjadi lebih tegas terhadap tuannya dengan harapan tentang kegiatan sedemikian.

Baka anjing ini mempunyai banyak ikatan setia kuat dengan sahabat dan keluarga, namun cau-cau biasanya terlebih bersikap pelindung terhadap salah saeorang atau dua orang ahli keluarga utama.[10][sumber tak boleh dipercayai?] Baka ini memang bersifat pendiam dan menjadi tingkah laku, namun juga rintang terhadap pelatihan. Cau-cau menjadi sangat degil dan terikat dengan individu tertentu sebaik umur meningkat. Ini menjadikan pelatihan pada usia muda penting kerana ia menghormati orang yang menjaganya.

Untuk mengelakkan agresi dan sikap pelindung berlebihan sebagai dewasa, pensosialan berterusan seawal yang mungkin dapat membolehkan anjing berkenaan menyesuaikan diri. Apabila cau-cau mencapai keremajaan, ia menolak kuasa daripada mana-mana tuan yang gagal memperoleh kekagumannya. Agresi dapat menjadi salah satu ciri tingkah laku distingtif pada baka ini, namun walau sesetengah bersifat agresif, banyak yang diketahui bersifat santai – kadang-kadang memiliki pembawaan menyendiri terhadap individu selain tuannya. Agresi yang muncul kerap ditujukan kepada anjing lain yang sejantina, terutamanya cau-cau. Oleh sebab naluri perburuan kuatnya anjing ini disyorkan untuk dipagari, bercawak, dan dijauhkan daripada kucing dan anjing kecil. Ini sebab untuk kepentingan bahawa ia perlu disosialkan awal-awal dan dengan tekal untuk bertindak sewajarnya dengan orang asing. Pada mulanya, cau-cau sangat teragak-agak untuk berinteraksi dengan orang asing. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat dielakkan jika tuannya melatih cau-cau berkenaan pada usia muda.

Pemilikan cau-cau dapat menaikkan kos insurans empunya kediaman kerana sesetengah syarikat menganggapnya sebagai anjing berisiko tinggi.[11] Dalam sebuah kajian dalam Journal of the American Veterinary Medical Association ("Jurnal Persatuan Perubatan Veterinar Amerika"), cau-cau menyumbang kepada 8 daripada 238 kematian yang berkaitan dengan gigitan anjing dari tahun 1979 ke tahun 1998.[12]

Warna[sunting | sunting sumber]

Cau-cau terdapat dengan beragam-ragam warna lapis bulu. American Kennel Club (AKC) telah mengelaskan warna-warna cau-cau sama ada sebagai piawai atau tidak piawai (warna jarang). Warna piawai untuk cau-cau merupakan hitam, biru, merah, krim, dan kayu manis. Walau bagaimanapun, warna seperti perang kekuning-kuningan, putih, dan merle tidak dianggap piawai untuk baka ini.[13][14]

Ada kepentingan untuk menyebut bahawa kelab anjing berlainan di seluruh dunia mungkin mengakui warna lapis bulu berlainan atau malah menggunakan nama alternatif untuk warna-warna tersebut di atas.[14]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Cau-cau dapat menderitai entropion,[15][16] glaukoma,[17][18] katarak juvenil,[19] limfoma,[20] displasia pinggul,[21] diabetes melitus,[22] pemfigus anjing,[23] dan kanser perut.[24] Cau-cau ialah baka berisiko tinggi untuk penyakit autoimun[25] dan berkecenderungan terhadap melanoma kulit.[26]

Penjagaan bulu[sunting | sunting sumber]

Baka cau-cau bergantu bulu dengan banyak pada musim bunga dan musim luruh, yang memerlukan lebih perhatian penjagaan bulu berbanding dengan musim lain. Ada kepentingan bahawa para pemilik patut menggunakan alat betul supaya tidak menyakitkan kulit dan memudahkan penjagaan bulu. Tiga jenis berus yang dapat digunakan oleh pemilik pada cau-cau mereka merupakan berus sederhana kasar untuk bahagian lebih besar pada tubuh, berus licin untuk kawasan-kawasan lebih kecil, dan berus pin untuk mengekalkan helaian bulu lebih panjang.[27][sumber tak boleh dipercayai?] Cau-cau diketahui mempunyai sama ada lapis bulu pendek dan licin atau lapis bulu lebih kasar dan lebih panjang. Kedua-duanya menghasilkan lapisan wul tebal semakin dekat dengan kulit. Ia patut diberus empat kali seminggu; walau bagaimanapun, musim ganti bulu mungkin memerlukan penjagaan bulu harian. Perapi semburan juga dapat membantu untuk mengelakkan keputusan dan koyakan kepada lapis bulu tebalnya. Akhir sekali, mandian bulanan diperlukan untuk mengelakkan pinjal dan mengekalkan kebersihan lapis bulu.

