Alexander Langer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Alexander Langer (22 Februari 19463 Julai 1995) ialah wartawan, aktivis keamanan, ahli politik, penterjemah, dan guru Itali.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sterzing, Trentino-Alto Adige/Südtirol, sebuah kawasan di Itali yang terdiri sebahagian besarnya daripada penduduk bertuturan bahasa Jerman, Langer terlibat dalam isu-isu politik tempatan sejak awal lagi. Pada waktu itu, isu-isu tersebut tertumpu pada hubungan antara kelompok etnik yang sangat tegang, akibat dua perang dunia serta ketegangan dan terorisme berdekad-dekad.

Pada awal 1970-an, Langer giat dalam Lotta Continua, sebuah pertubuhan politik sayap kiri di Itali. Beliau kemudian menyertai Green Party di Bolzano dan menjadi anggota majlis wilayah untuk Trentino-Alto Adige/Südtiro pada 1978. Semasa banci 1981 dan 1991 di Bolzano, Langer enggan menyatakan kelompok etniknya kerana beliau menentang sebarang batas etnik terpaksa. Justera, disebabkan pengakuan itu diwajibkan demi melindungi status quo etnik, Langer tidak layak menyertai sebarang pilihan raya tempatan.

Pada 1980-an, Langer cepat naik pangkat dalam Green Party, mula-mulanya pada peringkat negara dan kemudiannya di Eropah, lalu akhirnya menjadi anggota Parlimen Eropah serta juga presiden Kumpulan Greens/EFA dalam Parlimen Eropah pada 1989. Beliau kemudian amat terlibat dalam inisiatif-inisiatif keamanan di Eropah dan Timur Tengah, selain daripada menggalakkan dialog antara:

pada peringkat Eropah.

Langer juga bertindak sebagai wakil Parlimen Eropah kepada Israel, Rusia, Brazil, Argentina, Libya, Mesir, Cyprus, dan Malta. Selain itu, beliau juga amat terlibat dalam kempen untuk memupuk keamanan di bekas Yugoslavia semasa perang etnik pada 1990-an. Langer membunuh diri di Florence pada 1995.

Pautan luar links[sunting | sunting sumber]