Andriani Marshanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Marshanda" dilencongkan di sini.
Marshanda
Marshanda.jpg
Kelahiran Andriani Marshanda
(1989-08-10) 10 Ogos 1989 (umur 27)
Jakarta, Indonesia
Tahun aktif 1997 - Sekarang
Pasangan Ben Kasyafani (2011-2014)
Anak Sienna Ameerah Kasyafani (2013)
Ibu bapa Irwan Yusuf (Ayah)
Rianti Sofyan (Ibu)

Andriani Marshanda (lahir 10 Ogos 1989) atau dikenali sebagai Marshanda adalah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan model wanita Indonesia.[1][2][3][4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Marshanda adalah anak sulung daripada tiga beradik yang dilahirkan kepada ibu bapa Riyanti Sofyan dan Irwan Yusuf pada 10 Ogos 1989 di Jakarta, Indonesia, di bawah tanda astrologi Leo. Beliau mempunyai seorang adik, Aldrian (Didi) dan adik perempuan, Allysa (Lisya). Beliau tinggal di Semarang, Jawa Tengah sewaktu berusia tiga tahun, di jalan bersebelahan dengan kampus Pleburan V Undip. Beliau kekal di sana selama dua tahun.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Marshanda merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik ini adalah anak kepada pasangan Irwan Yusuf dan Riyanti Sofyan ini lahir di Jakarta,Indonesia, pada 10 Ogos 1989 dengan zodiak Leo. Dua adiknya iaitu Aldrian(Didi) dan Allysa(Lisya). Ketika berumur 3 dan 4 tahun beliau pernah tinggal di Kota Lumpia, Semarang, di Jalan Pleburan V berdekatan dengan kampus Undip. Ketika itu ayahnya bekerja sekitar dua tahun di Semarang. Dia bershio Ular.

Marshanda yang beragama Islam ini memulakan kerjayanya dalam dunia pengiklanan sejak kelas 1 SD secara tidak sengaja atau kebetulan, di mana ketika itu Marshanda menemani ibu saudaranya yang juga model terkenal, Chintya Rustam, bekas model iklan sabun Lux ke biro iklan Citra Lintas. Ternyata apabila tiba di sana, Marshanda diminta untuk diikutkan berlakon. Sehingga akhirnya lakonan pada tahun 1997 itu Marshanda terpilih untuk membintangi iklan Bank Danamon. Seterusnya Marshanda membintangi sejumlah iklan teleisyen mahupun media cetak, di antaranya Filma, Cadbury Eclairs, Supermi Ayam Bawang, Es Mony, Tango Wafer, Chicken Nuggets, Carvil Millenium, Susu Bendera, Belia, Emeron, Bank Tamara Dan Vaseline.

Marshanda yang meminati Christina Aguilera, Britney Spears dan M2M sudah sejak kecil gemar menyanyi di samping mengikut latihan olah vokal di Paranadjaja dan kursus balet. Namun demikian dia masih belum percaya dengan kemampuannya untuk bernyanyi, sehingga dia kadangkala masih malu untuk bernyanyi di khalayak orang ramai.

Cita-cita Marshanda adalah untuk menjadi seorang jurutera pertanian dan penyanyi dan terakhir ingin juga menjadi seorang psikologi. Keinginan Marshanda untuk menjadi penyanyi mendapat peluang ketika bertemu dengan seorang pencipta lagu kanak-kanak terkenal Papa T Bob. Awal pertemuan Mashanda dengan Papa T Bob juga terjadi secara tidak sengaja. Semasa itu Marshanda sering merakamkan suaranya ketika sedang menyanyi, ibunya yang mendengar merasa suara Marshanda bagus dan mencuba menghantarnya ke agensi Marshanda. Entah bagaimana, namun Papa T Bob tahu dan tertarik. Selanjutnya Papa T Bob terus mencipta dua buah lagu untuknya. Papa T Bob menyiapkan lagu khas yang sesuai dengan perwatakan suara Marshanda. Akhirnya Marshanda masuk dapur rakaman dengan menyanyikan lagu "Gantungkan Cita Cita" ciptaan Papa T Bob. Ketika berusia 10 tahun bersama iklan televisyen Susu Bendera Bersama makciknyanya, Chintya Kusuma, Mantan Model Cover Women Anita 1991 ke Biro Iklan Puri Emeron.

