Maghribi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan Maghribi
كراجاءن مغربي

المملكة المغربيةAl-Mamlakah al-Maghribīyyah
ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmaɣrib
Flag of Maghribi
Jata Maghribi
Bendera Jata
Cogan kata الله، الوطن، الملك  (Arab)
"Allāh, Al-Waţan, Al-Malik"  (transliterasi)
"Allah, Negara, Raja"
Lagu kebangsaanAl-Nasyid al-Syarif
Peta Kerajaan Maghribi
Peta Kerajaan Maghribi
Ibu negaraRabat
34°02′N 6°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850
Bandar terbesarCasablanca
Bahasa rasmiArab
(Arab Maghribi adalah dialek utama)
Bahasa Barbar
(Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol juga digunakan)
KerajaanRaja berperlembagaan
• Raja
Mohammed VI (محمد السادس, ⵎⵓⵃⵎⵎⴷ ⵡⵉⵙⵙ ⵚⴹⵉⵚ)
Aziz Akhannouch (عزيز أخنوش, ⵄⴰⵣⵉⵣ ⴰⵅⵏⵓⵛ)
Keluasan
• Jumlah
710,850 km2 (274,460 bt2)
or 446,550 km2[b]
(ke-40 atau ke-57)
• Perairan (%)
diabaikan
Populasi
• Bancian Penduduk 2019
35,261,311[1]
73.1/km2 (189.3/sq mi)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$324.389 bilion[2]
$9,198[3]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$200.29 bilion[4]
$5,679[5]
HDI (2019)0.741[6]
tinggi
Mata wangDirham Maghribi
(MAD)
Zon waktuGMT[7]
(UTC)
• Musim panas (DST)
UTC+1 (GMT+1 (DST digantung sewaktu Ramadan) [8])
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+212
Kod ISO 3166MA
DPT internet.ma
Semua data tidak termasuk Sahara Barat, kebanyakannya masih dibawah de facto kawalan pentadbiran Orang Maghribi.

Maghribi (Jawi: مغربي‎ - Bahasa Arab: المملكة المغربية, translit. Al-Mamlakat al-Maghribīyah; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Arab Maghrib, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Maghribi" ini merupakan kependekan daripada nama penuhnya dalam bahasa Arab iaitu Al-Mamlakah al-Maġribiyyah المملكة المغربية‎ yang bermaksud "Kerajaan Barat"; perkataan "barat" yang merupakan asas nama ini iaitu gharb غرب‎ sama akar dengan perkataan ghurūb غروب‎ yang bermaksud "matahari terbenam" (bandingkan dengan perkataan "maghrib"). Para ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghreb (المغرب العربي; al-Maġrib al-ʿArabī).[9]

Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa lain (termasuk "Maroko" dalam baku Indonesia menyerap Bahasa Belanda: Marokko) berasal daripada nama ibu kotanya yang dahulu Murrākusy (Bahasa Arab: مُراكُش); kota tersebut berasal daripada ungkapan bahasa Berber (ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ; amur n akush) yang bermaksud "Tanah Tuhan".[10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak 8000 SM ketika kawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini. Kebenaran ini telah diakui oleh tanda-tanda budaya Kapsian.

Banyak ahli-ahli teori mempercayai bahasa Berber mungkin tiba pada masa yang lebih kurang sama dengan pertanian (sila lihat Berber), dan diterimaguna oleh penduduk-penduduk di sana bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang membawanya. Analisis genetik moden telah mengesahkan bahawa selain daripada kelompok etnik yang utama, iaitu Berber dan Arab, berbagai-bagai kaum yang lain telah menyumbang kepada penduduk-penduduk kini. Ini termasuk orang-orang Phoenicia, Yahudi Sephardi, serta Afrika Sub-Sahara.

Orang-orang Berber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih biasa dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka, umpamanya Chleuh. Pada zaman klasik, Maghribi dikenali sebagai Mauretania, satu nama yang tidak harus dikelirukan dengan negara Mauritania moden.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Maghribi berpesisiran dengan Lautan Atlantik, dan memanjang ke Selat Gibraltar sebelum memasuki Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Sepanyol di utara serta Algeria di timur. Di selatan pula terletaknya Sahara Barat, tetapi memandangkan kebanyakan kawasan Sahara Barat dikawal Maghribi, secara de facto, Maghribi bersempadan dengan Mauritania. Kebanyakan kawasan Maghribi adalah bergunung-ganang, dengan kawasan tenggara negara terletak dalam Gurun Sahara. Ibu negara Maghribi ialah Rabat, dengan kota pelabuhan Casablanca merupakan bandar terbesar negara. Bandar-bandar utama lain di Maghribi termasuk Fes dan Marrakesh.

Sementara kawasan utara negara memiliki iklim Mediterranean, kawasan tenggara dan selatan negara pula memiliki iklim gurun.

