Mokhtar Dahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'
Mokhtar Dahari
DSSA DIMP AMN
Mokhtar beraksi di padang pada 1987[1]
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Mokhtar bin Dahari
Tarikh lahir (1953-11-13)13 November 1953
Tempat lahir Setapak, Selangor,
Persekutuan Tanah Melayu
(kini Malaysia)
Tarikh kematian 11 Julai 1991(1991-07-11) (umur 37)
Tempat kematian Subang, Selangor, Malaysia
Posisi permainan Penyerang
Nombor 10
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1972–1987 Selangor 375 (351)
1978 Kelab Sultan Sulaiman 182 (115)
1978–1984 PKNS 120 (89)
1984–1985 Talasco 77 (35)
1988 Kwong Yik Bank 60 (42)
Pasukan kebangsaan
1972–1985 Malaysia 142 (89)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari 2021

Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari[2] DSSA DIMP AMN (13 November 1953 – 11 Julai 1991)[3] ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.[4][5][6]

Beliau diberikan jolokan "Supermokh"[7] kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.[8][9][10] Kata-kata terkenal beliau ialah "Hidup dan Matiku hanyalah untuk Selangor!" dan "Tiap-tiap pemain harus mempunyai semangat yang tinggi dan harus memikirkan yang mereka ini mewakili negara. Dan sekiranya apa terjadi (keputusan teruk) nama negara akan terjejas.".[11]

Mokhtar menjaringkan 177 gol untuk Selangor.[12] Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89 gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.[13][14][15][16] Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar antara sebilangan pemain Malaysia yang disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.[17]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, Selangor (ketika itu),[18] beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik, salah seorang adiknya ialah Mohd Nor Dahari dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960–1965) dan Victoria Instutution (1966–1970).[18] Beliau ialah anak kepada Dahari Abeng, seorang pemandu lori dan Aminah Sharikan, seorang surirumah. Beliau mula mewakili Selangor pada tahun 1971 di Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).[19]

Kerjaya bola sepak[sunting | sunting sumber]

"Tiap-tiap pemain harus mempunyai semangat yang tinggi dan harus memikirkan yang mereka ini mewakili negara. Dan sekiranya apa terjadi (keputusan teruk) nama negara akan terjejas."

Mokhtar Dahari[11]

Mokhtar pertama kali bermain untuk pasukan Selangor FA di Piala Belia Burnley yang dimenangi mereka. Beliau kemudiannya diminta untuk bermain untuk Selangor FA secara kerap.[20] Beliau menjadi pemain terhebat pada musim pertamanya untuk Selangor[21] dan membantu Selangor memenangi pelbagai kejohanan, terutamanya Piala Malaysia. Beliau menyatakan kesetiannya kepada pasukan Selangor dengan menyatakan, "Saya hidup dan mati untuk Selangor.". Kemudian, beliau dipilih untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau hanya baru berusia 19 tahun semasa pertama kali bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.[22] Mokhtar membantu Selangor FA memenangi Piala Malaysia 10 kali dan menjaringkan 177 gol bersama-sama. Beliau merupakan penyerang terbaik di Malaysia. Permainan pertamanya untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah semasa menentang pasukan bola sepak kebangsaan Sri Lanka pada tahun 1972.[20] Beliau telah membantu Malaysia memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 dan pingat emas Sukan SEA berturut-turut pada tahun 1977 dan 1979. Beliau juga menjaringkan gol kemenangan dua kali dengan 2-0 bagi Liga Malaysia XI menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1975 yang menimbulkan khabar angin bahawa kelab Inggeris teratas menaruh minat kepadanya.[23][24]

Selepas perlawanan tersebut, beliau mendapat tawaran daripada gergasi Eropah, Real Madrid CF tetapi enggan menyertai kerana patriotisme terhadap Malaysia dan Selangor FA.[25][26] Terkenal dengan kelajuan dan ketepatannya, Mokhtar dinamakan penyerang terbaik Asia oleh majalah World Star Soccer ketika berusia 23 tahun.[27][28] [29]

Mokhtar terkenal dengan kepantasannya. Ngauman "Supermokh" daripada orang ramai merupakan kebiasaan. Ramai generasi muda mengidolakan beliau. Malah ada yang cuba meniru gayanya di padang. Mokhtar menjaringkan gol sekali untuk Malaysia dari separuh jalan menentang Joe Corrigan melalui pukulan dahsyat 1–1 menentang England B pada 1978, menggelecek menerusi separuh pasukan lawan bimbingan Bobby Robson.[30] Yang lebih diingati adalah apabila Gordon Hill memuji Mokhtar sebagai Hero Dahari di majalah Shot! dalam ruangan tulisan beliau selepas lawatan England B pada tahun 1978.[31][32][33][34]

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Mokhtar Dahari bersara pada Mei 1986 selepas memenangi Piala Malaysia untuk Selangor FA. Beliau kemudian telah memberikan jersi nombor 10 kepada Raja Muda Selangor. Beliau menarik balik persaraan pada Januari 1987 untuk bermain satu musim lagi untuk Selangor FA.