Pemilik terkenal[sunting | sunting sumber]

Seekor cau-cau betina yang bertanding dalam ketangkasan anjing

Konrad Lorenz, orang Austria yang merupakan ahli zoologi, ahli etologi, dan ahli ornitologi, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan tahun 1973,[28] yang kerap dianggap sebagai salah seorang pengasas etologi moden, memiliki seekor cau-cau kacuk bernama Stasi.[29] Beliau menulis tentang anjing beliau dalam buku beliau King Solomon's Ring.

Georgia O'Keeffe, seorang seniman Amerika, memiliki sekurang-kurangnya 6 ekor cau-cau sepanjang hayat. O'Keeffe menulis tentang anjing beliau dalam surat-surat kepada sahabt dan keluarga, mengambil fotograf anjing-anjing itu, dan melakar anjing-anjing tersebut. Beliau merupakan anggota The Chow Chow Club, Inc. dan menyimpa beberapa kertas veterinar, pemberitahuan kelab, jadual penyuapan, dan surat-surat berkaitan dengan anjing beliau.[30]

Sigmund Freud memiliki seekor cau-cau bernama Jo-Fi Ling yang menghadiri kesemua sesi terapi beliau kerana beliau berasa bahawa anjing memiliki deria istimewa yang membolehkannya menilai perwatakan seseorang dengan tepat dan mengaku bahawa beliau bergantung pada Jo-Fi untuk pentaksiran keadaan mental pesakit.[31]

Laksmana Tentera Laut Amerika Syarikat George Dewey memperoleh seekor Chow Chow di Hong Kong pada tahun 1898 dan menamainya Bob. Bob jarang meninggalkan sisi laksamana dan ikut serta di atas penjajap USS Olympia. Bob mati pada tahun 1899 kerana termakan coklat yang diberikan kepada Dewey oleh pengirim ucap selamat semasa ketibaan Olympia di Bandar Raya New York.

Martha Stewart memiliki beberapa ekor cau-cau, yang kerap terlihat dalam rancangan Martha.[32] Salah seekor bernama Genghis Khan.[33]

Presiden Calvin Coolidge dan isteri beliau memiliki seekor cau-cau hitam bernama Timmy.[34]

Elvis Presley dan teman wanita beliau Linda Thompson memiliki seekor cau-cau bernama Getlow.[35]

Vanna Bonta[36][37] memiliki seekor cau-cau krim bernama Sky, seekor cau-cau biru bernama Seraph, dan seekor cau-cau merah bernama Beowulf, yang diabadikan sebagai anjing cereka dalam buku Flight.

Janet Jackson memiliki seekor cau-cau bernama Buckwheat.[38]

Pemain bola sepak Itali Mario Balotelli membelikan teman wanita beliau dua ekor anak cau-cau di United Kingdom.[39]

Walt Disney dan isteri beliau, Lillian Disney, memiliki seekor cau-cau bernama Sunnee. Ia merupakan anjing pertama pasangan itu. Walt didakwa menghadiahi Lilly cau-cau itu di dalam kotak topi yang mengilhamkan adegan dalam Lady and the Tramp yang melibatkan penghadiahan Lady dengan cara sama.[40]

Artis K-Pop Park Junhee memiliki seekor cau-cau bernama Lion.[41]

YouTuber Miniminter memiliki seekor cau-cau bernama Mushu, dengan isterinya yang merupakan penyanyi Talia Mar.[42]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: چاو٢; Cina: 獢獢; pinyin: xiāoxiāo; bahasa Inggeris: chow chow; chow-chow