Kini Marshanda mula memakai tudung, jika di minta menanggalkan tudung Marshanda tidak akan berlakon dalam sinetron tersebut. Marshanda telahpun berkahwin dengan Ben Kasyafani.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Bidadari (2000)
  • Marshanda (2005)
  • Taubat (2014)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Allah Yang Kucintai (2002)
  • Best of Female Idol (2004)
  • Broken Heart (2004)
  • Kisah Kasih di Sekolah (2004)
  • Now and Forever (2004)
  • Dua Belas Lagu Islami Terbaik (2004)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Label
2000 "Bidadari" Bidadari Avante
2004 "Kisah Sedih di Hari Minggu" Marshanda Sony Music Entertainment Indonesia
"Sebuah Pengakuan" Dua Belas Lagu Islami Terbaik
2005 "Kita Untuk Mereka" Marshanda
"Pasangan Yang Tepat"
"Manis Dan Sayang"
2008 "Ketulusan Hati" Taubat
2011 "Taubat"
"Cinta Yang Kembali" Bukan album single
2012 "Beri Aku Cinta"
2014 "Kamu"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Petualangan 100 Jam Marsya Lead role
2009 Kalau Cinta Jangan Cengeng Yani Lead role

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
1997 Jinny Oh Jinny Little Jinny Supporting role RCTI
2000–2002 Bidadari (Angel) Lala Indriani Lead role RCTI
2002–2003 Bidadari 2 (Angel 2) Lala Indriani Lead role RCTI
2003–2004 Kisah Kasih di Sekolah (The Love Story in School) Kasih Lead role SCTV
2003 Keluargaku Mata Hatiku (My Heart is My Family's Eyes) Herself Variety show Trans TV
2004–2005 Kisah Sedih di Hari Minggu (The Sad Story in Sunday) Imel Lead role RCTI
2004 Adam & Hawa (Adam and Hawa) Hawa Lead role SCTV
2005 Manis dan Sayang (Sweet and Love) Lisa Lead role SCTV
2005 Hikmah 2 (Wisdom 2) Komala Supporting role RCTI
2005–2006 Anak Cucu Adam (Grandchild Adam) Alexa Lead role RCTI
2006 Benci Bilang Cinta (Love by Saying Hate) Winda Lead role SCTV
2006–2007 Putri Yang Terbuang (The Wasted Princess) Putri Lead role RCTI
2007 Maha Cinta RCTI
2007 Soleha Soleha/Arini Lead role RCTI
2008 Aqso dan Madina (Aqso and Madina) Madina Helm BMC Lead role RCTI
2008 Hingga Akhir Waktu (Until the End of Time) Anggrek (Orchid) Lead role RCTI
2010 Sejuta Cinta Marshanda Marshanda/Chaca Lead role RCTI
2011 Dari Sujud ke Sujud (From Prostration to Prostration) Shofia Lead role RCTI
2012 Karunia Nia Lead role RCTI

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Komarudin. "Diwisuda, Marshanda Tak Didampingi Egi John". Dicapai pada November 14, 2015. 
  2. ^ "Kuasa Hukum Marshanda Pikir-pikir Ajukan Banding". November 25, 2014. 
  3. ^ "detikHot : hiburan digital anda". Hot.detik.com. Dicapai pada 2013-09-22. 
  4. ^ "Siang Ini Marshanda Akan Diperistri Ben Kasyafani". Detikhot.com. 2011-02-04. Dicapai pada 2013-09-22. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]