Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari merupakan akademi bola sepak Malaysia yang ditubuhkan pada 10 April 2014 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Objektifnya ialah membawa dimensi baharu dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa. Akademi ini dinamakan sempena pemain bola sepak terulung negara, Mokhtar Dahari.[1]

Akademi ini ditubuhkan menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu dibangunkan sebagai ekosistem dan pusat kecemerlangan sukan kepada pelajar dari seluruh negara.[2] Terletak di Gambang, Pahang kerja menaik taraf akademi ini dimulakan pada 2016 dan siap sepenuhnya pada 2018.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PR rasmi Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine Utusan Malaysia (11 April 2014). Dicapai pada 1 April 2015.
  2. ^ AMD dimensi baharu bola sepak negara Diarkibkan 2019-04-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia (27 April 2018). Dicapai pada 1 April 2019.
  3. ^ Suryati Mohd Noor (21 April 2018). Wajah Baharu Akademi Bolasepak Negara 2018 mStar Online. Dicapai pada 1 April 2016.