Amrin Awaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Amrin Awaluddin adalah ahli Lembaga Pengarah NSTP mulai 4 September 2009 dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad iaitu syarikat induk NSTP. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif TV3 menggantikan Ahmad Farid Ridzuan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Amrin Awaluddin pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Amrin bermula sebagai presiden, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) (1999-2000)[1] ; Ketua Pegawai Operasi Putera Capital Berhad (2001); Ketua Pegawai Kewangan TV3 (2001) ; CFO Kumpulan Media Prima Berhad (2003) ; CEO ntv7 (2006) ; Ketua Pegawai Eksekutif TV3 (2008); Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad (Jun 2009) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima (September 2009).

Beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); Synchrosound Studio Sdn. Bhd., Primeworks Studios Sdn. Bhd. dan Alt Media Sdn. Bhd.[2] TV3 menjadi stesen televisyen terunggul di Malaysia selama 25 tahun. Pada masa ini terdapat 6 saluran TV terestrial dan hampir 100 saluran tersedia untuk orang ramai di Malaysia melalui TV berbayar dan platform IPTV. TV3 boleh dilihat di seluruh dunia melalui www.tv3.com.my malah boleh ditontotn di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) mahupun di Auckland, New Zealand.

Rujukan[sunting | sunting sumber]