Pergi ke kandungan

Amagasaki

Koordinat: 34°44′U 135°24′T / 34.733°U 135.400°T / 34.733; 135.400
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amagasaki
尼崎市
Tembok batu Istana Amagasaki
Tembok batu Istana Amagasaki
Flag of Amagasaki
Official seal of Amagasaki
Kedudukan Amagasaki di Wilayah Hyogo
Kedudukan Amagasaki di Wilayah Hyogo
Amagasaki yang terletak di Jepun
Amagasaki
Amagasaki
 
Koordinat: 34°44′U 135°24′T / 34.733°U 135.400°T / 34.733; 135.400
NegaraJepun
KawasanKansai
WilayahHyogo
Kerajaan
 • Datuk BandarKazumi Inamura
Keluasan
 • Land49.77 km2 (19.22 batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
Nombor telefon06-6375-5639
Alamat1-23-1 Higashinanamatsu-chō, Amagasaki-shi, Hyōgo-ken 660-8501
Tapak sesawangwww.city.amagasaki.hyogo.jp

Amagasaki (Bahasa Jepun: 尼崎市, Amagasaki-shi) merupakan sebuah bandaraya perindustrian yang terletak di Wilayah Hyogo, Jepun. Bandar ini telah ditubuhkan pada 1 April 1916.[1]

Kawasan perbandaran jiran

[sunting | sunting sumber]

Kawasan Amagasaki merupakan sebahagian daripada Daerah Kawabe purba di Wilayah Settsu dan telah didiami sejak zaman kuno, dengan kesan-kesan petempatan Zaman Yayoi dan banyak kofun gundukan pengebumian ditemui di dalam sempadan bandar. Sejak Zaman Heian, kawasan ini terkenal dengan pelabuhan Daimotsuura. Sepanjang Zaman Edo, Amagasaki berkembang sebagai bandar istana bagi Domain Amagasaki di bawah Aoayama dan kemudiannya Klan Matsudaira. Bandar Amagasaki ditubuhkan pada 1 April 1889 dengan penciptaan sistem perbandaran moden. Ia dinaikkan taraf kepada status bandaraya pada 1 Oktober 1916.

Taufan Muroto 1934 mengakibatkan 145 kematian dan sebahagian besar bandaraya musnah oleh serangan udara pada 1 Jun dan 15 Jun 1945 semasa Perang Dunia Kedua. Gempa bumi Besar Hanshin 1995 turut mengakibatkan kerosakan besar dan 49 kematian. Amagasaki ditetapkan sebagai bandar khas pada 1 April 2001 dengan autonomi tempatan yang dipertingkatkan. Sebuah kereta api komuter tersalah landas di Laluan Fukuchiyama berhampiran Amagasaki pada 25 April 2005, mengakibatkan lebih 100 kematian dan 550 kecederaan. Pada 1 April 2009, Amagasaki dinaikkan taraf kepada status bandar teras.

Ekonomi utama di Amagasaki ialah perusahaan dan perindustrian.

Pilihan raya Datuk Bandar Amagasaki pada 22 November 2010, Kazumi Inamura merupakan wanita pertama menjadi Datuk Bandar di situ.[2]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Pengankutan rel

[sunting | sunting sumber]

Lebuh raya

[sunting | sunting sumber]
  • Lebuhraya Meishin
  • Lebuhraya Hanshin
  • Jalan Yamate

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]