Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Malaysian United Indigenous Party
马来西亚土著团结党
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
PPBM/BERSATU
Pengerusi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir
Naib Presiden Ab Rashid Ab Rahman
Abdul Rashid Asari
Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh
Slogan Bersatu, Beramanah, Bermaruah
Diasaskan 8 September 2016
Ibu pejabat Petaling Jaya
Warna rasmi Merah
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Tapak web
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau bahasa Inggerisnya "Malaysian United Indigenous Party" ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut perlembagaan, perjuangan parti ini adalah untuk untuk menegakkan keadilan, mengangkat maruah dan kemuliaan insan, mempertahankan kedaulatan negara dan membela kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menerusi perjuangan politik yang berpandukan prinsip Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan keadilan sosial demi mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama, membasmi rasuah dan salah guna kuasa, memacu kemajuan dan pembangunan ekonomi yang mapan, memelihara perpaduan kaum dan keharmonian agama serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman, harmoni dan sejahtera.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta pergantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti.[1][2] Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016 [3]

Takrif Pribumi[sunting | sunting sumber]

Menurut perlembagaan PPBM, Pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera termasuk orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

Pejabat Berdaftar[sunting | sunting sumber]

Alamat dan tempat urusan pejabat berdaftar PPBM ialah :

Suite 2.01 Epicure,

No 1 Jalan Medan Setia 1,

Bukit Damansara,

50490 Kuala Lumpur.

Cogan Perjuangan[sunting | sunting sumber]

Cogan perjuangan parti ialah "BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH".

Bendera dan Lambang[sunting | sunting sumber]

  1. Bendera dan lambang PPBM berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.
  2. Pengertian rekabentuk :
    1. Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
    2. Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.
  3. Pengertian warna :
    1. Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
    2. Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.

Tujuan Penubuhan[sunting | sunting sumber]

  1. PPBM ditubuhkan untuk :
    1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
    2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
    3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
    4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
    5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
    6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Matlamat Perjuangan[sunting | sunting sumber]

  1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  10. Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  13. Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Barisan Pemimpin Kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Dato' Seri Mukhriz Mahathir
Naib Presiden Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman
Datuk Abdul Rashid Asari
Dato' Hamidah Osman - keluar dari parti
Setiausaha Agung Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
Bendahari Agung Dato’ Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Penerangan Datuk Haji Kamarudin Md Nor
Ketua Srikandi Rina Binti Mohd Harun
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi (Ahli MPT - dilantik)
Mohd Rafiq Naizamohideen (Ahli MPT - dilantik)
Mohd Redzuan bin Md Yusof (Ahli MPT – dilantik)
Datuk Dr Rais Hussin bin Mohamed Arif (Ahli MPT – dilantik)
Dato’ Abdul Kadir bin Jasin (Ahli MPT – dipilih)
Muhammad Zahid bin Mat Arip (Ahli MPT – dipilih)
Dato’ Nordin Salleh (Ahli MPT – dipilih)
Marzuki bin Yahya (Ahli MPT – dipilih)
Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yassin (Ahli MPT – dipilih)
Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu (Ahli MPT – dipilih)
Tariq Ismail bin Mustafa (Ahli MPT – dipilih)
Datuk Dr Sukiman Sarmani (Ahli MPT – dipilih)
Hazlinda Abd Latif (Ahli MPT – dipilih)
Najwah Halimah bint Abd Halim (Ahli MPT – dipilih)
Ulya Awamah bin Husamuddin (Ahli MPT – dipilih)
Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli MPT – dipilih)
Abu Bakar bin Yahya (Ahli MPT – dipilih)
Wan Mohd Shahrir bin Abd Jalil (Ahli MPT – dipilih)
Kamarulazman Habibur Rahman (Ahli MPT - dilantik) - keluar dari parti
Anina Saadudin (Ahli MPT - dilantik) - keluar dari parti

Lagu Rasmi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Lagu : Perjuangan Kita

Pencipta Lagu & Lirik : Najwa Binti Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tarikh Dilancarkan : 07 Januari 2017

Lokasi Pelancaran : Kompleks PKNS Shah Alam

Video lagu : https://www.youtube.com/watch?v=y27C10cztCc

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]