Politik[sunting | sunting sumber]

Raja Maghribi ditakrifkan sebagai ketua negara Maghribi dengan seorang Perdana Menteri (kini Aziz Akhannouch) bertindak sebagai ketua kerajaan. Berdasarkan perlembagaan, raja memiliki kuasa-kuasa istiadat serta kuasa-kuasa politik lain. Antara kuasa-kuasanya ialah melantik Perdana Menteri, mengetuai mesyuarat kabinet serta melantik wakil-wakil rakyat. Raja terkini, Muhammad VI merupakan keturunan dinasti Alawi yang memerintah sejak 1660-an, dan dikatakan merupakan wangsa keturunan Nabi Muhammad SAW melalui Hassan bin Ali.[11]

Bahagian perundangan Maghribi merupakan sistem dwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Perwakilan (325 kerusi) dan Perhimpunan Kaunselor (270 kerusi).

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

12 kawasan rasmi Maghribi, dengan nama asli mereka dalam bahasa Berber.

Di Maghribi, negara dibahagikan 12 kawasan, dan dibahagikan lagi kepada 75 subwilayah: 13 wilayah dan 62 provinsi.[12] Setiap wilayah/provinsi dibahagikan lagi kepada arondisemen (hanya di beberapa wilayah metropolitan), komun atau komun urban di kawasan bandar lain, dan daerah di kawasan luar bandar. Daerah dibahagikan kepada komun desa.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Maghribi memiliki jumlah penduduk seramai 35,276,786 orang (anggaran 2016),[13] dengan kira-kira 41%[14] hingga 80% penduduk memiliki darah keturunan Berber.[15] Sebahagian besar populasi terdaftar sebagai Haratin dan Gnawa (juga Gnaoua), keturunan para hamba abdi trans-Sahara Afrika Barat atau kacukan, dan Morisco, masyarakat Muslim Eropah yang diusir dari Sepanyol dan Portugal pada abad ke-17.[16]

Agama[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan penyelidikan Pew, keseluruhan populasi secara am (99%) beragama Islam, dengan agama-agama lain meliputi kurang 1% penduduk negara.[17] Secara keseluruhan, umat Islam negara adalah Sunni, dengan penganut Syiah adalah kurang 0.1%.[18]

Kebanyakan komuniti Katolik dan Protestan yang biasanya merupakan penduduk asing terdiri daripada kira-kira 40,000 ahli pengamal. Kebanyakan penduduk Kristian asing tinggal di kawasan bandar Casablanca, Tangier, dan Rabat. Berbilang pembesar Kristian tempatan menganggarkan bahawa antara 2005 dan 2010, terdapat 5,000 warganegara yang memeluk Kristian (kebanyakan etnik Berber) yang kerap menghadiri gereja "rumah" dan kebanyakannya tinggal di selatan negara.[19] Sebelum merdeka, Maghribi menempatkan kira-kira 500,000 orang Kristian, kebanyakannya berketurunan Sepanyol dan Perancis. Ramai warga Kristian berhijrah ke Sepanyol atau Perancis selepas kemerdekaan pada 1956.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Note sur les premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2019". Haut Commissariat au Plan. 2019. Dicapai pada 22 Disember 2015.
  2. ^ "Morocco – GDP (PPP based)". Knoema.
  3. ^ "Morocco – GDP per capita (PPP based)". Knoema.
  4. ^ "Morocco – GDP". Knoema.
  5. ^ "Morocco – GDP per capita". Knoema.
  6. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  7. ^ L'horaire d'été (GMT+1) maintenu jusqu'au 27 octobre 2013, Ministère de la Fonction Publique et de la Modernisation de l'Administration. Retrieved 20 January 2017.
  8. ^ https://support.microsoft.com/en-us/help/4023136/2017-morocco-ramadan-dst-changes
  9. ^ Yahya, Dahiru (1981). Morocco in the Sixteenth Century. Longman. m/s. 18.
  10. ^ Nanjira, Daniel Don (2010). African Foreign Policy and Diplomacy From Antiquity to the 21st Century. ABC-CLIO. m/s. 208.
  11. ^ Rézette, Robert (1975). The Western Sahara and the Frontiers of Morocco (dalam bahasa Inggeris). Nouvelles Editions Latines. m/s. 47. Moulay Rachid who really founded the dynasty in 1664, was born in Tafilalet of a family that had come from Arabia
  12. ^ "Décret fixant le nom des régions" (PDF). Portail National des Collectivités Territoriales (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 11 Julai 2015.
  13. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  14. ^ "Berber people". Dicapai pada 30 August 2017.
  15. ^ Tej K. Bhatia; William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 978-0631227359. Dicapai pada 9 September 2017.
  16. ^ "Haratin (social class)". Britannica Online Encyclopedia.
  17. ^ "Religious Composition by Country" (PDF). Global Religious Landscape. Pew Forum. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Mac 2013. Dicapai pada 9 Julai 2013.
  18. ^ "Morocco". The World Factbook. Central Intelligence Agency. 12 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  19. ^ United Nations High Commissioner for Refugees. "Refworld – Morocco: General situation of Muslims who converted to Christianity, and specifically those who converted to Catholicism; their treatment by Islamists and the authorities, including state protection (2008–2011)". Refworld.
  20. ^ F. Nyrop, Richard (1972). Area Handbook for Morocc. University of Illinois Urbana-Champaign. m/s. 97. ISBN 9780810884939.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 34°02′N 06°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850