Presiden BERSATU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Lambang BERSATU.png
Bendera BERSATU.svg
MY PB.png
Penyandang
Tan Sri Muhyiddin Yassin
sejak 8 September 2016
GelaranYang Berhormat
StatusSah
Ahli kepadaMajlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Pembentukan2016
Pemegang pertamaTan Sri Muhyiddin Yassin
Laman sesawanghttps://bersatu.org/

Presiden BERSATU atau nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah jawatan kedua tertinggi dalam parti tersebut selepas jawatan Pengerusi BERSATU yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2020 lalu. Selepas beliau dipecat dari parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memangku jawatan tersebut bagi menjalankan tugas sebagai Pemangku Pengerusi BERSATU.[1]

Ketika awal penubuhan parti ini, terdapat 2 badan yang terdapat dalam parti ini, iaitu, Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Majlis Presiden BERSATU. Majlis Pimpinan Tertinggi adalah badan tertinggi dalam parti BERSATU, manakala Majlis Presiden pula adalah badan yang mengelolakan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti.

Tugas-tugas Presiden[sunting | sunting sumber]

Antara tugas yang telah dipertanggungjawabkan sebagai Presiden seperti mana dalam Perlembagaan BERSATU termasuklah;

  1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden.
  2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi semasa ketiadaan Pengerusi.
  3. Melantik Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas berunding dengan Pengerusi menurut Fasal 13.2.9 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
  4. Melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan selepas berunding dengan Pengerusi menurut Fasal 13.7 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
  5. Melantik Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri selepas berunding dengan Pengerusi menurut Fasal 16.2 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Tanggungjawab sebagai Pengerusi dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari BERSATU. Beliau menjalankan tugas tersebut sebagai pemangku sehingga pemilihan parti yang akan datang.

Antara tugas Pengerusi BERSATU, termasuklah;

  1. Menjadi Pengerusi parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti.
  2. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.

Pemilihan parti[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya mempertahankan jawatan sebagai Presiden pada Pemilihan Agung yang diadakan pada tahun 2020 lalu.[2] Pada asalnya, jawatan tersebut dicabar oleh Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir, tetapi beliau tidak layak bertanding kemudiannya kerana telah dibuang dari parti dan kemudiannya menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air tahun 2020 dan diluluskan pendaftarannya pada tahun 2021 lalu.[3]

Senarai Presiden BERSATU[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]