Akō, Hyōgo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akō
赤穂市
Bandar
Pejabat Bandar Ako
Pejabat Bandar Ako
Bendera Akō
Bendera
Mohor rasmi bagi Akō
Mohor
Kedudukan Akō di wilayah Hyogo
Kedudukan Akō di wilayah Hyogo
Negara Jepun
Wilayah Hyogo
Kerajaan
 • Datuk Bandar Motohide Akashi
Populasi (November 2017)
 • Jumlah 48 477 [1]
Zon waktu Waktu Piawai Jepun
 • Musim panas (DST) UTC+9 (UTC)
Laman web http://www.city.ako.lg.jp/
Jalan utama di Sakoshi
Tinggalan Istana Ako

Akō (赤穂市 Akō-shi?) ialah sebuah bandar di Jepun yang terletak di di tepi Laut Pedalaman Seto tepat di hujung barat daya Wilayah Hyogo. Bandar Akō merupakan bandar pelancongan yang terkenal dengan objek seperti Istana Akō (latar belakang 47 ronin), kota pelabuhan Sakoshi, dan Taman Negara Tanjung Misaki.

Bandar Akō terkenal sejak dulu sebagai pusat industri garam berkualiti tinggi. Garam yang dihasilkan dari tambak garam di Akō terkenal di Jepun dengan sebutan Garam Akō (Akō no shio). Pantai Akō merupakan tempat mengumpul kerang. Pada awal musim panas, pantai Akō dikunjungi ramai orang yang gemar memakan kerang.

Paip air minum dasar laut yang terpanjang di Jepun (panjang 14 km) menyalurkan air minum dari Akō ke Kepulauan Ieshima.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dulu, kota Akō hampir keseluruhannya dalam wilayah Daerah Kibi. Pada zaman Yayoi dan zaman Kofun, Daerah Kibi adalah daerah yang makmur dengan pemerintahan yang teratur. Kemakmuran Daerah Kibi boleh dibandingkan dengan daerah-daerah lain di bahagian barat Jepun seperti Daerah Tsukushi, Izumo, Yamato, dan Keno. Daerah Kibi bergabung dengan Daerah Yamato untuk menyatukan Jepun, sebaliknya Daerah Yamato menghancurkan Daerah Kibi dan memecahkannya menjadi beberapa daerah kecil seperti Bizen, Bitchū, Bingo, dan Mimasaka. Bandar Akō akhirnya dimasukkan ke dalam wilayah Daerah Harima yang sekarang bergabung membentuk wilayah Hyogo.

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "寝屋川市の人校統計". 10 Disember 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Koordinat: 34°45′34″N, 134°23′30″E