Alanis Nadine Morissette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alanis Morissette
Morissette.jpg
Alanis Morissette pada Disember 2005
Latar belakang
Nama lahir Alanis Nadine Morissette
Berasal dari Ottawa, Ontario, Kanada
Genre Muzik rock, dance-pop, rock alternatif, pop-rock, post-grunge
Pekerjaan Penyanyi, penggubah, pelakon wanita, penerbit rakaman
Instrumen Gitar, seruling, harmonika, papan nada, vokal
Tahun aktif 1987–kini
Syarikat rakaman
MCA, Maverick
Laman sesawang
www.alanis.com

Alanis Morissette (lahir Alanis Nadine Morissette di Ottawa, 1 Jun 1974) ialah penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman dan pelakon wanita kelahiran Kanada yang berkerakyatan Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai salah seorang penyanyi dengan penjualan album antara yang tertinggi dalam sejarah industri muzik. Alanis juga telah memenangi tujuh Anugerah Grammy setakat ini.

Beliau memulakan perjalanan sebagai penghibur di Kanada dengan kemunculan dua album pop sewaktu kecil, Alanis dan Now is the Time di bawah naungan MCA Records. Namun album antarabangsa Alanis pertama Jagged Little Pill yang berunsurkan rock, menjulang nama beliau ke persada dunia hiburan. Jagged Little Pill terjual sebanyak tiga puluh juta unit, menjadikannya album pendatang baru wanita terlaris sepanjang waktu. Menurut United World Chart, Jagged Little Pill ialah album kedua terlaris sepanjang waktu selepas Come on Over oleh Shania Twain.

Alanis bertanggungjawab menerbitkan album-albumnya yang berikut, termasuk Supposed Former Infatuation Junkie, Under Rug Swept dan So-Called Chaos.

Beliau telah mempengaruhi pemuzik-pemuzik wanita khasnya dalam dekad 2000 seperti Kelly Clarkson, Michelle Branch, Pink dan Avril Lavigne.

Hasil kerja[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Pementasan, filem dan televisyen[sunting | sunting sumber]

  • You Can't Do That on Television (1986) — sebagai dirinya sendiri
  • Just One of the Girls (1993) — sebagai dirinya sendiri
  • South Park: "Chef Aid" (1998)
  • Dogma (1999) — sebagai tuhan
  • The Vagina Monologues (1999)
  • Sex and the City (episod "Boy, Girl, Boy, Girl", 1999) — sebagai Dawn
  • Jay and Silent Bob Strike Back (2001) — sebagai tuhan
  • Class Dismissed (2001) — sebagai dirinya sendiri
  • We're with the Band (2002) ("Hands Clean", "Baba", "You Oughta Know", "Thank U") — sebagai dirinya sendiri
  • Curb Your Enthusiasm (episod "The Terrorist Attack", 2002) — sebagai dirinya sendiri
  • Celebridade (2003) — sebagai dirinya sendiri
  • The Exonerated (2003)— sebagai Sunny Jacobs
  • De-Lovely (2004) ("Let's Do It, Let's Fall in Love") — sebagai penyanyi
  • American Dreams (episod "What Dreams May Come", 2004) — sebagai penyanyi
  • Degrassi: The Next Generation (episod "Goin' down the Road: Bahagian 1", 2005) — sebagai pengetua
  • Fuck (2005) — sebagai dirinya sendiri
  • Just Friends (babak dipotong), (2005) — sebagai dirinya sendiri
  • Lovespring International (2006) — sebagai Lucinda
  • Nip/Tuck (2006)— sebagai Poppy
  • Head-case (2007) — sebagai dirinya sendiri

Videografi[sunting | sunting sumber]

  • Jagged Little Pill, Live (1997)
  • Alanis Morissette: Live in the Navajo Nation (2002)
  • Feast on Scraps (2002)
  • VH1 Storytellers: Alanis Morissette (2005)
  • Global Warming: The Signs and The Science (2005) — sebagai hos
  • The Great Warming (2006) — sebagai hos

Konsert jelajah[sunting | sunting sumber]

  • 1990: Vanilla Ice tour (persembahan pembukaan)
  • 1995: Jagged Little Pill/Intellectual Intercourse Tour
  • 1996: Can't Not Tour
  • 1998: Dhanyavad Tour
  • 1999: Junkie Tour
  • 1999: 5 ½ Weeks Tour
  • 2000: One Tour
  • 2001: Under Rug Swept Tour
  • 2002: Toward Our Union Mended Tour
  • 2003: All I Really Want/Feast on Scraps Tour
  • 2004: So-Called Chaos Tour/Au Naturale Tour
  • 2005: Diamond Wink Tour

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]