Alan Walker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alan Waker
Walker dalam sebuah sesi temu bual di Jerman
Latar belakang
Nama lahirAlan Olav Walker
Juga dikenali sebagai
DJ Walkzz
Kelahiran (1997-08-24) 24 Ogos 1997 (umur 26)
Northampton, England
Berasal dariBergen, Norway
Genre
Pekerjaan
Instrumenre
Tahun aktif2012–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
alanwalker.com
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2012–kini
Genre
Pelanggan40.8 juta
Jumlah tontonan10.7 bilion
100,000 pelanggan 2016
1,000,000 pelanggan 2016
10,000,000 pelanggan 2017
Dikemaskini pada 1 September 2021

Alan Olav Walker (lahir 24 Ogos 1997), juga dikenali sebagai DJ Walkzz, ialah seorang DJ, penggiat YouTube dan pengeluar rekod British-Norway. Dia terkenal untuk rekod 2015nya yang bernama "Faded", yang menerima pensijilan platinum di lebih daripada 10 negara. Dia menduduki tempat ke-55 pada senarai 100 DJ Teratas DJ Mag 2016.

Pada awalan tahun 2017, saluran Walker membangkit sebagai saluran YouTube terbanyak pelanggan di Norway, dengan jumlah 4.5 juta pelanggan pada masa itu. Dia juga mempunyai jumlah tontonan terbanyak dalam kalangan penggiat YouTube Norway dengan anggaran 143 bilion tontonan pada 17 November 2021.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Walker lahir pada 24 Ogos 1997 di Northampton, England kepada Philip Alan Walker yang merupakan orang British Anglo-Scotland dan isteri Norwaynya, Hilde Omdal Walker. Disebabkan kewarganegaraan ibu bapanya yang berbeza, dia telah dikurniai dwikewarganegaraan dari United Kingdom dan Norway.[2][3] Dia membesar dengan dua adik beradik, seorang kakak bernama Camilla, yang juga lahir di England; dan seorang adik lelaki bernama Andreas yang lahir di Norway. Pada umur dua tahun, bersama keluarganya, dia berpindah ke Bergen, Norway.[1][4] Walker kemudiannya menjumpai minat dalam komputer, sebuah hobi yang telah menariknya ke reka bentuk grafik pengkomputeran dan pengaturcaraan muzik. Pada awal-awalnya, dia tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam muzik tetapi dapat mengajar diri sendiri dengan menonton video bimbingan YouTube yang terdasar pada pengeluaran muzik.[5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2012-2016: Permulaan kerjaya dan kejayaan besar[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, Walker telah mendengar sebuah lagu oleh DJ Itali David Whistle (juga terkenal sebagai DJ Ness) dan menghubunginya untuk bertanya tentang bagaimana ia membuat muziknya. Dia telah diinspirasi oleh pengeluar EDM K-391 dan Ahrix, dan juga oleh pengarang filem seperti Hans Zimmer dan Steve Jablonsky.[7] Dia mula membuat muzik di komputer ribanya menggunakan FL Studio. Pada Julai 2012, dengan pertolongan dan maklum balas daripada peminat-peminatnya dalam talian, dia mula mengejar sebuah kerjaya membuat muzik dan mula secara sedikit-sedikit memuat naik muziknya di YouTube dan SoundCloud. Bermula sebagai penerbit amatur, dia lebih terkenal sebagai DJ Walkzz sebelum menandatangani sebuah persetujuan rekod dan menayangkan rekod single debutnya pada 2014.

Walker menayangkan lagu "Fade" pada 17 Ogos 2014.[8] Lagu tersebut mendapat perhatian selepas penayangan semulanya melalui label rekod NoCopyrightSounds pada 19 November 2014.[9] Walker berkata bahawa pembuatan lagu ini diinspirasi oleh K-391 dan Ahrix, yang lagu masing-masing juga terdapat pada label rekod tersebut. Lagu ini mempunyai lebih daripada 400 juta tontonan di YouTube,[10] 115 juta putaran di Spotify dan 41 juta strim di SoundCloud.[11] Lagu-lagu "Spectre" dan "Force" terturut pada tahun 2015.

Walker telah bersepakat dengan MER Musikk di bawah Sony Music Sweden dan menyiarkan single, "Faded", versi remaster vokal bagi "Fade". Ia disiarkan pada 8 Disember 2015 dan melibatkan penyanyi pop tidak ternyata, Iselin Solheim dari Naustdal.[12] Single tersebut berada di tempat teratas di carta akhir tahun di Austria, Jerman, Switzerland dan Sweden, carta iTunes di 33 negara, dan juga memasuki tempat 10 teratas di Carta Global Spotify. Video muzik YouTube single tersebut mempunyai lebih daripada 3 billion tontonan dan 18 juta sukaan,[13] menempatkan video tersebut antara 10 video paling banyak disukai di YouTube.

