Ahmad al-Tifashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ahmad al-Tifashi (atau Ahmad ibn Yusuf al-Tīfāchī), yang dilahirkan di Tiffech, sebuah kampung berhampiran Souk Ahras di Algeria (1184- meninggal dunia pada 1253 di Kaherah, Mesir) ialah seorang penyair, penulis dan ahli antologi berber yang paling dikenali dengan karyanya yang berjudul Nuz'hatul Albab.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak diketahui tentang hayat al-Tifashi. Beliau dikatakan tinggal kabanyakannya di Tunis, Kaherah, dan Damsyik, meskipun beliau mungkin berpindah-randah. Beliau berpendidikan dan berperadaban tinggi. Beliau mengarang Nuz'hatul Albab (A Promenade of the Hearts), sebuah antologi puisi Arab dan jenaka 12 bab tentang amalan erotik dan seks, yang menonjolkan entri-entri heteroseksual dan homoerotikisme dengan bias terhadap homoerotikisme.

Terjemahan dalam bahasa Perancis oleh René R. Khawam, yang berdasarkan salinan dalam bahasa Arab yang tersimpan di Paris, diterbitkan sebagai Les Délices des cœurs par Ahmad al-Tifachi (1971 dan 1981).

Terjemahan ilmiah bahagian homoerotik oleh Edward A. Lacey diterbitkan dalam bahasa Inggeris sebagai The Delight of Hearts, or What You Will Not Find In Any Book (1988). Versi[Penjelasan diperlukan] memenangi Lambda Literary Award pada 1989.

Al-Tifashi juga menulis beberapa karya mengenai kesihatan seks, salah satunya terpelihara dalam satu salinan di National Library of Medicine. Bagaimanapun, beliau pada asasnya dikenali dengan jauharinya, "Az'harul Afkar fi Jawahirul Ahjar", yang merupakan karya berbahasa Arab Zaman Pertengahan paling terkenal dan komprehensif tentang kegunaan bahan galian. Ia meliputi 25 jenis batu permata dan galian secara terperinci, dengan memberikan kegunaan secara perubatan dan magik setiap satunya, dan juga beberapa etimologi Parsi nama-namanya. Ia terpelihara dalam banyak salinan manuskrip dan digunakan oleh ramai penulis terkemudian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Untuk kehidupan dan penulisannya, lihat:

  • J. Ruska dan O. Kahl, "Tifashi" dalam The Encyclopaedia of Islam, edisi ke-2, ed. oleh H.A.R. Gibbs, B. Lewis, Ch. Pellat, C. Bosworth et al., 11 jild. (Leiden: E.J. Brill, 1960-2002), jild. 10, hlmn. 476
  • Manfred Ullmann, Die Medizin im Islam, Handbuch der Orientalistik, Abteilung I, Erg?nzungsband vi, Abschnitt 1 (Leiden: E.J. Brill, 1970), hlmn. 196
  • C. Brockelmann, Geschichte der arabischen Litteratur, Supplement, 3 jild. (Leiden: Brill, 1937-1942). jild. 1, hlmn. 904.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]