Ali ibn Ridhwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abu'l Hasan Ali ibn Ridwan Al-Misri (c. 988 - c. 1061) ialah seorang ahli perubatan, ahli nujum dan ahli falak Muslim Mesir kelahiran Giza.

Ali ibn Ridwan

Beliau adalah pengulas perubatan Yunani purba, dan khususnya Galen; ulasan beliau terhadap karya Galen, Ars Parva diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona. Bagaimana pun, beliau lebih dikenali kerana memberikan gambaran paling terperinci tentang supernova yang kini dikenali sebagai SN 1006, peristiwa bintang yang paling cerah dalam sejarah, yang dicerap beliau pada tahun 1006.[1] Ini tertulis dalam satu ulasan terhadap karya Ptolemy yang berjudul Tetrabiblos.

Beliau kemudiannya disebut oleh penulis-penulis Eropah sebagai Haly, atau Haly Abenrudian. Menurut Alistair Cameron Crombie[2], beliau juga menyumbang teori induksi. Beliau terbabit dalam polemik terkenal dengan seorang lagi ahli perubatan, Ibn Butlan dari Baghdad.[3]

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Ulasan terhadap karya Ptolemy, Tetrabiblos
  • De revolutionibus nativitatum (The Revolutions of Nativities), diedit oleh Luca Gaurico, dan dicetak di Venice (1524)
  • Tractatus de cometarum significationibus per xii signa zodiaci (Treatise on the Significations of Comets in the twelve Signs of the Zodiac), dicetak di Nürnberg (1563)
  • On the Prevention of Bodily Ills in Egypt: sebuah karya yang ditulis untuk menyangkal dakwaan Ibn al-Jazzar bahawa Mesir adalah sebuah tempat yang tidak sihat. Ibn Ridwan juga berhujah bahawa udara (bersama-sama aspek persekitaran yang lain) adalah sangat penting bagi kesihatan penduduk.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Star light, star brightest: the supernova of A.D. 1006 by Francis Reddy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2016-05-27.
  2. ^ Augustine to Galileo 2, p. 25
  3. ^ Schacht, Joseph; Meyerhof, Max: The medico-philosophical controversy between Ibn Butlan of Baghdad and Ibn Ridwan of Cairo: a contribution to the history of Greek learning among the Arabs. Egyptian University. Faculty of Arts. Publication no. 13. Cairo 1937
  4. ^ Pormann, Peter E.; Emilie Savage-Smith (2007). Medieval Islamic Medicine. Edinburgh University Press. m/s. 44. ISBN 0-7486-2066-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic medicine