Akçe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Sekeping syiling perak, akçe (Turki Uthmaniyyah: آقچه) ialah mata wang utama Empayar Uthmaniyyah. Tiga akçe sama dengan satu para. Seratus dua puluh akçe sama dengan satu kuruş. Kuruş kemudiannya menjadi mata wang utama, menggantikan akçe. Pada masa 1870-an kuruş digantikan lira.

Masjid Süleymaniye di Istanbul dikatakan telah memakan biaya pembinaan sebanyak 59 juta akçe ketika dibangun pada tahun 1550-an. Jumlah ini disebut sama dengan 700,000 ducat dalam emas (kemungkinan mata wang Venice).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]