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m Wilcox, Charlotte (1 April 1999). The Chow Chow (dalam bahasa Inggeris). Capstone. ISBN 978-0-7368-0159-1.
  2. ^ "Chow Chow Health & Care Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Januari 2024.
  3. ^ Case, Linda P. (2005). The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health (Inggeris) (edisi ke-2), hlm. 23. Blackwell Publishing. ISBN 0-8138-1254-2.
  4. ^ a b "Colours and coat types" (dalam bahasa Inggeris). Chow Chow Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2012. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  5. ^ Larson, G (2012). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. (dalam bahasa Inggeris). 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. PMC 3384140. PMID 22615366.
  6. ^ a b American Kennel Club (1 Januari 2006). "AKC MEET THE BREEDS: Chow Chow". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club (AKC). Dicapai pada 2 Januari 2024.
  7. ^ CHOWCHOW.at (9 Jun 1999). "The FCI Breed Standard". CHOWCHOW.at (dalam bahasa Inggeris). CHOWCHOW.at Alle Rechte vorbehalten. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  8. ^ Kathy Welsh; Anna Wallace; Vicki DeGruy (2001–2010). "The Truth About Those Black Tongues". Chow Chow Information and Adoption Center (dalam bahasa Inggeris). WisconsinChow Chow Rescue. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  9. ^ The Chow Chow Club, Inc.'s Welfare Committee (1997). "Chow Chow Temperament Evaluation, Handling & Placement Tips for Animal Shelters". Chow Chow Information and Adoption Center (dalam bahasa Inggeris). Wisconsin Chow Chow Rescue. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2020. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  10. ^ Breed. (n.d.). "Chow Chow. Petsource.org" (Inggeris) Diarkibkan 12 November 2013 di Wayback Machine. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  11. ^ InsuranceAgents.com. "Will Your Canine Affect Your Homeowners Insurance Policy?". InsuranceAgents.com (dalam bahasa Inggeris). AgentInsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  12. ^ J. Sacks, Jeffrey; Sinclair, Leslie; Gilchrist, Julie (15 September 2000). "Vet Med Today: Special Report – "Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998"" (PDF). JAVMA (dalam bahasa Inggeris). 217 (6): 836–840. doi:10.2460/javma.2000.217.836. PMID 10997153. S2CID 10817039. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 April 2015.
  13. ^ "Chow Chow Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2023.
  14. ^ a b Jones, Christina (2021-06-18). "Chow Chow Colors: A Guide To Rare Colors Of Chow Chow Dogs". PupVine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2023.
  15. ^ "Chow Chow Welfare: Entropion". www.chowwelfare.com (dalam bahasa Inggeris).
  16. ^ "Entropion in Dogs: Eyelids Folding Inward". VetInfo (dalam bahasa Inggeris).
  17. ^ "Glaucoma @ Animal Eye Care" (dalam bahasa Inggeris).
  18. ^ "The Five Most Common Breed Specific Dog Health Problems". VetInfo (dalam bahasa Inggeris).
  19. ^ "Juvenile Cataracts in Dogs". VetInfo (dalam bahasa Inggeris).
  20. ^ "Identifiable Dog Lymphoma Symptoms". VetInfo (dalam bahasa Inggeris).
  21. ^ "Canine Hip Dysplasia" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  22. ^ "Diabetes Mellitus" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  23. ^ "Canine Pemphigus Treatment with Prednisone". VetInfo (dalam bahasa Inggeris).
  24. ^ "Positional Cloning of the Gene(s) for Gastric Cancer in the Chow Chow" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  25. ^ "Establishment of a Genetic Database for Disease Association Studies in the Major Histocompatibility complex for Purebred Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  26. ^ "Canine Skin Melanoma". VetInfo (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^ Chow Chow Dog Breed|Information on Chow Chows. (n.d.). Pet Information|Online Resource for Pet Owners|PetWave (Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2024, from http://www.petwave.com/Dogs/Dog-Breed-Center/Non-Sporting-Group/Chow-Chow.aspx Diarkibkan 3 April 2013 di Wayback Machine
  28. ^ "Konrad Lorenz – Biographical, The Nobel Prize in Physiology or Medicine 1973s". Hadiah Nobel, Tapak Web Rasmi Hadiah Nobel (dalam bahasa Inggeris). 1973. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  29. ^ Konrad Lorenz (1961) King Solomon's Ring (Inggeris) Diterjemahkan oleh Marjorie Kerr Wilson. Methuen, London. 202 halaman. ISBN 0-416-53860-6
  30. ^ "The Chow Chows". Georgia O'Keeffe Museum (dalam bahasa Inggeris). 17 Oktober 2014.
  31. ^ Coren, Stanley (1997). What Do Dogs Know? (dalam bahasa Inggeris). Free Press. m/s. 128.
  32. ^ "FACTS" (dalam bahasa Inggeris).
  33. ^ The Paddock Play Continues – The Daily Wag – Pets – MarthaStewart.com (Inggeris) Diarkibkan 24 September 2013 di Wayback Machine. Dailywag.marthastewart.com (20 September 2013). Dicapai pada 2 Januari 2024.
  34. ^ Atkinson, James (1988). Chow Chows (Inggeris), hlm. 5. Barron's Educational Series. ISBN 0812039521.
  35. ^ "ELVIS PRESLEY AND CHOW GETLOW". ChowTales (dalam bahasa Inggeris). 4 Februari 2014.
  36. ^ "Vanna Bonta is into Genes!" (dalam bahasa Inggeris).
  37. ^ "Vanna Bonta Gets Her Dog a Lion Fur-Do - FamousFix". FamousFix.com (dalam bahasa Inggeris).
  38. ^ "Canine Aristocracy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  39. ^ News, Manchester Evening (2 Disember 2011). "Meet the other wags: Salford pet shop has a Man United's best friend". men (dalam bahasa Inggeris).
  40. ^ "Walt Disney's Chow "SUNNEE" Inspires Movie". ChowTales (dalam bahasa Inggeris). 4 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2016.
  41. ^ "Official A.C.E". Twitter (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2021.
  42. ^ "OUR PUPPY JOINS MY STREAM". Youtube (dalam bahasa Inggeris). 1 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]