Ahli parlimen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ahli Parlimen)
Jump to navigation Jump to search

Ahli Parlimen ialah wakil para pengundi di sesebuah parlimen. Dalam kebanyakan negara bersistem dwidewan, golongan ini dikhususkan kepada ahli dewan rakyat, kerana dewan pertuanan selalunya mempunyai gelaran lain, contohnya senat, maka ahlinya juga diberikan gelaran lain, contohnya senator.

Selalunya ahli parlimen akan membentuk kelompok parlimen bersama ahli-ahli dalam parti politik yang sama.

Ahli parlimen bertanggungjawab untuk menyuarakan suara rakyat di kawasan mereka ketika berbahas di parlimen.

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.

Kelayakan Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:-

-Warganegara Malaysia

-Berumur tidak kurang dari 21 tahun

-Sempurna akal

-Bukan seorang muflis

-Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.parlimen.gov.my/maklumat-umum.html?uweb=dr&


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.