2017-kini: Different World, World of Walker dan projek lain[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan tahun 2017, saluran YouTube Walker menjadi saluran terbanyak pelanggan di Norway, setelah mececah kira-kira 4.5 juta pelanggan dan mempunyai jumlah tontonan terbanyak dalam kalangan Youtuber Norway iaitu di penghampiran 7.7 bilion tontonan setakat 25 Januari 2020.[14][1] Di antara Februari dan April, dia berlawatan di seluruh sekitar Amerika termasuk di Euphoria Festival di Texas.[15] Pada tahun 2019, video muzik Walker "Diamond Heart" mendapat pencalonan untuk Best Cinematography di anugerah Berlin Music Video Awards.[16] Video muziknya untuk "Heading Home" yang melibatkan Ruben tiba di senerai pilihan Silver Screenings 2021 festival tersebut.[17]

Pada 26 November 2021, Alan Walker mengeluarkan album studio keduanya bertajuk World of Walker, yang terdiri daripada 15 lagu, terutamanya dibuat dalam elektropop dan EDM.[18] Pada 2022, beliau mengumumkan jelajah dunia Walkerverse baharunya, di samping album akan datang dengan nama yang sama yang akan dikeluarkan dalam dua bahagian. Bahagian pertama telah dikeluarkan pada 17 Jun 2022, yang terdiri daripada lima lagu: campuran semula "Adventure Time", yang asalnya ditulis dan diterbitkan oleh Philter, "Somebody Like U" dengan Au/Ra, "Blue" dengan Ina Wroldsen, dan lagu "The Drum" yang dikeluarkan sebelum ini menampilkan vokal tak dikreditkan oleh Kristin Carpenter dan "Hello World" dengan Torine.[19] Bahagian kedua, "Walkerverse, Pt. 2" setakat ini mengandungi lima lagu: "Extremes" dengan Trevor Daniel, "Shut Up" dengan UPSAHL, "Catch me if you can" dengan Sorana, "Lovesick" dengan Sophie Simmons, dan "Ritual".[20][21]

Pada penghujung 2021, kontrak Walker dengan NCS telah tamat, menyebabkan keluarannya pada label (iaitu Fade, Spectre and Force) telah dikeluarkan daripada katalog NCS dan daripada platform penstriman.[22] Lagu-lagu itu kemudiannya akan diedarkan semula pada Julai 2022, sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dengan Corite.[23] Walau bagaimanapun, beliau kembali ke NCS pada April 2023 dengan lagu "Dreamer".

Pada 4 Ogos 2023, Big Hit Music mengeluarkan versi remix Alan Walker bagi "Do It Like That" oleh Tomorrow X Together (TXT) / Jonas Brothers.[24]

Imej artistik[sunting | sunting sumber]

Walker di Wind Music Awards

Pada awalnya, Walker terkenal sebagai "DJ Walkzz" atau "Walkzz" sewaktu dia baru sahaja bermula. Dia kemudiannya menggunakan sahaja nama sebenarnya, Alan Walker, sebagai nama artisnya setelah menandatangani sebuah label rekod. Logonya direka olehnya pada tahun 2013, sebuah simbol yang meliputi huruf-huruf "A" dan "W" yang merupakan huruf-huruf awalan namanya. Dia memakai sebuah hoodie dan pelitup muka apabila dia melakukan persembahan di atas pentas. Apabila ditanya mengapa ia memakai sebuah pelitup muka dalam sebuah sesi temu bual, dia menyatakan bahawa "Ia supaya saya tidak tertonjol sangat sambil mengekalkan imej mental yang diberikan pada saya. Saya berasa ia kelihatan gempak (cool). Sebuah benda yang membuatkan orang tertanya-tanya tentang siapakah sebenarnya orang di sebalik Alan Walker.".[25] Di sebuah episod siri Unmaskednya, dia menyatakan bahawa "Pelitup muka ini lebih kepada sebuah tanda dan simbol perpaduan dan kemiripan antara satu sama lain daripada sebuah simbol yang menunjukkan menunjukkan saya yang berbeza.".[26][27]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lawatan[sunting | sunting sumber]

Pemuzik utama[sunting | sunting sumber]

  • Walker Tour (2016–2018)
  • World of Walker Tour (2018)
  • Different World Tour (2018–2019)[28]
  • Aviation Tour (2019)

