Akta Pengkuasaan 1933

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ucapan Reichstag Hitler menyokong rang undang-undang telah disampaikan di Kroll Opera House, sejurus Kebakaran Reichstag.

Akta Pengkuasaan (Jerman: Ermächtigungsgesetz) adalah pindaan Perlembagaan Weimar 1933 yang memberi Kabinet Jerman – sebenarnya, Canselor Adolf Hitler – kuasa untuk menggubal undang-undang tanpa penglibatan Reichstag. Ia diluluskan oleh Reichstag dan Reichsrat pada 24 Mac 1933,[1][2][3] dan kemudian ditandatangani oleh Presiden Paul von Hindenburg pada hari itu. Akta tersebut berkuatkuasa selama empat tahun melainkan diperbaharui oleh Reichstag, yang berlaku sebanyak dua kali. Akta Pengkuasaan memberikan Hitler kuasa mutlak. Ia diikuti dengan keputusan Dekri Kebakaran Reichstag, yang menghapuskan kebebasan awam dan memindahkan kuasa negeri kepada kerajaan Reich. Kesan gabungan kedua-dua undang-undang ini adalah mengubah kerajaan Hitler menjadi pemerintahan diktator.

Nama rasmi Akta Pengkuasaan ialah Gesetz zur Behebung der Not von Volk und Reich ("Undang-undang untuk Mengatasi Kesusahan Rakyat dan Reich"). Ia telah digubal oleh Reichstag (mesyuarat di Kroll Opera House), dimana ahli bukan Nazi telah dikepung dan diugut oleh anggota-anggota SA dan SS. Komunis telahpun ditindas dan tidak dapat mengundi, dan sebahagian Demokrat Sosial juga dipinggirkan. Akhirnya, kebanyakan yang hadir mengundi akta tersebut, kecuali Demokrat Sosial, yang mengundi menentang kelulusan tersebut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Reichstag Fire and the Enabling Act of March 23, 1933 | Britannica Blog". blogs.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-03-30. 
  2. ^ (www.dw.com), Deutsche Welle. "The law that 'enabled' Hitler's dictatorship | Germany | DW.COM | 23.03.2013". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-03-30. 
  3. ^ Mason, K. J. Republic to Reich: A History of Germany 1918-1945. McGraw-Hill. 
  4. ^ Kitson, Alison. Germany, 1858-1990: Hope, Terror, and Revival, pages 153-154 (Oxford U. Press 2001).

Templat:NSDAP