Amiriah Cordoba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
أمير قرطبة
Amir Qurṭuba (Arab)
Amiriah Cordoba

756–929
Amiriah Cordoba tahun 929 CE (hijau)
Ibu negara Cordoba
Bahasa Arab, Berber, Mozarabic, Hebrew Zaman Pertengahan
Kerajaan Beraja
Sejarah
 - Abd al-Rahman I digelar Amir Cordoba 756
 - Abd-ar-Rahman III digelar Khalifah Cordoba[1] 929
Kini sebahagian daripada  Gibraltar (UK)
 Maghribi
 Portugal
 Sepanyol

Amiriah Cordoba (bahasa Arab: إمارة قرطبة Imārat Qurṭuba) ialah amiriah merdeka yang wujud antara tahun 756 M hingga 929 M. Ibu negerinya ialah Cordoba.

Semenanjung Iberia menjadi wilayah di bawah pemerintahan khilafah bani Umayyah selepas penaklukan Iberia yang berlangsung antara tahun 711 hingga 718 M. Pemerintah-pemerintah awal menjadikan Cordoba sebagai ibu negeri dan mendapat panggilan Wali atau Amir daripada Khalifah Umayyah di Damsyik.

Pada tahun 750, Abd ar-Rahman i telah melarikan diri selama enam tahun selepas kejatuhan dinasti bani Umayyah di Damsyik. Apabila tiba di Iberia, beliau berjaya menewaskan pemerintah-pemerintah Islam yang lain yang merupakan para pemegang tanah feudal di Iberia, yang ingkar akan pemerintah Umayyah dan menyatukan wilayah-wilayah tersebut menjadi satu amiriah. Beliau menjadi Amir pada tahun 756.[2]

Waris-waris Abdul Rahman I menjadi amir Cordoba selama satu setengah abad selepasnya. Namun, mereka menguasai Al-Andalus dan kadangkala kawasan-kawasan barat Afrika Utara pada nama sahaja; penguasaan sebenar, terutamanya di wilayah berhampiran dengan sempadan wilayah Kristian, silih bertukar-ganti bergantung kepada kemampuan amir tertentu. Malah, kuasa amir Abdallah ibn Muhammad (sekitar tahun 900M) terbatas pada kawasan sempadan bandar Cordoba sahaja.

Kemerosotan kuasa politik amiriah menjadi ketara semasa cucu Abdallah ibn Muhammad, Abdul Rahman III (yang menggantinya) menaiki takhta dalam tahun 912M. Abdul Rahman III dengan pantas memulihkan kuasa Umaiyah di seluruh Al-Andalus dan memanjangkan kuasanya ke bahagian barat Afrika Utara. Pada tahun 929 Amir Abdul Rahman III, dengan niat menamatkan persengketaan di semenanjung Iberia dan memulihkan semula kuasa amiriah di wilayah-wilayah jajahannya, mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Cordoba, sekaligus menaik taraf kedudukan amiriah Cordoba menandingi martabat bukan sahaja Kekhalifahan Abbasiyyah di Baghdad tetapi juga khalifah Syiah di Tunis yang bersaing dengannya untuk menguasai Afrika Utara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Azizur Rahman, Syed (2001). The Story of Islamic Spain. Goodword Books. p. 129. ISBN 978-81-87570-57-8. [ Amir Abdullah meninggal pada] 16 Okt., 912 selepas pemerintahan yang mengaibkan selama 26 tahun dan mewariskan kerajaan yang berpecah dan muflis kepada cucunya, Abd Al-Rahman. Pada ke-esokan hari pemerintah baharu menerima lafaz sumpah setia di "Dewan sempurna" (Al-majils Al-kamil) bangunan Alcazar. 
  2. Barton, 37.