Pemuzik penyokong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c DJ Mag Staff (11 March 2018). "Alan Walker talks fame, gaming and music-making". DJ Mag. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2019. Dicapai pada 22 May 2018.
  2. ^ Crainex (6 April 2020). "Alan Walker (Music Producer)". The Indipu Diary. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada 30 August 2021.
  3. ^ Walker, Alan. "Alan Walker: Unmasked (Episode 3)". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2019. Dicapai pada 28 February 2018.
  4. ^ Rolfsnes, May-Helen; Johansen, Even Norheim (9 November 2016). "Alan Walker droppar maska". NRK. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  5. ^ "Alan Walker Essentials". Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada August 31, 2021.
  6. ^ Walker, Alan (12 August 2016). "Alan Walker – Q&A #1". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.
  7. ^ Walker, Alan (10 February 2016). "Alan Walker – Interview No. 1 (Behind The Scenes)". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2016. Dicapai pada 2 February 2017.
  8. ^ Walker, Alan (17 August 2014). "Alan Walker – Fade". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2017. Dicapai pada 6 February 2017.
  9. ^ "Alan Walker – Fade [NCS Release]". YouTube. NoCopyrightSounds. 19 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2017. Dicapai pada 6 February 2017.
  10. ^ Walker, Alan (19 November 2014). "Alan Walker – Fade". YouTube. NoCopyrightSounds. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2017. Dicapai pada 25 January 2020.
  11. ^ Walker, Alan. "Alan Walker – Faded [NCS Release]". SoundCloud. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2020. Dicapai pada 25 January 2020.
  12. ^ PopCrush Staff. "Best Songs We Heard This Week: Jeremih, The 1975, Alan Walker + More". Popcrush. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2015. Dicapai pada 16 January 2016.
  13. ^ Walker, Alan. "Alan Walker – Faded". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2020. Dicapai pada 25 January 2020.
  14. ^ "Most subscribed Youtube channels and Youtubers in Noway". Nordic Screens. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2017. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  15. ^ "Alan Walker announces 2017. U.S shows". RCA Records (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2021. Dicapai pada 24 March 2021.
  16. ^ Sapir, Ronit (April 2019). "Berlin Music Video Awards 2019 nominees". Berlinmva. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2021. Dicapai pada 16 April 2021.
  17. ^ "2021 Silver Screenings". Berlinmva. 16 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2021. Dicapai pada 16 April 2021.
  18. ^ "Alan Walker Releases His New Album 'World of Walker'".
  19. ^ Sunkel, Cameron (10 May 2022). "Alan Walker Announces "WalkerVerse" 2022 World Tour". EDM.com - The Latest Electronic Dance Music News, Reviews & Artists (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-07.
  20. ^ Alan Walker - Ritual (Official Music Video) (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2022-12-02
  21. ^ Walkerverse Pt. I & II (dalam bahasa Inggeris), 2022-11-18, dicapai pada 2022-12-02
  22. ^ @NCSounds (November 15, 2021). "anouncement" (Twit). Dicapai pada 23 June 2023 – melalui Twitter.
  23. ^ Origins (dalam bahasa Inggeris), 2022-07-01, dicapai pada 2023-03-20
  24. ^ "Do It Like That (Alan Walker Remix) - Single by TOMORROW X TOGETHER, Jonas Brothers & Alan Walker on Apple Music". Apple Music. August 4, 2023. Dicapai pada August 5, 2023.
  25. ^ "Norges nye stjerne Alan Walker om suksessen: – Magisk" [Norway's new star Alan Walker on the success: - Magical]. NRK. 9 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
  26. ^ Cihak, Lennon. "Alan Walker's third episode of his 'Unmasked' series". Earmilk. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2018. Dicapai pada 9 March 2018.
  27. ^ DJMag Staff (28 February 2018). "Alan Walker locked to play DJ Mag Miami Pool Party". DJMag. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2018. Dicapai pada 9 March 2018.
  28. ^ Meier, Sam (13 November 2018). "Alan Walker Announces 'Different World Tour'". Promotion Music News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 16 November 2018.
  29. ^ Talseth, Thomas (23 June 2016). "Alan Walker varmer opp for Rihanna". Verdens Gang. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2017. Dicapai pada 8 April 2017.
  30. ^ Press Trust of India (8 April 2017). "Alan Walker to join Justin Bieber on India Tour". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2017. Dicapai pada 8 April 2017.
  31. ^ Andrew, Rafter (9 June 2017). "Martin Garrix Reveals Full Line-Up For Thursdays at Ushuaïa in Ibiza". DJ Mag. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2017. Dicapai pada 13 June 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]