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Selepas Mokhtar mengalami masalah kecederaan, beliau menjadi jurulatih tempatan untuk membantu generasi muda menjadi pemain bola sepak yang lebih baik. Beliau juga meminta bekas rakan kongsi Selangor beliau, Reduan Abdullah untuk menulis sebuah buku mengenai kehidupan dan kerjayanya. Mokhtar juga kadang-kadang menjadi jurulatih bagi pasukan Selangor. Selepas bersara, beliau menjadi pemain dan terutamanya jurulatih untuk Kwong Yik Bank selepas kerjayanya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mokhtar Dahari pada 1970-an.

Mokhtar ialah seorang Muslim yang taat, beliau mengelakkan kontroversi dan skandal, tidak mengamalkan tabiat merokok serta tidak melakukan sebarang perbuatan negatif, dan disifatkan sebagai seorang yang amat mementingkan disipilin diri, aspek kesihatan dan tidak suka diganggu ketika berlatih.

Sebelum menjadi pemain bola sepak profesional, beliau pernah bermain sukan lain seperti badminton, sepak takraw dan hoki. Mokhtar bekerja untuk PKNS pada waktu petang dan bermain bola sepak pada waktu malam. Beliau tidak banyak mendapat bayaran pada zamannya dengan PKNS. Beliau kemudiannya berhenti daripada PKNS dan bekerja untuk Kwong Yik Bank untuk mendapatkan prospek yang lebih baik untuk dirinya dan keluarganya.

Beliau berkenalan dengan Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim melalui seorang rakan. Selepas mengenalinya selama 10 tahun, beliau mengahwini Tengku Zarina pada 1979. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan tiga anak, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan—Mohd Redza (lahir 1980),[35] Nur Azera (lahir 1982) dan Nur Arina (lahir 1984).[36][37][38]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Mokhtar mula dikesan menghidapi masalah tekak dan dihantar ke hospital untuk mengetahui masalahnya. Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit neuron motor (MND). Keadaannya diberitahu hanya kepada Mokhtar dan isterinya, Tengku Zarina. Mohktar pergi ke London, England bersama isterinya dalam usaha untuk menyembuhkan keadaannya.

Selepas 3 tahun bertarung dengan penyakit ini, Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.[39][40][41][42] Akhbar melaporkan penderitaan Mokhtar kesan distrofi otot dan seterusnya kematian beliau. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai di Taman Keramat, Ampang, Selangor.[43]

Kisah hidup dan sebab kematiannya didedahkan buat pertama kali dalam dokumentari bertajuk The Untold Truth About Supermokh di saluran National Geographic Channel pada 30 Ogos 2010, menampilkan keluarga dan kenalan Allahyarham.[44]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa penghargaan telah dinamakan sempena beliau, termasuk:

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 1976: Penyerang Terbaik Asia (World Star Soccer)
  • 1976: Olahragawan Kebangsaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Selangor FA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malaysia

Individu[sunting | sunting sumber]

Kehormatan[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Watak Catatan
1983 Mekanik Dirinya sendiri Filem dan terakhir, penampilan khas

