Akademi Kepimpinan BERSATU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Akademi Kepimpinan BERSATU
Bendera BERSATU.svg
Ibu pejabatMenara Yayasan Selangor
Lokasi
Presiden
Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden
Ahmad Faizal Azumu
Naib Presiden
Organisasi utama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Akademi Kepimpinan BERSATU adalah sebuah akademi di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diwujudkan bagi mengadakan siri latihan berteraskan nilai, roh dan semangat perjuangan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.[1]

Ia telah diumumkan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ulang tahun Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ke-5 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi beliau pada 10 September 2021 lalu.[2]

Tujuan penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah parti baharu yang ditubuhkan selama 5 tahun, banyak tugas yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan kedudukan parti terutamanya bagi melahirkan para pimpinan pelapis yang mampu menerajui kepimpinan politik negara.

Setiap pemimpin yang dilahirkan perlu dari kalangan mereka yang mempunyai nilai, roh dan semangat perjuangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]