Akiko Wakabayashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akiko Wakabayashi
若林 映子
Akiko Wakabayashi di Akiko (1961)
Kelahiran (1939-12-13) 13 Disember 1939 (umur 84)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958–1971
Terkenal keranaYou Only Live Twice sebagai Gadis Bond Aki

Akiko Wakabayashi (Jepun: 若林 映子, Hepburn: Wakabayashi Akiko, lahir 13 Disember 1939) ialah seorang bekas pelakon wanita Jepun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wakabayashi terkenal di negara-negara berbahasa Inggeris kerana peranannya sebagai Gadis Bond Aki dalam filem James Bond 1967 You Only Live Twice. Sebelum ini, beliau telah berlakon dalam banyak filem di negara asalnya Jepun, terutama filem raksasa Toho Studio, seperti Dagora, the Space Monster (1964) dan Ghidorah, the Three-Headed Monster (1964), keduanya juga dikeluarkan dengan berbagai judul lain. Dalam Ghidorah, beliau memegang watak sebagai seorang puteri mistik, yang mampu meramalkan masa depan dan juga seorang nabiah.

Ketika penerbitan You Only Live Twice dijalankan, Wakabayashi dijadualkan untuk memegang watak Kissy Suzuki sementara Mie Hama memegang watak sebagai Suki, salah satu ejen Tiger Tanaka. Ketika belajar bahasa Inggeris terbukti menjadi rintangan utama bagi Hama, wanita itu berganti watakm dengan Hama kini menjayakan sebahagian kecil dari Kissy dan Wakabayashi memainkan bahagian yang lebih besar dari Suki. Atas saranannya, watak Suki bertukar nama menjadi Aki. Mereka telah berlakon bersama dalam King Kong vs. Godzilla (1962) dan Kokusai himitsu keisatsu: Kagi no kagi (1965).[1]

Pada tahun 1971 beliau muncul di sebuah episod Shirley's World.[2] Wakabayashi hanya membuat satu filem lagi (dan penampilan TV tamu) sebelum menghilang dari layar besar dan kecil. Dalam sebuah wawancara di majalah G-FAN (No. 76), Wakabayashi mengatakan beliau bersara dari dunia lakonan kerana kecederaan yang dideritanya semasa membuat filem.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Akiko Wakabayashi and Mie Hama: Bond girls live twice". classicdriver.com (dalam bahasa Inggeris). 22 November 2013. Dicapai pada 26 Julai 2015.
  2. ^ Shoji, Kaori (30 November 2012). "The gentleman in the tux and what he did for Japan". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Julai 2015.
  3. ^ Stuart Galbraith IV (16 Mei 2008). The Toho Studios Story: A History and Complete Filmography (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 212–213. ISBN 978-1-4616-7374-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]