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mokhtar Dahari - KLiK NSTP.
  2. ^ Mokhtar Dahari julang nama Malaysia di arena antarabangsa, MStar, Rabu- 16 September 2009, Susunan oleh SHAHRIL ADZRIN
  3. ^ "Mokhtar Dahari meninggal", Harian Metro, 11 Julai 1991.
  4. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 1.
  5. ^ Samantha Khor (3 February 2016). "Road To Moscow 1980: The True Story Of Malaysia's Football Team That Inspired 'Ola Bola'". Says.com. Dicapai pada 18 July 2018.
  6. ^ Eric Samuel (31 August 2017). "Halcyon days of Malaysian football". The Star. Dicapai pada 18 July 2018.
  7. ^ Mokhtar Dahari: The Untold Truth About Selangor Legend (SuperMokh)
  8. ^ Mokhtar Dahari vs. Maradona (1982) - Arkib Negara
  9. ^ "Mokhtar Dahari: The Untold Truth About Selangor Legend (SuperMokh)". selangormalaysia.com. Dicapai pada 18 July 2018.
  10. ^ Alan Teh Leam Seng (14 July 2018). "Supermokh: Remembering our greatest footballer". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2018.
  11. ^ a b PESANAN LAGENDA NEGARA ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI KEPADA PEMAIN MEWAKILI NEGARA - TV 3, 1987.
  12. ^ Zainal, Zulhilmi (19 June 2013). "Malaysian Football Legends: Mokhtar Dahari". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2021. Dicapai pada 30 June 2021.
  13. ^ Mohamed Mokhtar Dahari – Century of International Appearances - RSSSF, 21 Januari 2021.
  14. ^ "The joint-9th top men's scorer!" (dalam bahasa Inggeris). FIFA. 29 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2021. Dicapai pada 8 July 2021.
  15. ^ "Mokhtar pernah jadi penjaring terbanyak dunia". Syafiq Aznan. Berita Harian. 24 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2021. Dicapai pada 24 June 2021.
  16. ^ "The 10 all-time men's international top scorers". Gary Parkinson (dalam bahasa Inggeris). FourFourTwo. 26 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2021. Dicapai pada 26 June 2021.
  17. ^ FIFA Century Club - FIFA, 04 Mei 2021.
  18. ^ a b Zinnitulniza 2013, m/s. 2.
  19. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 10.
  20. ^ a b Zinnitulniza 2013, m/s. 19.
  21. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 11.
  22. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 12.
  23. ^ Tony Francis. "Mokhtar guns down Arsenal", New Straits Times. 12 May 1975.
  24. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 33.
  25. ^ Mokhtar Dahari declined an offer from Real Madrid-The World's Game: A History of Soccer by Bill Murray. University of Illinois Press. 1996. Dicapai pada 27 Mei 2008.
  26. ^ Mokhtar Dahari declined an offer from Real Madrid-Giving the game away: football, politics, and culture on five continents. Leicester University Press. 1995. Dicapai pada 8 Oktober 2008.
  27. ^ a b "Striking fear". The Star. July 10, 2013. Dicapai pada 11 Julai 2013.
  28. ^ a b Zazali Jamian (14 November 2014). "SuperMokh kekal dalam ingatan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2019. Dicapai pada 18 July 2018.
  29. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 20.
  30. ^ "Mokhtar Dahari: Lagenda Bola Sepak Malaysia". Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 31 Oktober 2013. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  31. ^ Mokhtar Dahari: Lagenda[sic] Bola Sepak Malaysia. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 31 Oktober 2013. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  32. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 26.
  33. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 29.
  34. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 30.
  35. ^ "Mohd Reza Bangga Nama Mokhtar Dahari Masih Diingati". Bernama (dalam bahasa Malay). Portal Berita Pahang. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 6 April 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 57.
  37. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 58.
  38. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 59.
  39. ^ "Legendary Mokhtar Dahari dies", The Malay Mail, 12 July 1991.
  40. ^ "Mokhtar Dahari passes away", The Star, 12 July 1991.
  41. ^ "Google Malaysia papar seni lakaran 'Supermokh'". Bernama. Astro Awani. 13 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2016. Dicapai pada 18 July 2018.
  42. ^ Amin Khairuddin (13 November 2014). "Google celebrates SuperMokh's 61st birthday". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2016. Dicapai pada 18 July 2018.
  43. ^ "Mokhtar Dahari meninggal dunia", Berita Harian, 12 Julai 1991.
  44. ^ (Inggeris) Documentary on Supermokh to premiere on Aug 30[pautan mati kekal]
  45. ^ Dataran Komuniti Mokhtar Dahari, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
  46. ^ "Penghormatan buat Mokhtar Dahari – Kosmo online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada 2016-08-28.
  47. ^ "PR rasmi Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari – Utusan online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2016-08-28.
  48. ^ "Timeline Photos – Blog Jalan Raya Malaysia". Facebook. Blog Jalan Raya Malaysia. 9 Jun 2014. Dicapai pada 10 Jun 2014.
  49. ^ Ulang tahun kelahiran Mokhtar Dahari ke-61
  50. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-13. Dicapai pada 2016-08-28.
  51. ^ Sasha Ray (1 September 2016). "Malaysia's Best Athletes Over the Past 59 Years". Red Bull. Dicapai pada 18 July 2018.
  52. ^ "นักฟุตบอลเจ้าของฉายา "กัปตันกระดูกเหล็ก" พล.ต.อำนาจ เฉลิมชวลิต" (dalam bahasa Thai). Siamsport. 2020-03-02. Dicapai pada 2022-05-15.
  53. ^ 14 EX-INTERNATIONALS INDUCTED INTO AFC CENTURY CLUB - BERNAMA, 11 February 1999.
  54. ^ National Library of Singapore.
  55. ^ "Anugerah Kelab Satu Abad AFC 1999, 11hb Februari 1999" (dalam bahasa Malay). Chedinsphere. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2019. Dicapai pada 15 February 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  56. ^ "IFFHS - MEN COUNTRIES BEST PLAYERS AND GOALKEEPERS OF THE XXth CENTURY". IFFHS. 10 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2021. Dicapai pada 18 June 2021.
  57. ^ "IFFHS MEN'S ALL TIME MALAYSIA DREAM TEAM - 123". IFFHS. 17 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2022. Dicapai pada 29 May 2022.
  58. ^ "OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA/AWARDS/HALL OF FAME: FULL LIST". MOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2020. Dicapai pada 5 January 2022.
  59. ^ "FourFourTwo's Top 25 Malaysian Players of All Time: 1) Mokhtar Dahari". FourFourTwo. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2015. Dicapai pada 20 January 2022.
  60. ^ "From Raja Bola to King James, 'Spiderman' to Safiq - The best Malaysia XI of all time". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2020. Dicapai pada 30 May 2022.
  61. ^ "Tengku Permaisuri Norashikin ketuai senarai". Fuad Hadinata Yaacob. MyMetro. 11 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 17 August 2018.
  62. ^ "Datukship for football legend Mokhtar Dahari" (dalam bahasa English). Utusan. 24 October 2000. Dicapai pada 17 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]